Selasa, 17 November 2015

Jom Ke Kebun Bapak


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

ingat tak dalam entri bunda yang INI ... kisah pokok ros jepun bunda yang bapak didik ni, baru-baru ni bunda balik kampung... bunda tengok ros jepun ni dah besar dan banyak daun dia yang tumbuh menjuntai-juntai...


Tetapi bunganyer tak berapa lebat... tapi bunda puas hati lah sekurang-kurangnyer dah membiak...cumanyer masih dalam bekas asal, bekas botol minuman...agak sempit agaknyer... bapak kata tengok sikit hari lagi dia nak ubah ke pasu besar sikit...



 Pokok ni pulak (bunda dah lupa namanyer), menjadi-jadi bapak tanam. Ada dua warna. Kuning dan merah.... lepas satu, satu tumbuh anak pokok baru.  Ramai jiran-jiran ambil anak pokoknyer... sama lah bunda pun, dah lama bunda didik pokok pemberian bapak ni... tapi tak mau membiak dan besar tinggi seperti yang bapak tanam. Nak berbunga pun malu-malu jer...


Yang ini anak pokok bunga raya yang baru papak beli. Katanyer pokok bunga rayanyer dulu batangnyer dah di makan anai-anai... lembut kemudian rebah sendiri. Sebelum ni pokok bunga raya bapak memang membesar cantik, bunganyer yang berwarna merah sangat cantik
dan menyerikan taman.

Tiba-tiba pula boleh rebah... sayang betul... sebab tu bapak usaha beli yang lain, ganti balik. Tapi bila balik rumah bapak cakap ini anak pokok bunga raya putih, dia silap beli, dia nak yang merah juga. Tak pe lah bapak, bunga raya putih ni lagi elok, orang kata boleh buat ubat...kita tunggu dan lihat jer nanti bunganyer putih ke merah...


Yang ini juga anak pokok baru. Pokok manggis mini katanyer...pokoknyer jenis rendah dan tak membesar macam pokok manggis dulu-dulu tu. Pokok manggis bapak yang lama tu katanyer nak di tebang, sebab pokok tu merajuk, baru sekali jer berbuah...pastu dah bertahun tak berbuah-buah... buat semak jer... tak tau lah bapak.. dengan pokok tanaman dia pun dia pandai buat andaian macam-macam.... apa-apa jer lah bapak...


***Alhamdulillah sehari dua bunda balik kampung haritu, bapak masih sihat...sibuk dengan tanaman dan kucing kesayangannyer, comel..

40 ulasan:

  1. As salam bunda
    Sahabat dgn pokok2
    Terapi minda.
    Bru teringat tk siram pokok dh 2 hari..hihi

    BalasPadam
  2. assalam bunda..

    seronoknya tengok pokok bunga hidup subur macam tu, kalau semua berbunga tentu cantik kawasan rumah kan

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...bunda..selamat pagi...sarap apa tu?

    pokok manggis belakang umah yan majuk juga bertahun tahun...tahun lepas hubby yan potong pucuknya..Alhamdulillah...dah berbuah banyak kali...

    BalasPadam
  4. Kasihan kat pokok manggis tu nak di tebang. Boleh cuba petua iryanty dulu sebelum ganti yang baru.

    BalasPadam
  5. Macam-macam pokok ada. Suka tengok pokok-pokok ni.

    BalasPadam
  6. Suka tengok ros jepun. Cantik bunganya.

    BalasPadam
  7. saya suka tengok jer pokok2 bunga yang di jaga oleh mak kat kampung, tapi nak tolong siram kan sesekali pun susah. apa la saya nie..... hahaha

    BalasPadam
  8. Ros jepun kalau bungsnya lebat cantik tapi tak tahan lama.
    Alhamdulillah bapak bunda sihat walafiat.

    BalasPadam
  9. tanaman bapa bunda menjadi semuanya nampaknya...rajin sungguh isi masa dgn bercucuk tanam...

    BalasPadam
  10. Assalam bunda.. menjadi pokok2 bapa tu ya.. subur juga..
    Alhamdulillah bapa bunda sihat...moga terus sihat & pjg umur...

    BalasPadam
  11. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. Tangan sejuk ni tanam apapun menjadi. SUkanyer tgk bunga2 tu

    BalasPadam
  12. tangan kira panas kalau bab tanam pokok bunga. kalau pokok buah insyaAllah menjadi :)

    BalasPadam
  13. Nampak subor betul tanaman bapak bunda ya...Memang sejuk tangan dia bercucuk tanam.
    Ros jepun warna tu saya ada tanam bunda..Atas tanah je..

    BalasPadam
  14. Ji.mat poket ni bunda... hihi

    BalasPadam
  15. macam2 tanaman ade. tak rugi berjasa pada tanah nih.
    mesti dapat hasilnye.

    BalasPadam
  16. cantiknya hai yang kat dalam botoi tu... suka tengok kreatif-kreatif (^___^)

    BalasPadam
  17. tak sabar nak tengok pokok manggis mini..

    BalasPadam
  18. assalamualaikum bunda
    syok kaknoor tengok pokok2 tu
    sehari kalau tk tengok pokok mmg tkdpt
    bezt jugak manggis mini mesti cepat beebuah nnt bunda kan

    BalasPadam
  19. assalam bunda.. baru aiza tahu ada pokok manggis mini.. agak-agaknya buahnya mini juga ke atau saiz normal? rajin berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.. ;)

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum Bunda.. tanam pokok ni memang satu terapi yang amat menyeronokkan..tapi kadang-kadang tu , malas gak nak menyiramnya..nasib baik sekarang ni musim hujan,

    BalasPadam
  21. Tabik la kat bapa Bunda walau dah berusia tapi rajin berkebun. Berbeza dengan saya yg suka tengok pokok bunga tapi tak begitu rajin menanam dan membelanya...

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Bonda...bunga yang kuning merah tu Canna namanya.... seronok kita punya minat yang sama....terima kasih kongsi pengalaman

    BalasPadam
  23. Bila ruang tanah luas ditambah dengan rajin memang menjadilah hasilnya
    Org yg tanam dah tentu suka kita ni tengok aje pun dah tak kelip mata.
    Seronoklah main dgn tanam-menanam ni. Kakak memang suka... cuma tanah terhad.

    BalasPadam
  24. Pokok bunga tasbih namanya tu KN. Senang tumbuh dan membiak di kawasan yang lembab.

    BalasPadam
  25. Wahhh seronokkan bunda. Itulah perasaan saya setiap kali blk ke kampung melawat tanaman bonda. Seronok sgt

    BalasPadam
  26. saya suka tengok bunga ros jepun tu,cantik :-)

    BalasPadam
  27. rajin nyer ayah bunda berkebun...sekurang2 nyer boleh buat terapi minda dengan melihat tanaman kan..

    BalasPadam
  28. Rajinnya...teringah kat arwah bapa. suka menanam juga...

    BalasPadam
  29. cantik-cantik semuanya ... bapak bunda macam suami saya la, tangan subur :)

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum Bunda,

    Tengok tanaman Bunda teringat pokok bunga rose saya.. Sejak akhir2 ni sibuk, kesian terbiar..

    BalasPadam
  31. salam jumaat bunda., alhamdulillah syukur je bapak bunda masih sehat ;p

    BalasPadam
  32. Bagus KN....rajin tengok bapak. Alhamdulilah bapak masih kuat dan sihat. Masih mampu tanam pokok.
    Saya suka gambo atas tu KN....walaupun tak bunyak bunga tp uniklah gambo tu

    BalasPadam
  33. Sejuk tangan bapak bunda menanam ye..
    Subur2 pokoknya..
    Arwah abah saya suka ternak binatang..
    Semua haiwan sayangkan nya..
    Ingat lagi arwah abah jual angsa kat kawannya..
    Boleh angsa tu balik rumah kami semula..
    Pandai pulak mencari jalan balik..
    Terpaksa tukar angsa lain ;)

    BalasPadam
  34. Subhanallah walhamdulillah... suburnya. Tenang jiwa tengok... menceriakan juga. Tahniah buat ayah Bunda dan Bunda juga... :) :)

    BalasPadam
  35. Sejuk mata memandang tgk hijau-hijauan ni.. mummy suka, tapi bila tanam poko semua bantut sebab mummy kategori tangan panas.. hehhee :D

    BalasPadam
  36. Cantiknya gambar bunga yg pertama tu

    BalasPadam
  37. Rajin bapak bunda. Semoga dikurniakan umur yg panjang dan sihat tubuh badan

    BalasPadam
  38. Macamana agaknya hasil pokok manggis mini tu ya, Bunda? Buahnya pun nanti mini-mini saiz ke macam tembikai mini sebesar epal tu?

    BalasPadam
  39. Salam Bahagia Bunda. Cantik warna kuning merah bunga tasbih tu.

    BalasPadam