Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
Kalau bunda balik kampung memang selalulah dapat makan ikan keli ni. Dulu semasa adik ipar tinggal sekali dengan bapak selalu dia pergi memancing. Sekarang bapak selalu beli jer kat pasar. Ramai yang gemar makan, termasuk anak-anak saudara bunda.
Bunda pun suka makan, tapi bab menyiang dan membersihkan nya tu cuak sikit....dulu ada arwah mak memang mak buat kan, kini bapaklah. Bukan tak boleh buat, cuma kalau dah ada yang boleh harap bunda lepas tangan lah, tapi masak, tak per bunda boleh jer...
Kalau orang sebelah selatan biasanya buat masak asam pedas atau masak lemak cili api atau goreng berlada jer kan. Tapi kat tempat bunda ni selalu buat masak asam rebus, kari, masak asam tempoyak, di goreng atau dipanggang saja. Sekali ini bunda nak kongsi resipi ikan keli masak tempoyak yang ringkas dan mudah style bunda.
Kalau bunda balik kampung memang selalulah dapat makan ikan keli ni. Dulu semasa adik ipar tinggal sekali dengan bapak selalu dia pergi memancing. Sekarang bapak selalu beli jer kat pasar. Ramai yang gemar makan, termasuk anak-anak saudara bunda.
Bunda pun suka makan, tapi bab menyiang dan membersihkan nya tu cuak sikit....dulu ada arwah mak memang mak buat kan, kini bapaklah. Bukan tak boleh buat, cuma kalau dah ada yang boleh harap bunda lepas tangan lah, tapi masak, tak per bunda boleh jer...
Kalau orang sebelah selatan biasanya buat masak asam pedas atau masak lemak cili api atau goreng berlada jer kan. Tapi kat tempat bunda ni selalu buat masak asam rebus, kari, masak asam tempoyak, di goreng atau dipanggang saja. Sekali ini bunda nak kongsi resipi ikan keli masak tempoyak yang ringkas dan mudah style bunda.
Bahan2nya:
1. 2 ekor ikan keli yang sedang besarnya. Disiang dan dicuci bersih dengan beberapa biji air asam limau dan garam dan di rendam sekejap supaya hilang lendir2nya dan tidak hanyir. Dibilas 2 3 kali kemudian di potong ikut suka...tos kan.
2. 2 biji cili merah dan beberapa tangkai cili kering, ikut kepedasan. Boleh juga gantikan dengan cili api, bunda lebih suka cili kering....
3. 3 biji bawang merah, 1" kunyit hidup atau kunyit serbuk, 1 batang serai diketuk, boleh juga letak sehelai daun kunyit yang di siat2...
4. Tempoyak...agak2lah ikut kepekatan yang disukai...kalau tempoyak kurang masam boleh tambah asam keping.
5. Semangkuk air sebagai kuahnya.
6. Garam dan perasa secukup rasa.
Cara2nya:
1. Cili, kunyit dan bawang di tumbuk hingga lumat. Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk tadi beserta serai dan tempoyak, kacau rata dan didihkan sebentar.
2. Kemudian masuk ikan... di kacau2 dan sesuaikan kuantiti air dengan ikan dan juga tempoyak tadi. Setengah orang suka pekat kuahnya, tapi bunda suka kuahnya sedang2 saja. Masukkan asam keping sekiranya tempoyak kurang masam. Didihkan dengan api yang sederhana.
3. Setelah mendidih bolehlah diletak garam dan perasa sesedap rasa.... juga daun kunyit yang di siat2kan.
4. Kalau suka boleh ditambah bendi atau timun atau apa2 sayur yang sesuai, bunda letak timun..
5. Bila ikan dah elok masak... tutup api dan bolih dihidangkan.
*** Siap, simple jer kan. Selamat mencuba...
Sedap! Dah lama tak makan keli. Dulu favourite. VitaminSuci
BalasPadamBoleh cuba juga keli masak tempoyak ni. Biasa kita masak iakan patin aje kan. Mesti sedap ni.
BalasPadamSedapnya keli masak tempoyak akak buat.
BalasPadamRasa sekali pasti nak rasa lagi macam ni. Ubah guna keli pula untuk masak tempoyak ni. Terbaik.
BalasPadamSedapnyaaaa
BalasPadamsedapnya keli masak tempoyak..suka mkn keli bendang tapi di kl ni cuak sikit nk mkn ikan keli sbb ada foreigner yg memancingnya di kolam kolam kumbahan n menjualnya di pasar. ada pula yg mengusahakannya dgn memberi mkn perut n orggan dalaman binatang haram...
BalasPadamSedapnyaa Bunda.. saya pun suka wat tempoyak rebus gini.. :)
BalasPadamKeli sedap digoreng atau dimasak chili.tapi hati 2 membeli takut terkena yg diberi mkan dgn bhn x halal
BalasPadamoo x tau pun keli leh masak tempoyak ngan asam rebus
BalasPadamtau masak berlada ngan masak lomak je
aiii meleleh dah air liur sebut ikan keli ni
faveret tu
bapak bunda yang suka sgt massk keli tempoyak ni...abis anak cucu pun terlibat sama....Nak pulak bapak sendiri yang nasakkan....
Padamkalu bunda balik kpg dpt lah mersa...lagi pun ada orang tolong beli dan siangkan... hehe
ya Allah sedapnye bunda...ni mmg kene betul dgn selera lieya....lagi2 kalo ade ulam petai...boleh bertambah mkn nasi nieh....
BalasPadamNampak sedap tapi kak zai tak makan ikan keli.
BalasPadamSeumur hidup saya yang dah 30++ ni, tak pernah saya makan tempoyak. Apalah rasanya ek?
BalasPadamSedap nya dapat makan ikan keli.....ikan haruan boleh buat tempoyak juga tak kak...?
BalasPadamHero kecik buah hati KakN ikut makan ke ni? Kalau mummy dia hantar dpt peluanglah dia:)
BalasPadamKuah mungkin tak kot sebab pedas tapi ikannya mesti dia suka - lembut kan.
Tapi itulah nak dapat ikan keli yg payah KakN
KZ zarif tu makannyer memilih sikit...kalu nasi ayam...nasi goreng suka lah dia...lauknyer ayam goreng...sayurnyer carrot...
PadamKadang tu makan jugaj pedas...mee goreng...dia suka mee goreng...tapi berdesus2lah mulutnyer nahan pedas...
Ya Allah sedap ye bunda masak....
BalasPadamSdppppnya bunda
BalasPadamkeli my fev..tauuuuu.
nk tumpang mkn bleh tk...
Yummy..tengok pun dah berselera,kalau dapat rasa masakan bunda ni lagi best.
BalasPadamAssalamualaikum bunda,
BalasPadamTengok rasa kecur air liur, tapi saya tak makan ikan sungai pulak..
salam bunda =)
BalasPadamwahh ikn keli tu fevret...tp lau tmpoyak tu....errrrr ^,^"
1st time dengar resepi keli tempoyak ni Bunda.. tahun lepas dengar pasal keli masak kari.. saya biasa keli salai masak lomak cili ..
BalasPadamnampak sedap! tp sy tak pernah lagi makan ikan keli.. hmm
BalasPadamkayanya sedap tuh
BalasPadammau dong mau :)
salah satu lauk kegemaran CF ialah tempoyak. huhu.
BalasPadamtp tak biasa mkn tempoyak ikan keli.
biasanya ikan kembung atau patin. hihihi
Keli ni memang feveret sekeluarga, tapi menunya lebih ke kari atau goreng bercili dan asam pedas biasa. Tempoyak tu my hubby & anak2 kurang sikit...saya bedal semua..
BalasPadamBalik umah mak nk buat la...sedapnyaaaa
BalasPadamsedap ni bunda..ada ikan kering sambal belacan nasi panas..pergh terangkat lah
BalasPadamSedapnya..tak pernah buat masakan macam ni lagi. Selalunya ikan patin aje yang saya buat masak tempoyak. Lepas ni boleh try ikan keli pulak.
BalasPadamTerima kasih resipinya Bunda :)
saya belum penah rasa keli masak tempoyak
BalasPadampatin biasa sangat
memang favorite =)
Terliur pula tgk ikan keli di masak begini :)
BalasPadamnampak sedap masak tempoyak ni ... tai tak makan ikan air tawar pula :)
BalasPadamaiyakkk...bunda...meleleh air liur bila tgk gmbr nih...sedapnyerr.....hihihi
BalasPadamOKje mmg suka ikan keli ni KN...tak kiralah masak apa pun...Tp OKje selalunya masak berlada...Kalau ikan sembilang baru buat asam pedas. Lemakkan isi dia ni...Udah teringin pulak KN hihi
BalasPadamKeli saya makan cuma tempoyak ja belum boleh makan
BalasPadamEntri ni buat terbuka selera sayalah.. bilalah dpt rasa masakan Bunda nie.. :) :)
BalasPadamkeli masak tempoyak? menarik ni..biasa masak kari ikan keli je...boleh cuba yg ni lak
BalasPadam