Isnin, 27 Julai 2015

Lebaran Yang Suram



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Bagaimana sambutan hari lebaran kalian? semoga semuanya dalam suasana riang dan meriah bersama kaum keluarga.

Bagi bunda dan anak-anak dah dua tahun berturut-turut kami beraya dalam suasana suram dan sunyi. Mana tidaknya pada raya tahun lepas kami beraya tanpa Pak Su (biras bunda sebelah arwah suami, suami kepada Mak Su, adik bungsu arwah). Pak Su meninggal kerana sakit jantung pada April 2014 lalu.

Pernah bunda ceritakan  DIENTRI INI   Ketika itu bukan saja sorang, malah dua orang sekali pergi dalam jarak seminggu..(Pak Su dan Pak Ngah adik ipar bunda, adik lelaki arwah no 3)


Setelah arwah suami bunda 'pergi' tujuh tahun yang lalu, Bunda dan anak-anak selalu balik beraya ke Bagan Datoh diraya pertama.  Disana mak mertua bunda, adik kedua arwah, Mak Ngah, adik ketiga Pak Ngah dan yang bungsu Mak Su masih disana.  Juga pusara arwah juga disana.

Pada 3 June 2015 yang baru lepas..hampir menjelang Ramadhan,  Mak Su pula 'pergi' menjejaki Pak Su, suaminya. Mak Su menderita sakit ulser dalam perut. Setelah dua minggu keluar masuk wad, satu pagi ketika dirumah Mak Su didapati mengadu buang air besar berdarah..segera dihantar ke Hospital Teluk Intan.

Sepanjang dalam wad ICU Mak Su semakin kritikal. Pendarahan tidak berhenti-henti, pernafasan juga lemah sampaikan diberi alat bantuan pernafasan. Last ikhtiar doktor terpaksa buat pembedahan usus untuk hentikan pendarahan.

Sejak hari pertama lepas pembedahan, Mak Su tak sedarkan diri... sehinggalah bawa kehari ketiga dimana Mak Su disahkan telah meninggal dunia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Lagi sekali keluarga kami dilanda kesedihan.

Dimana mengenangkan anak-anak arwah yang bertiga masih bersekolah menengah rendah. Tinggallah mereka yatim piatu dalam jarak lebih kurang setahun ditinggalkan ayah dan kemudian ibu.

Nasib baiklah Mak Ngah yang sudah berusia 57 tahun dan nenek (MILbunda) yang berusia 80an masih ada. Mereka lah kini menjaga anak-anak itu. Mak Ngah sendiri pun seorang balu dan punya tiga orang anak-anak remaja yang masih bujang.

Pada pagi raya baru-baru ini,  sedang kami makan juadah raya bersama-sama dengan MIL.. tiba-tiba keluarlah kata-kata yang shahdu dan menyentuh hati dari mulut seorang ibu tua yang pernah ada empat orang anak bersama menantu-menantu dan 16 orang cucu suatu ketika dulu kini hanya tinggal sorang saja lagi anak yang masih tinggal iaitu Mak Ngah.

Dahlah anak sulungnya dulu juga (arwah suami bunda) pergi sebelom hari raya..(dua hari sebelom puasa)... kini peristiwa itu berulang kembali...

Dalam jarak waktu setahun Allah telah ambil kembali dua orang anak dan sorang mrenantunya. Dalam nada sebak seorang ibu tua apa lagi kekuatannya yang ada hanyalah kami, dua orang menantu perempuan dan seorang anak perempuannya dan cucu-cucu yang masih ada menemani dan menghiburkan hati beliau.

Walaupun diraut wajah berkerut seorang ibu tua yang sentiasa dibasahi air wudu' yang cuba menyembunyikan rahsia derita dan pilu dihati...tetapi diluaran masih terserlah hiba nya seorang ibu.



***Semoga kedukaan dan kepiluan hati seorang ibu ...Allah gantikan dengan kesihatan, kebahgiaan  dan rezeki yang melimpah ruah dihujung-hujung usianya hendaknya...
"aamiin aamiin yarobbal alamin"...

42 ulasan:

  1. salam takziah Bunda.. semoga mereka ditempatkan dalam kalangan
    orang2 beriman dan dikasihi-Nya..

    BalasPadam
  2. salam takziah buat bunda sekeluarga..

    BalasPadam
  3. Bertabahlah bunda.. Yang hidup harus teruskan hidup seperti biasa.. Doakan mereka damai di sana..

    BalasPadam
  4. Salam takziah utk bunda & family. Moga Allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan buat nenek.

    Jemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog bunda di bloglist saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Takziah Bunda, semoga Allah mengurniakan hati yang tabah buat keluarga Bunda

    BalasPadam
  6. Salam takziah Bunda..
    Sama dgn saya raya yg suram, pertama kali raya tak ada abah Dan mak skrg kena sakit stroke.. redha Dan sabar..

    BalasPadam
  7. salam lebaran bunda n famili maaf zahir batin....kepada yg telah pergi didoakan rohnya dicucuri rahmat n berbahgia di sisi-Nya.

    BalasPadam
  8. Salam Takziah buat BUnda sekeluarga..
    Semoga ujian besar begini buat kita sentiasa mensyukuri kehidupan yg hanya sementara ni kan BUNDA...

    BalasPadam
  9. salam takziah. doakan semoga Allah tempatkan rohnya bersama mereka yang beriman,, Aameen..

    BalasPadam
  10. MasyaAllah..takziah bunda..Al Fatihah..moga tenang bersemadi dia di sana..

    BalasPadam
  11. salam takziah buat bunda sekeluarga

    BalasPadam
  12. Salam takziah bunda...harap bersabar

    BalasPadam
  13. Amin semoga MIL KN dianugerahan kesihatan tubuh badan dan kegembiraan bersama cucu yg kini yatim piatu.

    BalasPadam
  14. salam takziah untuk bunda sekeluarga.....

    BalasPadam
  15. salam takziah dan selamat hariraya maaf zahir batin bunda .,

    BalasPadam
  16. kehilangan insan tersayang memang memeritkan....kadangkala kita terpaksa berpura pura kuat demi anak2 dan kelangsungan hidup...

    BalasPadam
  17. Saya pun baru kehilangan fil 2 hari sebelum pose. Mmg terasa sgt kehilangan tu. now husband pun tak sihat. Bacaan gula sentiasa tinggi dah hampir 3 bulan. Buntu dah pikir macam mana nak buat. Ubat ambik ikut time tp gulanya tak turun jugak. Anak anak paling besar pun baru darjah 5. Hati ni mmg sll susah hati.

    BalasPadam
  18. Sebak rasa bila baca entri ni.
    Moga MIL Bunda diberi kesihatan dan dipanjangkan usia.
    Juga untuk anak-anak yatim piatu yang masih bersekolah itu..sedihnya bila mengenangkan beraya tanpa ibu dan ayah :(
    Al fatihah.

    BalasPadam
  19. Kenangan Raya yang menyayat hati..Salam takziah buat Bunda, semoga tabah hadapi cubaan Allah.

    BalasPadam
  20. Sediihnya Bunda....mmg terobek hati bila berhadapan dengan.keadaan demikian ye Bunda...tambah lagi ibu yang merasakan kshilangan anak sorang demi sorang....inalilahiwainailaihiirajiuun

    BalasPadam
  21. raya kami juga krg ceria . bonda kami berada di utara manakala kami pula beraya di selatan ...

    BalasPadam
  22. Amin Ya Rabbal Alamin. Kuatkan hati. Setiap berlaku pasti ada hikmah. Allah sayang setiap hamba Nya

    BalasPadam
  23. salam takziah bunda..janji Allah itu pasti..semoga nenek diberi ketabahn hati untuk terus melalui kehidupan bersama bunda dan orang2 tersayang

    selamat hari raya maaf zahir batin dr sy bunda

    BalasPadam
  24. salam takziah bunda, semoga bunda sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

    BalasPadam
  25. Al Fatihah, moga roh mereka tenang di sana...

    BalasPadam
  26. salam takziah buat semua keluarga arwah.

    selamat hari raya buat bunda.

    BalasPadam
  27. salam takziah dan selamat hari raya

    BalasPadam
  28. saya, walaupun beraya di wad tapi masih mengganggap Raya ini hari yang ceria. Take it as a fun day...

    BalasPadam
  29. salam takziah untuk bunda sekeluarga ye..

    BalasPadam
  30. Waktu aidilfitri ni mmg jelas terasa kehilangan org2 yg kita kasihi pergi meninggalkan kita. Sebak baca entri ni.. salam takziah Bunda. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkan roh2 insan yg kita kasihi dikalangan org2 yg beriman.. aamiin. Al Fatihah..

    BalasPadam
  31. salam lebaran dan salam takziah juga utk bunda dan keluarga....sedih baca entry bunda

    BalasPadam
  32. Rasanya ramai post Syawal suram dan tak meriah dulu... moga bunda dan sekeluarga tabah ya bunda...

    BalasPadam
  33. Salam takziah buat bunda sekeluarga. Dugaan besar dengan kehilangan keluarga terdekat. Semoga masih ada sinar bahagia yang mengiringi bunda semua.

    Selamat Hari Raya, bunda.

    BalasPadam
  34. Sesungguhnya keluarga KN adalah keluarga yg terpilih. Allah maha mengasihi mereka yg begini. Iman yg kuat itulah diberi ujian. Percayalah hikmah ada disebalik setiap yg terjadi. Memang kita sedih tapi Allah maha mengetahui apa yg tak kita ketahui. Moga roh mereka yg pergi sentiasa dlm peliharaan Allah dan tenang di sana.

    Salam lebaran dari kakak buat KN dan keluarga.

    BalasPadam
  35. Innalillahiwainnailaihirojiunn....moga bunda sekeluarga tabah menghadapi hari2 mendatang.....berat memandang, berat lagi bahu menggalas.

    BalasPadam
  36. Semoga diberikan kekuatan! Al-fatihah buat yang tiada...

    BalasPadam
  37. innalillah
    salam takziah
    alfatihah

    semoga ibu mertua bunda, anak anaak buah bunda serta keluarga bunda diberi kesihatan dan ketabahan dlm menempuh hidup ini. Allah ada.
    aamiin

    sebak j

    BalasPadam
  38. semoga bertemu kembali di syurga abadi dan menjadi bidadari untuknya...

    BalasPadam
  39. Semoga Allah menggantikan yang lebih baik buat MIL bunda. Terasa sunyi tatkala tiada anak menemani. Begitu juga saya tiada lagi ibu dan bapa

    BalasPadam
  40. Salam takziah BUNDA...AL-Fatihah buat Mak Su

    BalasPadam
  41. Haishhhh...mata masuk habuk plak. Salam takziah buat bunda & family. Ibu mana yang tak sedih kan bunda.

    Salam Aidilfitri bunda. Maaf...lewat wish ☺

    BalasPadam