![]() |
kraftangan mengkuang |
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
Bunda nak tanya pernah tak kalian tengok bekas kraftangan mengkuang seperti dalam gambar diatas? Bagi mereka yang seusia bunda sudah tentu tahu dan kenal sangat bekas yang diperbuat
dari mengkuang ini. Pada hari minggu lepas, bunda kemas rumah...buang apa-apa yang dah lama dan tak berguna lagi. Sapu, vacum dan mop bawah katil, sofa, dapur dan bilik stor.
Sedang bunda mengemas tu terjumpalah bunda dengan benda alah ni. Rasa-rasanya dah lebih sepuluh tahun kot bunda tak buka dan tak guna benda-benda yang ada di dalamnya.
Bekas kraftangan mengkuang ni bunda isikan alatan jahitan...seperti benang, jarum, bekas jarum peniti dan gunting kecil. Masa tu anak-anak bunda masih bersekolah/belajar.
Bunda guna untuk menjahit apa saja pakaian atau pakaian sekolah mereka yang koyak atau tetas.
Bunda nak tanya pernah tak kalian tengok bekas kraftangan mengkuang seperti dalam gambar diatas? Bagi mereka yang seusia bunda sudah tentu tahu dan kenal sangat bekas yang diperbuat
dari mengkuang ini. Pada hari minggu lepas, bunda kemas rumah...buang apa-apa yang dah lama dan tak berguna lagi. Sapu, vacum dan mop bawah katil, sofa, dapur dan bilik stor.
Sedang bunda mengemas tu terjumpalah bunda dengan benda alah ni. Rasa-rasanya dah lebih sepuluh tahun kot bunda tak buka dan tak guna benda-benda yang ada di dalamnya.
Bekas kraftangan mengkuang ni bunda isikan alatan jahitan...seperti benang, jarum, bekas jarum peniti dan gunting kecil. Masa tu anak-anak bunda masih bersekolah/belajar.
Bunda guna untuk menjahit apa saja pakaian atau pakaian sekolah mereka yang koyak atau tetas.
![]() |
bunda isikan alatan jahitan |
Sebenarnya bekas kraftangan mengkuang bunda ni dah lebih dari dua puluh tahun bunda beli,
kalau tak salah semasa mula-mula bunda berkahwin dan berhijrah ke Serawak dulu...sikit lagi dah nak jadi barang antik dah pun...haha..tapi masih elok dan bolih di gunakan lagi...
Sudah tentu ramai yang sedia maklum bahawa pada zaman datuk moyang kita dulu, bukan sahaja
bekas kraftangan mengkuang sebesar ini mereka simpan dan guna,
malah ada berbagai bentuk dan saiz lagi.
Termasuklah bekas khas untuk menyimpan pakaian, barang-barang keperluan harian, tudung saji, tikar, bakul, kipas tangan, topi dan banyak lagi. Kebanyakkannya dari hasil buatan
tangan mereka sendiri.
Sekarang ni kalau kita nak jumpa dan ingin memiliki bekas-bekas atau apa saja alatan kraftangan yang diperbuat dari mengkuang atau bahan-bahan lain, bunda rasa tak susah pun...
kita boleh dapati di tempat-tempat yang menjual, mempamirkan
dan menghasilkan kraftangan...diantaranya seperti Projek Kraftangan dan Industri Desa dan juga di Kompleks Kraftangan Malaysia...Jom, dapatkan satu...
***Berbeza pada zaman sekarang ni...kebanyakkan bekas untuk simpanan jauh lebih moden dan canggih. Bahan-bahan untuk buatannya pula lebih teguh, selamat dan beraneka
bentuk dan warna.
Acik pun ada dulu bunda.mengkua nya 2 warna masa tu
BalasPadamCantik bekas mengkuang nie..boleh digunakan utk bekas hantaran..nmpk klasik..
BalasPadamCantiknya.
BalasPadamcheq da peminat benda2 gni bunda
Assalamu'alaikum bunda. Pernah tengok... Kat Sarawak tempat fiza lagilah bunda banyak betul kraftangan berasaskan mengkuang...
BalasPadamBetul tu..kat Sarawak lagi macam2...terutama barangan kegunaan etnik Iban...Dulu bunda ada beberapa barangan kraf Sarawak seperti bakul bulat lonjong digalas kat belakang tu...tapi dah rosak..anak2 bawa camping kemana2..
Padamcantik.. memang jarang nampak bunda.. skrg ni banyak jual bekas aluminium @ kotak yg kiut2 je.. hihi..
BalasPadamwalau lama masih napok macam baru lagi...comel...
BalasPadambekas nie dulu arwah nenek letak duit :-))
BalasPadamcantik & klasik
BalasPadamBarang2 yang macam ni sebanarnya sangat klasik dan ada nilainya yang tersendiri.
BalasPadamCantiklah bekas Bunda tu...rasa nak cari jugak. Buat koleksi.
KAK ADA SEBUAH DIHADIAHKAN SEORANG RAKAN BAIK...CANTIK BERSENI ANYAMAN MENGKUANG NI..
BalasPadamDulu masa bersekolah kalau ke melaka selalu tengok kraftangan2 yg mcm ni.. cantik2.. mmg sgt menarik klu buat koleksi tu Bunda.. :)
BalasPadamArwah nenek saudara dulu ade buat tikau mengkuang..
BalasPadamtak mereput lah pulak ya . mrasa lah juga saya tgk my bonda mengait tikar mengkuang . selalunya my bonda buat bila hujan sbb x de aktiviti lain nak buat ...
BalasPadamArwah nenek saya pon pandai buat tikar mengkuang..cantik kaler warna warni..
BalasPadamdijemput juga join 1st GA dari saya : )
http://murnialysa.blogspot.com/2015/06/1st-giveaway-by-murni-alysa.html
SAya suka sangat dengan kraftangan lama2, saya pun ada satu bakul mengkuang kecik saya letak barang hiasan saya... tapi sekarnag pun mahal jugak kan dah la susah nak dapat... hari tu cari jugak nak buat ole2 untuk rakan2 kat sini.
BalasPadamcantik anyaman nya...gambar buah nenas..
BalasPadamBarangan kraftangan sekrang tinggu harganya...tapi berbaloilah dengan hasil kerja seni yang memang rumit kan?
BalasPadamSinggah Blogwalking....:)
nak mudahkan kerja rumah?Jom baca ni:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/basic-h-membantu-memudahkan-kerja-ibu.html?showComment=1433744253588#c6972630485172196856
Teringat dulu2 arwah opah kak zai pandai mengayam mengkuang untuk buat bakul. Macam2 bentuk dan warna arwah buat. Dibelakang rumah pula ada pokok mengkuang. Semua tu hanya tinggal kenangan. Pokok mengkuang pun semua dah mati.
BalasPadamsalam .hee chantek bekas mengkuan tu makk ;p
BalasPadamCantik KN!
BalasPadammak mertua saya masih ada bekas mengkuang tu utk letak segala barang jahitannya..
BalasPadamtahankan..berpuluh tahun digunakannya
Cantik bekas ni bunda
BalasPadamDulu sayaxada beli tote bag mengkuang
Harga dia rm10 masa tu..
Sekarang saya simpan je..
Masa minat dulu kemain nak sangat beli
Hehe
lau ada benda ni nak jugak sbb sllu sgt letak brg2 jait w/pun x suka jait merata2 eee geram kdg2 nak cari x jumpa..rabun haha
BalasPadamdulu2 selalu la jumpa sebab kat rumah saya pun banyak bekas-bekas macam nie. sekarang dah susah nak jumpa
BalasPadamcantik bekas bunda..sy kt rumah Ada buat is I pin tudung..dapat bekas telur buat dengan mengkuang..beg mengkuang besar pun Ada beli masa belajar dulu kt Kelantan..kenangan sgt!
BalasPadamArwah nenek kakak sangai pandai mengayam tikar, bakul, lekar dan dulu2 buat atap sendiri dari daun nipah...tapi malangnya tak ada sorang pun anak cucu yang mewarisi bakat seninya...
BalasPadamcantiknya! saya suka tengok bekas camni
BalasPadamkalau nak beli pun agak mahal ni
bunda..cuka kurma tu diberi oleh biras saya..saya pun tak tau dia beli kat mana
BalasPadamwahh bunda masih simpan.. nampak dijaga dgn baik..
BalasPadamsimpan dalam kotak...tutup rapat, tapi dah ada rosak sikit anyaman tepinya tu...tapi keseluruhan masih baik..
Padambagus mba mengkuangnya :)
BalasPadamYa Allah... nostalgia saya dibuatnya. Dulu masa saya kecik2 dalam lingkungan umur 9-10 tahun, saya suka buat crochet, mak ajar. Pastu satu hari mak hadiahkan bakul mengkuang macam ni sebijik, cuma mungkin gambar atas tu lain lah, bunga kalau tak silap. Bertahun2 saya pakai isi projek crochet yang sedang dalam proses. Lepas tu bila saya makin dewasa, setelah berkali2 pindah rumah, bakul tu pun hilang tah ke mana....
BalasPadamcantik sgt! bagus betul...tahan.
BalasPadamAssalamualaikum bunda,
BalasPadamCantik bekas tu...sekarang ni anyaman mengkuang banyak yang dah diganti dengan anyaman plastik.
Apa pun selamat menyambut Ramadhan buat bunda sekeluarga..
cantiknya ... wpun dah lama, tapi still nampak macam baru. barang lama memang berkualiti kan :)
BalasPadamCantik bekas tempat alatan menjahit, Bunda ni walaupun dah 2 dekad lebih umurnya. Di rumah saya memang langsung takda hasil kraftangan unik macam ni sebab memang jarang membeli. Semua pun penuh dengan kotak-kotak aje :)
BalasPadamcantik hasil seni nye ye...
BalasPadamsudah lebih 20 tahun usianya..ingatkan baru beli sbb masih nampak kemas dan terjaga...x koyak...wah!!! lopong jap
BalasPadamcantik dan kemas.. lagi satu bekas ni kan..tahan lama.. berseni lagi...
BalasPadam