Memaparkan catatan dengan label Lebaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lebaran. Papar semua catatan
Isnin, 27 Julai 2015
Lebaran Yang Suram
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
Bagaimana sambutan hari lebaran kalian? semoga semuanya dalam suasana riang dan meriah bersama kaum keluarga.
Bagi bunda dan anak-anak dah dua tahun berturut-turut kami beraya dalam suasana suram dan sunyi. Mana tidaknya pada raya tahun lepas kami beraya tanpa Pak Su (biras bunda sebelah arwah suami, suami kepada Mak Su, adik bungsu arwah). Pak Su meninggal kerana sakit jantung pada April 2014 lalu.
Pernah bunda ceritakan DIENTRI INI Ketika itu bukan saja sorang, malah dua orang sekali pergi dalam jarak seminggu..(Pak Su dan Pak Ngah adik ipar bunda, adik lelaki arwah no 3)
Setelah arwah suami bunda 'pergi' tujuh tahun yang lalu, Bunda dan anak-anak selalu balik beraya ke Bagan Datoh diraya pertama. Disana mak mertua bunda, adik kedua arwah, Mak Ngah, adik ketiga Pak Ngah dan yang bungsu Mak Su masih disana. Juga pusara arwah juga disana.
Pada 3 June 2015 yang baru lepas..hampir menjelang Ramadhan, Mak Su pula 'pergi' menjejaki Pak Su, suaminya. Mak Su menderita sakit ulser dalam perut. Setelah dua minggu keluar masuk wad, satu pagi ketika dirumah Mak Su didapati mengadu buang air besar berdarah..segera dihantar ke Hospital Teluk Intan.
Sepanjang dalam wad ICU Mak Su semakin kritikal. Pendarahan tidak berhenti-henti, pernafasan juga lemah sampaikan diberi alat bantuan pernafasan. Last ikhtiar doktor terpaksa buat pembedahan usus untuk hentikan pendarahan.
Sejak hari pertama lepas pembedahan, Mak Su tak sedarkan diri... sehinggalah bawa kehari ketiga dimana Mak Su disahkan telah meninggal dunia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Lagi sekali keluarga kami dilanda kesedihan.
Dimana mengenangkan anak-anak arwah yang bertiga masih bersekolah menengah rendah. Tinggallah mereka yatim piatu dalam jarak lebih kurang setahun ditinggalkan ayah dan kemudian ibu.
Nasib baiklah Mak Ngah yang sudah berusia 57 tahun dan nenek (MILbunda) yang berusia 80an masih ada. Mereka lah kini menjaga anak-anak itu. Mak Ngah sendiri pun seorang balu dan punya tiga orang anak-anak remaja yang masih bujang.
Pada pagi raya baru-baru ini, sedang kami makan juadah raya bersama-sama dengan MIL.. tiba-tiba keluarlah kata-kata yang shahdu dan menyentuh hati dari mulut seorang ibu tua yang pernah ada empat orang anak bersama menantu-menantu dan 16 orang cucu suatu ketika dulu kini hanya tinggal sorang saja lagi anak yang masih tinggal iaitu Mak Ngah.
Dahlah anak sulungnya dulu juga (arwah suami bunda) pergi sebelom hari raya..(dua hari sebelom puasa)... kini peristiwa itu berulang kembali...
Dalam jarak waktu setahun Allah telah ambil kembali dua orang anak dan sorang mrenantunya. Dalam nada sebak seorang ibu tua apa lagi kekuatannya yang ada hanyalah kami, dua orang menantu perempuan dan seorang anak perempuannya dan cucu-cucu yang masih ada menemani dan menghiburkan hati beliau.
Walaupun diraut wajah berkerut seorang ibu tua yang sentiasa dibasahi air wudu' yang cuba menyembunyikan rahsia derita dan pilu dihati...tetapi diluaran masih terserlah hiba nya seorang ibu.
***Semoga kedukaan dan kepiluan hati seorang ibu ...Allah gantikan dengan kesihatan, kebahgiaan dan rezeki yang melimpah ruah dihujung-hujung usianya hendaknya...
"aamiin aamiin yarobbal alamin"...
Langgan:
Catatan (Atom)