Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
Pada 14 Nov 2015 bersamaan 2 Safar 1437H yang lalu, selamat lah sudah anakanda kedua bunda melangsungkan pernikahan mereka. Majlis berlangsung di sebuah masjid baharu di tempat bunda.
Selama beberapa tahun bunda menanti saat ini.... akhirnya tiba juga masanya. Alhamdulillah. Yerlah kan, anak-anak dah besar panjang, apa lagi yang perempuan, apa bila usia berganjak ke 30an... masih belum juga bernikah, maka macam-macamlah pandangan, sosek-sosek dan tohmahan orang. Bukan saja dari orang luar, malah dari saudara mara sendiri juga.
Bunda sebagai ibu tunggal (balu), menjaga dan membesarkan 4 orang anak bersendirian...2 lelaki dan 2 perempuan, sedikit sebanyak merasa amat sedih dan berasa hati. Tapi takdir Allah menentukan segalanyer...
Jodoh,rezeki dan maut ditangan NYA....Mana ada ibu bapa yang suka melihat anak-anak mereka lambat jodoh... apa lagi tuan yang empunya diri... bukan tak mencari...tetapi datangnya lewat...
Sedangkan kawan-kawan sesama belajar dulu dan kawan-kawan sekerja ramai yang dah bernikah dan mempunyai 2 3 orang dah anak. Begitu juga sepupu-sepupu, ramai yang dah berkeluarga pun. Sehingga tiba pada satu tahap, anak-anak bunda jadi trauma untuk balik kekampung, bersua muka dan untuk menjawab persoalan yang sama... "ko ni bila lagi... tak teringin ke nak kawen?"
Soalan yang sama bertubi-tubi... seakan jodoh itu letak ditangan sendiri... seakan tiada jawaban untuk soalan-soalan 'bodoh' begitu...Berkat kesabaran menepis segala tohmahan dan pertanyaan-pertanyaan yang acapkali dan merunsingkan, akhirnya anak bunda kini telah dipertemukan jodohnyer... kini anak bunda dah selamat dinikahkan.
Walaupun dalam majlis yang serba sederhana dan ringkas.
Tiada majlis besaran kat dewan bagai...hanya majlis akad nikah dan jamuan makan tengahari di masjid dengan diiringi barang-barang hantaran seadanya saja. Kemudian majlis bersanding tertutup di rumah yang di hadiri oleh kedua belah pihak keluarga dan adik beradik terdekat sahaja... yang penting acara wajib telah selamat dengan sekali lafaz sahaja....
Itulahkan, bunda dan anak-anak dalam suka ada juga dukanyer... "Seandainya arwah ayah masih ada, sudah tentu lebih lengkap keluarga kita dihari yang bermakna dan serba ringkas ini."
"Kakak, apa pun sampai disini saje tanggung jawab mak setelah anak-anak bernikah...walaupun jauh disudut hati mak berat melepaskan, namun mak terpaksa akur dan terima hakikat yang anak gadis mak kini dah jadi milik orang. Dan kini dah jadi tanggung jawab suami menjaga pulak...mak cuma boleh pantau dari jauh ajer.".
Semoga pandai-pandailah kalian menjaga bahtera rumah tangga kalian yang baru saja di bina.
Syukur Alhamdulillah...
Bunda sebagai ibu tunggal (balu), menjaga dan membesarkan 4 orang anak bersendirian...2 lelaki dan 2 perempuan, sedikit sebanyak merasa amat sedih dan berasa hati. Tapi takdir Allah menentukan segalanyer...
Jodoh,rezeki dan maut ditangan NYA....Mana ada ibu bapa yang suka melihat anak-anak mereka lambat jodoh... apa lagi tuan yang empunya diri... bukan tak mencari...tetapi datangnya lewat...
Sedangkan kawan-kawan sesama belajar dulu dan kawan-kawan sekerja ramai yang dah bernikah dan mempunyai 2 3 orang dah anak. Begitu juga sepupu-sepupu, ramai yang dah berkeluarga pun. Sehingga tiba pada satu tahap, anak-anak bunda jadi trauma untuk balik kekampung, bersua muka dan untuk menjawab persoalan yang sama... "ko ni bila lagi... tak teringin ke nak kawen?"
Soalan yang sama bertubi-tubi... seakan jodoh itu letak ditangan sendiri... seakan tiada jawaban untuk soalan-soalan 'bodoh' begitu...Berkat kesabaran menepis segala tohmahan dan pertanyaan-pertanyaan yang acapkali dan merunsingkan, akhirnya anak bunda kini telah dipertemukan jodohnyer... kini anak bunda dah selamat dinikahkan.
Walaupun dalam majlis yang serba sederhana dan ringkas.
Tiada majlis besaran kat dewan bagai...hanya majlis akad nikah dan jamuan makan tengahari di masjid dengan diiringi barang-barang hantaran seadanya saja. Kemudian majlis bersanding tertutup di rumah yang di hadiri oleh kedua belah pihak keluarga dan adik beradik terdekat sahaja... yang penting acara wajib telah selamat dengan sekali lafaz sahaja....
Itulahkan, bunda dan anak-anak dalam suka ada juga dukanyer... "Seandainya arwah ayah masih ada, sudah tentu lebih lengkap keluarga kita dihari yang bermakna dan serba ringkas ini."
"Kakak, apa pun sampai disini saje tanggung jawab mak setelah anak-anak bernikah...walaupun jauh disudut hati mak berat melepaskan, namun mak terpaksa akur dan terima hakikat yang anak gadis mak kini dah jadi milik orang. Dan kini dah jadi tanggung jawab suami menjaga pulak...mak cuma boleh pantau dari jauh ajer.".
Semoga pandai-pandailah kalian menjaga bahtera rumah tangga kalian yang baru saja di bina.
Syukur Alhamdulillah...
Dimajlis yang sederhana ini selain dari saudara mara terdekat, rakan-rakan rapat pengantin dan jiran-jiran berhampiran.... Zarif pasti tak di lupakan. Sejak 2 3 hari sebelumnya Zarif lah orang utama sebagai penyeri dan
Kak Ngah nyer tugaskan Zarif untuk isi door gift yang akan di beri pada tetamu....kemudian kemas, susun, angkat kotak-kotak kecil yang mana patut dan membantu semasa kerja menyiapkan bunga telur. Zarif happy kalau di beri job begitu...dia enjoy jer.. kalau tak dia akan jadi bosan...sebenarnyer dia pun tumpang gembira sama.... asek bertanya jer selalu...
"bila Kak Ngah nak kawen?"...
Tapi, dalam masa yang sama mulut nya tu tak abis-abis mengeluh... "hisshh! beratnyer!" ... "alaaah! banyaknyer keje." "Adoiii! penatlah zarif.." camtu lah Zarif... tak abis-abis dengan keletah nyer...tapi kami seronok...tak sunyi dengan ragamnya yang selamba dan kadang menggelikan hati
dan sangat menghiburkan ...
Tapi setiap kerja pasti ada ganjaran nyer.... bila dah siap kerja, Kak Ngah luangkan masa untuk bawa Zarif keluar makan dan bermain... memang sukalah dia...
InsyaAllah, kalau ada rezeki dan jodoh... tahun depan Zarif akan tolong kerja kawen Kak Nana nyer pulak....anak perempuan bungsu bunda... Kalian pun tolonglah doa kan untuk jodoh anak bungsu bunda nanti yer.. semoga dipermudahkan NYA..
***Kita merancang, Allah juga merancang untuk kita, Tetapi perancangan Allah adalah yang terbaek.... Terima Kasih ALLAH...
tahniah bunda semoga jodoh mereka berkekalann ., amin
BalasPadamAlhamdulillah..tahniah bunda :-))
BalasPadamAlhamdulillah. Tahniah Bunda.
BalasPadamChomelnya Zarif. Berposing sakan tu
Tahniah Bunda....Alhamdulillah, bertemu jodohnya, dah selamat majlisnya..
BalasPadamZarif yg cute..
Assalamualaikum bunda,
BalasPadamTahniah dapat menantu,semoga Allah merahmati segala kerja buat...
Baarakalluhu lakum...
tahniah bunda dan selamat pengantin baru untuk anak bunda tu...terima kasih memahami anak bunda, bukan senang umur dah 30 lebih tapi masih belum bertemu jodoh..itu agaknya yang mak ayah saya rasa..
BalasPadamassalam tahniah bunda terima menantu...semoga pasangan pengantin baru kekal bhgia bersama selamanya...
BalasPadamTahniah bunda dapat menantu. Biasalah tu manusia. Ada aje yang nak di 'gosipnya' . Apa pun alhamdulillah selamat sudah bergelar isteri orang anak bunda. Semoga kekal dah bahagia selamanya.
BalasPadamAlhamdulillah. Selamat sudah majlisnya. Insyallah ada kebaikan semua ini. Jika arwah ada, mesti dia pun turut sama bergembira. Doakan kebaikan untuk arwah suami bunda. Kuatkan semangat. Allah SWT ada.
BalasPadamTaniah bunda terima menantu.Semoga ikatan mereka kekal selamanya. Semoga berbahagia. Insyallah nanti akan datang sambut menantu lagi. ;-)
BalasPadamtakpa. akan ada cucu menggantikan anak yang diambil orang...
BalasPadamTahniah KN.....
BalasPadamYelah.....Sabar ajelah, namanya pun manusia, mulut manusia mana boleh ditutup, alhamdulilah akhirnya Allah menukan jodoh buat anak KN.....moga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Lepas ni kalau KN ada cucu, sure Zarif cemburu tu....hihi
Alhamdulillah. Tahniah KN terima menantu. Kerja kahwin ni bukanlah senang. Tambah2 kalau ada anak dara yang lambat sikit jodohnya...jenuh nak jawab kat wartawan jalanan ni. Saya pun dah pasang angan, kalau anak bongsu dah sampai jodoh esuk2 ni, nak buat majlis sesimple mungkin je...
BalasPadamdua minggu berturut-turut ada kerja kahwin....hujung minggu nie nak balik kampung dan minggu depan balas ke muar pula.
BalasPadamTahniah bunda,akhirnya bertemu jodohnya.Rasa saya zaman skg kurang juga org kisah pasal lambat kawen cuma mulut2 yang takde insuran yg berani bertanya.Lagipun anak2 skg umor 20an belajar lagi dan lagi...
BalasPadamBagus bunda bersederhana gitu...anak dara saya pun dah berangan jika dia kawen pun nak wat simple je...tak mau membazir katanya.
Tahniah Bunda, dpt menantu. Saya entah bila nak dapat....
BalasPadamselamat pengantin baru pada pasangan pengantin dan tahniah untuk bonda sebab terima menantu...moga perkahwinan mereka aman sentosa hingga akhir hayat....memang begitu la mulut manusia ni bunda selagi hidup selagi tu la takan berenti bercakap...kadang2 tanpa sedar cakap2 mereka menyakitkan hati kite...sabar banyak2 ye bunda
BalasPadamAlhamdulillah.. selamat semuanya Bunda..
BalasPadamSaya dulu pun bertemu jodoh pd usia 32 tahun bunda..
Dah lali dgn pertanyaan sebegitu..
Jodoh bukan ditangan kitakan bunda..
Alhamdulillah rezeki zuriat saya pula awal..
Biarpun kakak ni sekadar kawan alam maya ada bergetar juga di dalam hati bila baca N3 KN ni.
BalasPadamSayu berbaur rasa gembira. Kakak faham perasaan KN dan KakNgah sebab kita ni perempuan
Apa pun begitulah perancangan Allah sangat indah. Moga KakNgah dan suami terus dilimpahi kebahgiaan dan keberkatan dalam hidup. Barokallah...
Buat Nana juga moga perjalanan dipermudahkan dan ikatan halal yang dirancang menjadi kenyataan
BalasPadamTeruskan doa KN.
Tahniah Dan Alhamdulillah segalanya di permudahkan. Semuga berbahagia sehingga ke Jannah.
BalasPadamTahniah dan selamat menerima menantu yer Bunda ^-^
BalasPadamasslmkm bunda.. :)
BalasPadamtahniah bunda.. selamat terima menantu baru..
selamat pengantin baru buat puteri bunda.. :)
Tahniah bunda. Lebih baik kahwin lewat daripada kahwin awal tapi perkahwinan bermasalah.
BalasPadamTahniah bunda..nambah seorang ahli keluarga bunda
BalasPadamtahniah bunda...moga jodoh anak bunda berkekalan hingga ke dalam syurga Allah
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamsalam ukhuwah dan ziarah kembali ye Bunda.
tahniah bunda dpt menantu... bertambah ahli baru ya ;-)
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamtahniah dan selamat pengantin baru..
mcm mak saya lagi la bunda, sy sorng j perempuan..
Tahniah bunda..dapat ahli baru dlm keluarga..moga pasangan bahagia hingga ke jannah
BalasPadamtahniah bunda ... tahniah sebab keluarga bunda makin membesar :)
BalasPadamselamat pengantin baru buat anakanda bunda
tahniah buat anak bunda & suami...wah dah besar2 juga anak bunda kan..adatlah mulut orang lmbt kawin jadi isu awal kawin pun isu juga
BalasPadamTahniah Bunda.
BalasPadamMemang hal " lambat jodoh", " lambat dapat zuriat"..saya selalu tekankan bila menulis di laman FB saya...saya rasa jelik dgn sikap masyarakat kita, seolah olah kerja jodoh & zuriat itu, bukan kerja Allah.
Moga perkahwinan anak Bunda bahagia hingga ke syurga.
Majlis yang ringkas, tapi sempurna..itulah yg sebaiknya. Elak pembaziran di mana yg boleh.
DZ yg alasan 'lambat jodoh' n 'lambat zuriat' tu satu hal... yang anak bunda ni tiba2 jer nikah, ringkas pulak tu, kat masjid jer ni haa.... satu hal jugak nanti orang pasti akan bercakap ....pasti ada yang fikirkan yang negatif.... macam dalam drama tv selalu tu..... satu hal lagi bunda nak hadap....
PadamTypical malays Bunda.. bila buat grand mengata, bila buat biasa2 pun sama.. aik..? yang nak kahwin siapa sebenarnya? Ada guna duit dia yang mengata tu ke..?
Padamtahniah bunda.. semoga berkekalan hingga akhir hayat.
BalasPadamtahniah kerana mendapat menantu...semoga ia memberi sinar bahagia nanti..
BalasPadamAs slm bunda
BalasPadamTertggl bas nmpknya nor ni...Alhamdulillah
Tahniah dpt menantu..lps ni dpt cucu plk...kn
tahniah
BalasPadamselamat pengantin baru
tahniah dan selamat pengantin baru semoga kekal bahgia hingga ke akir hayat..
BalasPadambiasa lah mulut manusia..ada je yang tak kena..bile dah kawen esok2 sibuk plok bile nak dapat anak...ayat normal manusia...
alhamdulillah..tahniah bunda..dpt menantu baru..
BalasPadamsyukur smuanya bjln lncar...
jodoh pertemuan, smuanya ketentuanNya..
Dia sebaik-baik perancang n apa y tjd adlah y tbaik utk khidupan kt..
moga iktan ni kekal till Jannah..amin
Tetibe rs sedih.. Huhu.. Sbg seorg ank sedih sgt bl dah kawin dh xdpt duk dgn mak lg.. Manja2 dgn mak lgi.. Lbh2 lg dah duk sdri.. Huhu.. Sabar yer bonda.. Klu ank sedih mesti bonda sdh lg.. Wlpun hakikatnya klhtn gmbira..
BalasPadamTetibe mood sdh sb cuti ni xdpt balik jumpe mak.. Huhuhu
Alhamdulillah.
BalasPadamTahniah.
Ahli keluarga makin bertambah pasti lagi ceria dan bahagia.
Alhamdullah.. tahniah bunda..
BalasPadamCepat & lmbt jodoh seseorg tu urusan Allah..
Tp mulut org kita x blh tahan dr bertanya.. sbr je la..
Semoga bahagia hingga syurga buat ank bunda..
Salam singgah petang sini bunda...Alhmdulillah dan tahniah buat bunda sekeluarga di atas perkahwinan anak bunda...semoga perkahwinan yang terbina akan berkekalan hingga ke syurga....
BalasPadamAlhamdulillah.. tahniah bunda.. moga diberkati Allah swt selalu dan kekal bahagia hingga ke syurga.. aiza pun dah masuk usia 30an tu, tapi masih belum bertemu jodoh..
BalasPadamalahaiii memang macam tu mulut orang sekarang ni. bertanya bnda yang tak patut ditanya pun. sebab tu banyak budak muda mulut kurang ajar sekarang sebab nak menepis soalan tak patut macam tu. apa2 pun tahniah bonda, bonda memang ibu yang kuat. tahniah jugak dah dapat menantu. insyaAllah orang kata kalau sekali dah kenduri rumah kita akan berjangkit2 kenduri nya nanti tu :)
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah buat Bunda juga kpd pasangan pengantin. Semoga dikurniakan kebahagian dan keceriaan yg diberkati hingga ke syurga... aamiin ya Robbalalaamiin... :) :)
BalasPadam