Ahad, 31 Mei 2015

Pemberian Dari Rakan Blogger



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Dua hari lepas bunda dapat komen seseorang dari entri blog bunda minta alamat bunda untuk hantarkan hadiah buku...Semalam 30hb Mei dah sampai pun hadiahnya dari Pos Laju..

Sebenarnya dah lama bunda berhajat nak dapatkan buku "Tribut Buat Sang Pencerah" (tentang perjuangan Tok Guru) .. dari penulisnya Dr. Riduan Mohamad Nor. Pernah bunda ke kedai buku, dah pegang, dah belek, dah baca sikit...letak balik. Pastu beredar tengok-tengok buku lain pulak, belek dan letak..belek dan letak...alih-alih keluar terus, terlupa terus nak beli buku ni...

Hari ini bunda tak sangka bunda dah miliki buku ini hasil pemberian dari rakan blogger yang baik hati iaitu CikGu Hanim  Terima kasih daun keladi Anim...Bunda akan simpan buat kenangan .

**Anim, bunda baru baca sikit, baca langkau-langkau...
tak tau bilalah nak habis...hehe

Rabu, 27 Mei 2015

Kuala Lumpur International Hijab Fair 2015



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Seperti mana kejayaan sambutan Kuala Lumpur International Hijab Fair 2014 yang lalu, maka  tahun ini akan di lanjutkan lagi.

Ada berbagai program seperti pertunjukan fesyen, seminar dan workshop.

Pada 8 - 10 Mei 2015 yang lalu acara yang sama telah diadakan di International Confention Center (ICC), Brunei

Dan pada 28 - 31 Mei 2015 akan diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Pada 28 Mei dibuka pada jam 2 petang hingga 9 malam, manakala pada 29 - 31 Mei dibuka pada 10 pagi hingga 9 malam.

Anda boleh terus ke dewan acara di Kaunter Pendaftaran PWTC dan mendapatkan pas anda hanya RM1 bagi setiap kemasukan.

***Jom kita pergi beramai-beramai, raya nak dekat dah ni..


Sabtu, 23 Mei 2015

Hari Doktor Keluarga Sedunia



Bismillahirrahmanirahim, As Salam....

Pasti semua tahu bahawa pada bulan Mei setiap tahun banyak hari-hari tertentu yang dirayakan, seperti Hari Buruh, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat dan baru-baru ini bunda menonton satu rancangan tv ada pula Hari Doktor Keluarga Sedunia....

Apa yang bunda dengar Hari Doktor Keluarga Sedunia ini jatuh pada 19hb Mei setiap tahun , tapi di Malaysia tahun ini kita sambut pada 24hb Mei.

Apa yang di fahamkan dan dimaksudkan doktor keluarga itu ialah, satu keluarga ,satu atau dua orang doktor.  Kalau kita tetapkan keluarga kita untuk berjumpa hanya sorang dua saja doktor setiap kali sakit untuk mendapatkan rawatan lebih bagus,
kerana doktor itu akan dapat tumpukan sejarah penyakit dan apa rawatan dan ubatan yang perlu dan biasa diberi keatas keluarga tersebut.
Peranan doktor keluarga amat penting, kerana doktor keluarga amat memahami sejarah kesihatan seluruh keluarga itu. Kita ada perkhidmatan ini di masa lalu, tetapi kini tidak di amalkan lagi.

Ada juga berlaku doktor keluarga untuk empat generasi dari atok nenek, emak ayah, anak-anak dan cucu...sekiranya ada sesuatu penyakit keturunan keluarga itu, doktor keluarga ini sudah tahu apa yang akan dibuat dan apa rawatan dan ubatan akan diberi.

Perkhidmatan ini tidak terhad kepada merawat sahaja malah meliputi perkhidmatan pencegahan dan nasihatan kesihatan juga.

Perkhidmatan dan peranan doktor keluarga akan diperkasakan dalam tempoh beberapa tahun lagi selaras dengan usaha kerajaan mengukuhkan perkhidmatan kesihatan di negara ini.



***Untuk maklumat lanjut bolih baca DISINI dan  DISINI


Khamis, 21 Mei 2015

Resipi: Ayam Masak Lemak Tumis





Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...

hari ini bunda nak share resipi lagi dengan kalian, jom kita tengok apa bahan-bahannya...

Bahan-bahannya:

*ayam dalam 5 6 ketul...(nak guna ikan tenggiri pun bolih).
*3 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*2 biji cili merah ditambah sedikit cili padi ikut banyak mana kepedasan yang kalian nak...(kesemua bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit dan cili merah+cili padi ditumbuk atau diblend lumat).
* sebatang lobak merah (dipotong bulat atau serong)
* 1 batang serai di ketuk
*2  3 helai daun limau purut dihiris halus.
*sedikit minyak masak untuk menumis.
* santan..ikutlah kepekatan yang sesuai.(bunda guna santan kotak)
* sekeping asam gelugur.
* bahan perasa dan garam


Cara-cara memasaknya:

1) Tumis bahan-bahan yang diblend tadi. Kacau-kacau hingga garing masukkan ayam, kacau-kacau sebati kemudian masuk santan, serai dan asam gelugur....ikutlah banyak mana kuah yang dikehendaki.

2) Apabila kuah hampir mendidih masukkan lobak dan biar kuah mendidih dan lobak lembut bolihlah dimasukkan bahan-bahan perasa dan garam.

3) Sebelum tutup api taburkan hirisan daun limau purut.  Siap untuk dihidangkan...


*** Selamat mencuba..



Sabtu, 16 Mei 2015

Selamat Hari Guru 2015



Bismillahirrahmanirrahim, Assalam....


"Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"

Itulah tema Sambutan Hari Guru 2015...Hari Guru yang disambut pada setiap 16hb Mei
pada setiap tahun...

Berbicara tentang hari guru dan tugas seorang guru ini umum tahu bahawa seorang guru itu ialah mereka yang mengajar dan mendidik anak-anak disekolah.

Pada hakikatnya, kita sebagai ibu dan bapa inilah merupakan 'Guru Pertama'  untuk anak-anak kita. Sejak hari pertama kelahiran anak-anak kita, kitalah mula-mula mengajar mereka cara menyusu...

Malah sejak mula-mula ibu bapa menjalin hubungan intim lagi perlulah lakukan dengan beradab sopan untuk melahirkan zuriat yang terdidik adab sopannya juga. Apa lagi kita sebagai seorang ibu,  sejak baby dalam kandungan lagi kitalah guru dan pendidik yang paling utama..

Ibulah guru dan pendidik yang paling dekat dengan baby sejak dalam rahim lagi.
Ibulah juga yang membawa dan paling kerap mengusap-ngusap perutnya sambil bercakap-cakap dengan baby yang dikandungnya.

Apa saja aktiviti kita sepanjang kehamilan sedikit sebanyak terkesan kepada baby
dalam kandungan kita. Sama ada kita layan baby dengan ayat-ayat suci Al- qur'an, mengaji, berzikir, solat, berhibur dan lagho tak tentu hala,layan hindustan, telenovela atau
drama korea... 
 (he he pinjam kata-kata ustaz )

Bila baby sudah dilahirkan, sebagai ibu bapa kita jugalah yang  mula-mula mengajar mereka bagaimana untuk bertatih dan bermain.

Apabila mereka dah besar sikit dan dah pandai bercakap, kita ibu bapa jugalah mula-mula mengajar anak-anak kita menyebut perkataan-perkataan dengan betul...perkataan mula-mula
seperti memanggil 'ibu' atau 'ayah'... mengajar bagaimana untuk pakai baju, sikat rambut, gosok gigi, mandi dan cebok sendiri...
dan juga belajar mengaji, membaca dan menulis...

Walau pun semua itu hanya dari rumah...ia juga satu proses pembelajaran dan proses pendidikkan awal bagi anak-anak kita...ilmu itu bukan semestinya didapati apabila
anak-anak kita sudah masuk sekolah...

Apabila anak-anak kita sudah masuk kealam persekolahan, makanya guru-guru pula akan mengambil alih untuk mendidik dan membentuk sahsiah dan akhlak mereka...
tak kira dari segi mental, rohani dan jasmani
mengikut bidang masing-masing...

Disekolah, guru-guru juga secara tak langsung menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak kita, mengajar, mendidik, menegur dan mengasihi anak-anak kita tanpa jemu....
Dari situ kita dah nampak...bahawa peranan dan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru ada kaitan dan saling memerlukan...

Dengan itu kita sepatutnya menyedarkan anak-anak kita agar menghormati guru-guru mereka seperti mana mereka menghormati kita, ibu bapa mereka...

Sesungguhnya jasa guru amat besar, ingat tu...

"Terima Kasih Cik Gu"


Dikesempatan ini juga bunda ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Guru" kepada blogger-blogger yang bergelar guru seperti, Anim, Aisy Nasiha, CikGu Zam, Shaiful Zaidi, CikGu Etuza, Abe Kie, Wafa  dan ramai lagi yang bunda terlupa...

Minta maaf tolong komen disini supaya bunda boleh kenal kalian 'Blogger Guru' yea...
...wassalam...



***Ilmu dan Akhlak Mulia
bermula dari rumah, dari kita ...
ibu dan bapa...barulah terserlah disekolah nanti.....




"Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"
"Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"
"Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"
Tema Hari Guru

Berikut merupakan definisi dan huraian tema Hari Guru 2015

"Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"
- See more at: http://cheguzam.blogspot.com/2015/05/tema-hari-guru-2015.html#sthash.AL3klItA.dpuf
"Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"

Khamis, 14 Mei 2015

Memey Dah Besar...


Bismillahirrahmanirrahim, Assalam....

semasa cuti 1 May haritu seminggu bunda balik kampung...
bapak sihat dan Sicomel kucing peliharaan bapak pun sihat.  Sicomel kucing peliharaan bapak yang pernah bunda certakan  DISINI

Sejak dah besar ni Comel lebih selesa di panggil Memey sahaja...singkatan dari comey...comey...mey...mey... terus jadi memey... Malah memey pun lebih pantas datang apabila di panggil memey sahaja...

Memey semakin besar semakin nakal dan lincah...usia kanak-kanaklah katakan...asek nak main jer...bergurau jer...berlari sana sini, tak reti duduk diam...



Kat rumah tu Mirza jer yang berani pegang dan bermain-main dengan Memey...sedangkan kakak-kakaknya takut dan geli....mana taknyer...bila bapak lepas jer dia dari sangkar dia...terus meluru sesiapa sahaja dan menggigit-gigit manja kaki orang...

Lepas tu mengekor orang keluar masuk bilik...habis buku-buku sekolah kakak-kakak Mirza dipunggah dan dimain...menjerit-jerit budak-budak tu ketakutan...

Last-last bapak kurung balik...petang-petang bapak lepaskan keluar rumah.  Diluar rumah, memey belajar panjat pokok dan belajar membuang dan mengambus sendiri.  Kadang-kadang terlepas juga kerumah seberang...dah pandai berjalan jauh dan merayau...

Tapi bapak tak biar memey pergi jauh...nanti dengarlah suara bapak...memey...mey...balik...balik ..makan...cepat...  Memey suka makan nasi dengan ikan rebus...sekali-sekali bapak beri jugak makanan kucing...



***Memey semakin comel, bersih dan sihat.. bapak rajin mandi kan dia...manja sangat memey dengan bapak...nampak sangat bapak terhibur melayan Si memey...





Isnin, 11 Mei 2015

Selamat Hari Ibu



Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...

"Selamat Hari Ibu"

Saat kau dilahirkan terhapuslah rasa sakit ibu, jangan lah ingat ibu masa di hari ibu saja okay,
tapi selamanye..

....Biar gambar yang berbicara...








*** Selamat Hari Ibu.  Hargai lah ibu kalian selagi mereka masih bernyawa...

Khamis, 7 Mei 2015

Sehelai Sapu Tangan





Bismillahirrahmanirrahim, Assalam....

tengok sapu tangan kat atas tu...ada ke lagi zaman sekarang yang menggunakan sapu tangan seperti ini? Sapu tangan yang sinonim digunakan untuk mengelap muka atau mulut atau tangan yang basah atau kotor.

Zaman sekarang ni, jarang sangat orang menggunakan sapu tangan, sebaliknya kegunaan kertas tissue yang lebih ketara...lepas guna terus buang...(tak banyak sikit dah menyumbang sampah)

Kalau guna sapu tangan kan bolih dicuci dan digunakan  semula.


Bunda bukan nak bercerita tentang kegunaan sapu tangan untuk mengelap peluh ke, tangan ke atau muka ke..tapi bunda nak ajar macam mana sehelai sapu tangan, boleh digunakan dan dijadikan dompet duit syiling.

Tengok gambar kat atas tu...pernah ke kalian atau mak kalian buat ini untuk kalian?...Lipat , gulung syiling kedalam simpulan sehelai sapu tangan? kemudian bolih dibawa kesekolah atau kemana sahaja tanpa ada duit syiling yang berterabur?

Beginilah caranya orang dulu-dulu (segelintir jer kot) bekalkan duit syiling kepada anak-anak atau sesiapa saja dengan selamat.  Bunda pernah ada pengalaman ini semasa sekolah rendah lagi.
Bukannya semua orang dulu-dulu miskin sangat sampai tak mampu nak belikan dompet untuk anak-anak kesekolah, malah apa yang di praktikkan sangat berguna...ketika zaman itulah...


Masa tu tiap seorang anak-anak yang bersekolah pasti mak bunda bekalkan sehelai sapu tangan sebagai dompet kesekolah, sapu tangannya juga boleh digunakan untuk lap mulut dan tangan.
Lihat dalam gambar yang kedua tu, nampak tak ada beberapa keping duit syiling atas sapu tangan (seperti petunjuk anak panah).

Mula-mula ambil sehelai sapu tangan...letakkan beberapa keping duit syiling keatas /sedikit sudut sapu tangan itu.  Lipat tiga sambil digulung bersama duit syiling, kemas-kemas. .Akhir sekali ikat/simpulkan hujung penjuru saputangan yang berisi syiling itu. Ikat ketat dan bolih dibawa kesekolah atau dimana-mana..

Bila nak guna syiling tu longgarkan dan rungkaikan simpulan tadi......anak bunda yang sulung dan yang kedua pernah bunda buatkan simpulan sapu tangan begini  untuk bekalan syiling mereka kesekolah. Masa tu dalam awal tahun 90'an.. mereka masih bersekolah rendah.

Ketika itu mungkin tak ramai ibu-ibu yang buat begini untuk anak-anak mereka. Bunda jer kot yang buat untuk anak-anak bunda yang berdua tu...itu pun sampai darjah tiga ajer...Abang Long dah tak nak lagi...malu dah dia...kawan-kawan dok ejek...macam pompan...hehe..  Rela dia bawa syiling macam tu ajer terus letak dalam kocek seluar. Kak Ngah pun sama, sibuk nak kan dompet duit...so bunda ikutkan ajer...

Bila difikir-fikir kan balik apa lah bunda ni kan...nak buat macamlah anak-anak tu dok zaman bunda ketika kecik-kecik dulu lagi. Sampaikan arwah suami bunda pun ketika itu cakap, "Apa lah awak ni, sekarang zaman apa?...takkan semuanya nak ikut cara awak"  yelah...yelah...mana-mana jer lah..

Manalah suami bunda tak cakap macam tu, sampaikan duit belanja sekolah anak-anak pun bunda tak kasi suami beri lebih-lebih. Cukup RM1.00 sorang jer..pagi petang, sekolah kebangsaan 50 sen, sekolah agama 50 sen.. bunda buat bekal lagi. Yang keluar duit belanja anak-anak, ayahnya..tapi bunda pulak yang kontrol.

Tapi suami tetap juga beri RM2.00 sorang pagi dan petang. Ketika itu... tahun 90'an. Sekarang ni RM2.00 ...pagi petang...Cukup ke?


***sekarang ni dah tak nampak lagi dah orang guna sapu tangan, kalau ada pun sesekali orang buat hadiah untuk beri kepada mereka yang menguruskan jenazah...itu pun jarang dah ada kan.....


Isnin, 4 Mei 2015

Udang Lipan


imej ihsan dari google

Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...

kalian pernah ke tengok dan makan udang lipan ni? bunda sendiri belum pernah, dengar namanya ajer rasanya tekak bunda tak boleh terima kot..

Tapi tak tau lah pulak kalau bunda 'termakan'...mungkin kalau dalam masakan tertentu udang ini dah di campur atau di kerat dan tak nampak rupa 'lipannya' tu mungkin bunda telan jugak dengan penuh selera dan lahapnya kot...hihi..samalah macam belut yang menyerupai 'ular'...bunda belum pernah try lagi, apa lagilah 'gamat'...

Bercerita tentang udang lipan ni...masa kat kampong, bunda selalu pergi pasar dengan adik bunda...Pasar Matang...dialah tunjuk dan perkenalkan bunda dengan udang lipan ni..Selain dari namanya udang lipan...ada juga yang panggil udang ketak.. Udang ni di longgokkan berasingan antara udang-udang biasa. Semasa bunda kepasar haritu sekilo RM4.00...Tak tau lah pulak kot-kot dihari lain ...lain pulak harganya..tapi ada yang beritahu kalau harganya terlalu murah mungkin tak berapa padat isi dalamnya.

Bunda tak beli pun hari tu...lagi pun baru 1st time pun bunda lihat dan tahu tentang udang lipan ni. Menurut peniaga-peniaga disitu dan juga rakan-rakan adik bunda...udang lipan ni rasanya lebih kurang jer dengan udang biasa. Begitu juga cara masaknya juga sama, ikut cita rasa masing-masing.

Apa yang diberitahu kan..rebus dulu udang tu baru di buang kulitnya...sedap dimasak tom yam dan dibuat sup saja. goreng kunyit dan letak cili bawang pun sedap..Ada yang buat masak lemak cili api juga.
imej ihsan dari google

*** Apa pun belum rasa belum tahu sedap ke tak kan udang lipan ni...mungkin rasanya lebih sedap dari namanya udang lipan...