Isnin, 23 Mac 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima, 23 Mac 2015

imej ehsan google


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Pada  23hb Mac 2015 merupakan hari bersejarah bagi rakyat Negeri Johor dan juga Kerajaan Negeri Johor,  dimana hari ini diadakan majlis yang paling besar yakni
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor.

Bagi rakyat Johor sendiri sudah tentu lebih teruja dan berbangga dengan adanya acara dan istiadat besar ini.  Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
sebagai Sultan Johor kelima  dalam sejarah Johor Moden diadakan di Istana Besar Johor.

Bersempena kemahkotaan itu, Sultan Ibrahim berkenan memberi gelaran baharu kepada isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris sebagai Permaisuri Johor,
gelaran terulung digunakan bagi kerajaan ini.

Istiadat kemahkotaan itu juga diserikan lagi dengan sembilan istiadat yang berlainan tetapi berkaitan bermula sejak 16 Mac, dan dijangka akan berlangsung selama tiga bulan.
Istiadat kemahkotaan ini adalah ekslusif tetapi mengandungi ciri-ciri asal bagi mengekalkan dan memperkayakan budaya istana.

Kali terakhir istiadat kemahkotaan diadakan ialah pada 10 Feb 1960, 55 tahun yang lalu ketika Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dimahkotakan. Pada hari ini 23 Mac juga
diumumkan sebagai cuti umum bagi negeri Johor, bagi memberi peluang kepada rakyat agar sama-sama meraikan hari yang bersejarah tersebut.

imej ehsan google


*** DAULAT TUANKU ***





Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/istiadat-kemahkotaan-sultan-johor-kelima-pada-23-mac-depan-51577?cp

18 ulasan:

  1. Daulat Tuanku.. Semoga negeri Johor terus makmur dibawah pimpinan Tuanku. Allah peliharakan sultan, Allah berkati Johor... aamiin.

    BalasPadam
  2. saya tak dapat tengok lntas langsung upacara ni
    rasa teruja juga nak tengok benda yang bukan selalu boleh dilihat ni

    BalasPadam
  3. DAULAT TUANKU...TAHNIAH...RAKYAT JOHOR BERUNTUNG DPT MENYKSIKAN PERISITIWA KEMAHKOTAAN SULTAN N PERMAISURI YG SGT GAH N GILANG GEMILANG ITU..

    BalasPadam
  4. harimau selatan mengaum ditanah melayu...

    sangat bangga menjadi anak jati johor...

    BalasPadam
  5. dapat tadi pergi air molek best dpt tgk depan mata

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    BalasPadam
  6. Uh ya, blog anda sudah saya follow. Mohon follow back blog saya ya :)

    BalasPadam
  7. Daulat Tuanku..
    Saya bangga jadi orang Johor
    Terima kasih atas perkongsiannya Bunda

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum bunda,
    Tahniah kepada sekelian rakyat Johor di atas pemasyhuran ini. Semoga tuanku Sultan Johor dipermudahkan dalam mentadbir negeri Johor dan jajahan takluknya...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Bunda...Saya anak jati Johor, sayang negeri Johor..Daulat tuanku! semoga negeri Johor terus aman makmur..Allah berkati sultan..

    BalasPadam
  10. sempat tengok kat berita tv3 semalam, meriah sangat kan..hihi

    BalasPadam
  11. Walaupun kakak tinggal diJB tapi kakak tapi pergi ke Bukit Serene atau pusat bandar KN. Malas sebab kereta tak boleh masuk kena parking jauh. Jagi kakak tengok dari lintas langsung di tv3. Airmata sebagai anak Johor luruh juga terharu bila lagu Bangsa Johor berkumandang berkali-kali.

    Dirgahayu tuanku!

    BalasPadam
  12. Daulat tuanku....tak dapat tengok hari tu KN....terlepas .....tetiba dah tengahari...

    BalasPadam