Jumaat, 20 November 2015
Pesanan Dari Dr.Azizan Osman
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Pasti ramai yang telah mengenali Dr. Azizan Osman, seorg penulis, usahawan, pakar pembangunan usahawan & pemasaran...juga merupakan pengasas dan pengerusi eksekutif kepada Richworks international sdn bhd
Disini bunda ingi kongsikan satu nasihat dan pesanan dari beliau dari Majlis Penutup Kem Khalifah Super Insan bersama Dr.Azizan... anjuran Richworks.
Azizan Osman...Pesanan saya buat mereka yang ada anak!
"Anak kita, urusan dan tanggung jawab kita! Itulah mesej saya kepada ibu bapa pagi ini di majlis penutup kem khalifah super insan.
Ada 5 pesanan utama saya :-
1) Anak-anak hari ini lebih mudah terdedah kepada sesuatu yang tidak baik.
2) Ibu bapa tidak peruntukkan masa untuk 'mengenali' anak-anak kita. kita tidak tahu siapa kawan dia, bagus tak kawan dia? ada tak kawan yang 'rahsia'? Ada tak buat perkara-perkara yang 'rahsia'? Kena suspect dan inspect, bukan untuk sangka anak kita jahat tetapi kita kena surprise dia sebelum dia surprise kita nanti...naudzubillah.
3) Sistem pendidikan di sekolah hari ini telah gagal untuk mendidik anak-anak yang soleh dan solehah serta beradap walaupun di sekolah agama, ia tidak menjamin anak-anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Banyak sekolah agama memberikan ilmu tetapi tidak akhlak dan adab.
Saya sendiri menghantar anak-anak saya sekolah cina untuk sekolah rendah dan petang sekolah agama, result UPSR mereka Alhamdulillah, bagus, tetapi kemudian bila masuk sekolah menengah, InsyaAllah saya mampu untuk hantar mereka sekolah swasta sistem British, jepun atau cina tetapi saya pilih hantar anak saya yang sulung dan kedua ke madrasah yang dhaif atau biasa-biasa kerana saya mahu mereka belajar ilmu Al-Quran dan kitab serta belajar adab dan akhlak, biasakan susah tidur atas lantai alas papan atau tilam nipis.
Kadang-kadang dalam hati ini menangis juga melihat tetapiu saya tabahkan kerana saya mahu mereka belajar susah agar hati mereka kuat serta hanya ada Allah swt dan Rasulullah saw serta Al-Quran, mudah-mudahan . Bila mereka cinta Allah swt dan Rasulullah saw, hal dunia itu tidak susah, InsyaAllah. Saya mahu mereka berniaga InsyaAllah suatu hari nanti. InsyaAllah itu saya boleh ajar , ilmu itu banyak kemudian boleh belajar. Ilmu Al-Quran no.1 dan kemudian hidupkan dalam hidup. Biar menangis hari ini jangan menangis kemudian.
4) Mak bapak selalu ajak anak tonton tv. tengok wayang, pergi shopping, jalan-jalan. Cuba peruntukan masa ajak anak ke masjid , solat berjemaah setiap hari, paling kurang subuh, maghrib dan isyak. Pastikan tv adalah haram di buka pada waktu maghrib. Ajak mengaji bersama selepas maghrib, 1 - 2 muka suratt.
5) anak lelaki kena jaga ketat ibarat pagarkan dia letak seekor harimau jaga jangan bagi keluar atau masuk. Tetapi anak perempuan kena jaga letak 70 ekor harimau jaga tetapi harus di ingat, ipad, youtube, facebook, tv, movie dalam rumah adalah saluran untuk merosakkan anak-anak kita.
Jika anda tidak sayang anak anda hari ini dan akan datang , anda tidak perlu baca dan ikut cadangan ini.
Solat Berjemaah.
Muka Surat Al Quran (bukan muka buku), spend time bercakap dengan mereka setiap hari. "Siasat" apa yang mereka buat. Sentiasa bawa mereka ke masjid dan majlis ilmu sejak dari kecil.
Anak adalah aset kita dunia akhirat tetapi boleh menjadi liabiliti dunia akhirat.
#IngatanBuatDiri
#AzizanOsman
Majlis Penutup Kem Khalifah Super Insan bersama Dr. Azizan Osman, anjuran Richworks.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam pagi Jumaat Bunda.. AlhamduLILLAH, perkongsian yang menarik.. terima kasih..
BalasPadamJom follow saya
Trima kasih sharing.....
BalasPadamSalam Jumaat Bunda..
BalasPadamya Allah...sy takut bila baca entry Bunda ni... banyak sangat cabaran membesarkan anak zaman.. moga Alllah mempermudahkan sy dlm membesarkan anak lelaki sy...
Satu catatan yg sangat baik untuk dijadikan renungan kita sebagai ibu-bapa.
BalasPadamPaling kakak suka biar kita menangis sekarang daripada kita menangis di kemudian hari
Penyesalan tak sudah yg pasti berpanjangan..
Terima kasih atas perkogsian ini. Banyak dapat ilmu. Kena jaga anak. Harta dunia akhirat kita. Boleh jadi pembela dan pembantu di akhirat jika betul asuhanya. Jadi sebaliknya jika salah asuh. Sama-sama beringat buat insan bergelar ibu bapa.
BalasPadamBetul tu akak. Kena jaga sebaiknya anak-anak yang sedang membesar. Kadang-kadang terlepas pandang nak jaga anak. Bila dah 'rosak' baru menyesal tak sudah. Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita.
BalasPadambetul tu...macam anakku sazali
PadamTerima kaih perkongsian ini Bunda. banyak betul dugaan menjadi ibu bapa zaman sekarang. Kena banyak berdoa pada Allah SWT. Agar Allah bantu kita semua.
BalasPadamSALAM JUMAAT BUNDA..CABARAN SBG IBU/BAPA PERLU DIHADAPI DGN SABAR N TABAH DEMI ANAK2 YG DISAYANGI...
BalasPadamYa Allah.. Huhu.. Ank lady masih kecil.. Tp tkt sgt2.. Moge mmpu didik ank jd hamba Allah yg taat.
BalasPadamPerkongsian yang menarik bunda.
BalasPadamBetul lah tu,skarang ni amat mencabar menjaga anak2 ...mungkin kita dapat kawal mereka dengan kawan2 sekeliling tapi dgn internet yg serba canggih ni apapun boleh berlaku...moga anak2 kita dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu yg merugikan kehidupan mereka.
Betul sangat..bahaya menanti dihujung jari sekarang ni...
BalasPadamterima kasih berkongsi....
BalasPadamnice sharing
BalasPadamkat sini pun akan ada klinik dr azizan osman. namun nampaknya lebih kepada talk on biz...
BalasPadamBagus peringatan ini dari masa ke semasa...sayang anak-anak kita...
BalasPadammaaf sy ada kurang sependapat kerana sy mungkin tak tahu apa-apa ilmu langsung tak tahu pasal bisnes mmg
BalasPadam0, sy tak pandai didik anak dan sederhana x mampu nak bg pendidikan terbaik pd anak-anak... Saya cuma dpt doakan anak2 sy berjaya dunia akhirat sbg abdi yg sejati dan khalifah meneruskan perjuangan Rasulullah saw.... dan saya serah pada Allah semuanya anak keluarga utuk Allah uruskan krn saya tahu Allah Ya Baari' yang Maha Menyusun kehidupan hambaNya.... dan sucikan hati dari cinta dunia,,,, letak dunia di genggaman bukan di hati.... mula-mula byk ujian, tapi sy tahu Allah Ya Wakil, Ya Waliy menguruskan dan mentadbir hidup kita.... bagi sy klu kita buat kerja Allah suruh Allah akan bantu kita memnguruskan semua kehidupan kita di dunia....
selamat malam bunda
BalasPadampeekongsian yg baik ni
sama2 ambiik buat pengajaran utk kita semua
tq perkongsian :-))
BalasPadamBagus nasihat Dr Azizan ni. Terasa pulak saya KN, terasa teruknya diri ini....
BalasPadamMemang betul, kekadang kita tak mampu nak ajak mereka berjemaah kat masjid, bukan tak boleh, tp sebab tak dibiasakan sedari kecik, jadi susah....huhu
Walau anak2 kak Zai dah besar dan berkeluarga tapi tetap kena pantau.
BalasPadamPerkongsian yang bagus.
Perkongsian peringatan dan panduan buat kita semua dari seorang sifu dan mentor yg dihormati. Thanks sharing Bunda... :)
BalasPadamGud Info Bunda.. aaa anak2 Dr. Azizan memang sekolah cina, satu sekolah ngan anak mummy.. :D
BalasPadamMaaf Bunda. Lambat balas kunjungan..
BalasPadamPeringatan yang baik untuk kita semua. Zaman sekarang ni, banyak dugaannya.
takut godaan zaman moden
BalasPadamtakut godaan zaman moden
BalasPadambukan mudah mendidik anak2 dizaman serba mencabar ni kan Bunda...
BalasPadamAssalamualaikum Bunda,
BalasPadamPerkongsian yang sangat baik dan tepat di saat saya tercari2 kaedah mendidik anak yang baik utk dipraktikkan..
Terima kasih Bunda.. :-)
Perkongsian yang baik bunda.
BalasPadamMelentur buluh biar dari kecik
peringatan dan pengalaman yang sangat bagus..memang cabaran membesarkan anak2 zaman sekarang..banyak sgt cabaran
BalasPadammusim yang sibuk buat teman.
BalasPadamTerima kasih, Bunda. Perkongsian yang menarik. Betul tu, kalau ajak tengok wayang, jalan-jalan, makan-makan, memang kita rasa gembira tengok anak gembira. Tapi tak pernahlah pulak ajak anak-anak dengar kuliah, solat di masjid dah sebagainya. Agaknya kalau kita mampu buat begitu, tentu perasaan gembira tu berganda-ganda timbulnya dalam hati!
BalasPadambagus perkongsian ni. terima kasih bunda. ada jugak niat dalam hati nak hantar anak ke sekolah tahfiz masa dia umur 5 tahun nanti
BalasPadamtq atas perkongsian ni bunda :) ...
BalasPadamThanks atas perkongsian bunda.
BalasPadamjangan biarkan anakku sazali ke 2 muncul
BalasPadam