Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
ingat tak dalam entri bunda yang INI ... kisah pokok ros jepun bunda yang bapak didik ni, baru-baru ni bunda balik kampung... bunda tengok ros jepun ni dah besar dan banyak daun dia yang tumbuh menjuntai-juntai...
Tetapi bunganyer tak berapa lebat... tapi bunda puas hati lah sekurang-kurangnyer dah membiak...cumanyer masih dalam bekas asal, bekas botol minuman...agak sempit agaknyer... bapak kata tengok sikit hari lagi dia nak ubah ke pasu besar sikit...
Pokok ni pulak (bunda dah lupa namanyer), menjadi-jadi bapak tanam. Ada dua warna. Kuning dan merah.... lepas satu, satu tumbuh anak pokok baru. Ramai jiran-jiran ambil anak pokoknyer... sama lah bunda pun, dah lama bunda didik pokok pemberian bapak ni... tapi tak mau membiak dan besar tinggi seperti yang bapak tanam. Nak berbunga pun malu-malu jer...
Yang ini anak pokok bunga raya yang baru papak beli. Katanyer pokok bunga rayanyer dulu batangnyer dah di makan anai-anai... lembut kemudian rebah sendiri. Sebelum ni pokok bunga raya bapak memang membesar cantik, bunganyer yang berwarna merah sangat cantik
dan menyerikan taman.
Tiba-tiba pula boleh rebah... sayang betul... sebab tu bapak usaha beli yang lain, ganti balik. Tapi bila balik rumah bapak cakap ini anak pokok bunga raya putih, dia silap beli, dia nak yang merah juga. Tak pe lah bapak, bunga raya putih ni lagi elok, orang kata boleh buat ubat...kita tunggu dan lihat jer nanti bunganyer putih ke merah...
Yang ini juga anak pokok baru. Pokok manggis mini katanyer...pokoknyer jenis rendah dan tak membesar macam pokok manggis dulu-dulu tu. Pokok manggis bapak yang lama tu katanyer nak di tebang, sebab pokok tu merajuk, baru sekali jer berbuah...pastu dah bertahun tak berbuah-buah... buat semak jer... tak tau lah bapak.. dengan pokok tanaman dia pun dia pandai buat andaian macam-macam.... apa-apa jer lah bapak...
***Alhamdulillah sehari dua bunda balik kampung haritu, bapak masih sihat...sibuk dengan tanaman dan kucing kesayangannyer, comel..
As salam bunda
BalasPadamSahabat dgn pokok2
Terapi minda.
Bru teringat tk siram pokok dh 2 hari..hihi
assalam bunda..
BalasPadamseronoknya tengok pokok bunga hidup subur macam tu, kalau semua berbunga tentu cantik kawasan rumah kan
assalamualaikum...bunda..selamat pagi...sarap apa tu?
BalasPadampokok manggis belakang umah yan majuk juga bertahun tahun...tahun lepas hubby yan potong pucuknya..Alhamdulillah...dah berbuah banyak kali...
Kasihan kat pokok manggis tu nak di tebang. Boleh cuba petua iryanty dulu sebelum ganti yang baru.
BalasPadamMacam-macam pokok ada. Suka tengok pokok-pokok ni.
BalasPadamSuka tengok ros jepun. Cantik bunganya.
BalasPadamsaya suka tengok jer pokok2 bunga yang di jaga oleh mak kat kampung, tapi nak tolong siram kan sesekali pun susah. apa la saya nie..... hahaha
BalasPadamRos jepun kalau bungsnya lebat cantik tapi tak tahan lama.
BalasPadamAlhamdulillah bapak bunda sihat walafiat.
tanaman bapa bunda menjadi semuanya nampaknya...rajin sungguh isi masa dgn bercucuk tanam...
BalasPadamAssalam bunda.. menjadi pokok2 bapa tu ya.. subur juga..
BalasPadamAlhamdulillah bapa bunda sihat...moga terus sihat & pjg umur...
Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. Tangan sejuk ni tanam apapun menjadi. SUkanyer tgk bunga2 tu
BalasPadamtangan kira panas kalau bab tanam pokok bunga. kalau pokok buah insyaAllah menjadi :)
BalasPadamNampak subor betul tanaman bapak bunda ya...Memang sejuk tangan dia bercucuk tanam.
BalasPadamRos jepun warna tu saya ada tanam bunda..Atas tanah je..
Ji.mat poket ni bunda... hihi
BalasPadammacam2 tanaman ade. tak rugi berjasa pada tanah nih.
BalasPadammesti dapat hasilnye.
Rajin bapaknya berkebun..
BalasPadamcantiknya hai yang kat dalam botoi tu... suka tengok kreatif-kreatif (^___^)
BalasPadamtak sabar nak tengok pokok manggis mini..
BalasPadamassalamualaikum bunda
BalasPadamsyok kaknoor tengok pokok2 tu
sehari kalau tk tengok pokok mmg tkdpt
bezt jugak manggis mini mesti cepat beebuah nnt bunda kan
assalam bunda.. baru aiza tahu ada pokok manggis mini.. agak-agaknya buahnya mini juga ke atau saiz normal? rajin berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.. ;)
BalasPadamAssalamualaikum Bunda.. tanam pokok ni memang satu terapi yang amat menyeronokkan..tapi kadang-kadang tu , malas gak nak menyiramnya..nasib baik sekarang ni musim hujan,
BalasPadamTabik la kat bapa Bunda walau dah berusia tapi rajin berkebun. Berbeza dengan saya yg suka tengok pokok bunga tapi tak begitu rajin menanam dan membelanya...
BalasPadamAssalamualaikum Bonda...bunga yang kuning merah tu Canna namanya.... seronok kita punya minat yang sama....terima kasih kongsi pengalaman
BalasPadamBila ruang tanah luas ditambah dengan rajin memang menjadilah hasilnya
BalasPadamOrg yg tanam dah tentu suka kita ni tengok aje pun dah tak kelip mata.
Seronoklah main dgn tanam-menanam ni. Kakak memang suka... cuma tanah terhad.
Pokok bunga tasbih namanya tu KN. Senang tumbuh dan membiak di kawasan yang lembab.
BalasPadamWahhh seronokkan bunda. Itulah perasaan saya setiap kali blk ke kampung melawat tanaman bonda. Seronok sgt
BalasPadamsaya suka tengok bunga ros jepun tu,cantik :-)
BalasPadamrajin nyer ayah bunda berkebun...sekurang2 nyer boleh buat terapi minda dengan melihat tanaman kan..
BalasPadamRajinnya...teringah kat arwah bapa. suka menanam juga...
BalasPadamcantik-cantik semuanya ... bapak bunda macam suami saya la, tangan subur :)
BalasPadamAssalamualaikum Bunda,
BalasPadamTengok tanaman Bunda teringat pokok bunga rose saya.. Sejak akhir2 ni sibuk, kesian terbiar..
salam jumaat bunda., alhamdulillah syukur je bapak bunda masih sehat ;p
BalasPadamBagus KN....rajin tengok bapak. Alhamdulilah bapak masih kuat dan sihat. Masih mampu tanam pokok.
BalasPadamSaya suka gambo atas tu KN....walaupun tak bunyak bunga tp uniklah gambo tu
Sejuk tangan bapak bunda menanam ye..
BalasPadamSubur2 pokoknya..
Arwah abah saya suka ternak binatang..
Semua haiwan sayangkan nya..
Ingat lagi arwah abah jual angsa kat kawannya..
Boleh angsa tu balik rumah kami semula..
Pandai pulak mencari jalan balik..
Terpaksa tukar angsa lain ;)
Subhanallah walhamdulillah... suburnya. Tenang jiwa tengok... menceriakan juga. Tahniah buat ayah Bunda dan Bunda juga... :) :)
BalasPadamSejuk mata memandang tgk hijau-hijauan ni.. mummy suka, tapi bila tanam poko semua bantut sebab mummy kategori tangan panas.. hehhee :D
BalasPadamCantiknya gambar bunga yg pertama tu
BalasPadamRajin bapak bunda. Semoga dikurniakan umur yg panjang dan sihat tubuh badan
BalasPadamMacamana agaknya hasil pokok manggis mini tu ya, Bunda? Buahnya pun nanti mini-mini saiz ke macam tembikai mini sebesar epal tu?
BalasPadamSalam Bahagia Bunda. Cantik warna kuning merah bunga tasbih tu.
BalasPadam