imej google |
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang di gemari sewaktu muda semakin tidak menyeronokkan?
Ustaz kata lihatlah sesuatu yang Allah takdirkan dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri.
Contoh-contoh yang di berikan:
~ SATU
Bila tua, keinginan untuk makan sedap-sedap semakin berkurangan. Nafsu makan sudah tiada.
Hikmahnya : Perbanyakkan puasa sunat atau pun mengqada' puasa-puasa yang pernah di tinggalkan sewaktu muda.
~ DUA
Bila tua, kerap terjaga waktu malam dan mata sukar lelap kembali.
Hikmahnya : Bangunlah untuk berqiamulail, mengerjakan solat-solat sunat seperti tahajud, solat taubat dan lain-lain. Barang kali sewaktu muda tidak pernah melakukannya, maka Allah bagi peluang untuk melakukannya sebelum berakhir usia.
~ TIGA
Bila tua, sudah tidak gemar menonton tv. Tidak ada lagi rancangan tv yang di minati.
Hikmahnya : Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca Al-Quran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam. Paling tidak pun sekali setahun.
~ EMPAT
Bila tua dan sudah bersara, banyak waktu lapang.
Hikmahnya : Banyak waktu. Anak-anak dah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, jadi kita boleh menguruskan waktu dengan lebih bermanfaat. Sisa-sisa usia yang Allah pinjamkan bolehlah di gunakan untuk hal-hal yang bermanfaat. Agar dapat menjadi peneman kita di alam barzakh/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar Al-Quran, bertalakki dengan ustaz/ustazah/alhafiz dan lain-lain program yang berfaedah.
Allah masih sayang kepada kita....di beri peluang untuk perbaikki keadaan sebelum menyesal.
***Wallahu'alam...sekadar berkongsi dari rakan group...
Salam Jumaat BN, inshaAllah beribadah memang menjadi tanggungjawab, termasuklah peringatan ini.
BalasPadamSemoga diberikan kesempatan umur yg panjang buat saya ye Bunda..
BalasPadamAgar ada amalan yg tak cukup untuk dibawa kesana boleh ditambah ketika bila tua..
Membaca bait2 tulisan bunda itu..
Banyak benarnya.. saya sekarang sudah tidak mahu menonton TV..
Assalammualaikum tuan blog.Terima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamBetul lah apa yg bunda gitau ni,semua dah banyak ditarik kenikmatan nya agar kita lebih banyak beribadat kepada Nya untuk bekalan akhirat nanti
BalasPadamKakak sudah ada ciri-ciri itu KN
BalasPadamSekarang kakak dah kurang minat menonton tv - tanda itu dah lama tau
Harap dpt memberi kesedaran pada diri ini.
betul tu setiap apa yg Allah beri ada hikmahnya..semakin tua sepatutnya semakin perbanyakkan amalan
BalasPadamsetiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknye....Allah kan sebaik2 perancang :)
BalasPadamTerima kasih diatas perkongsian ilmu. Mendatangkan keinsafan yang usia kita semakin sedikit. Semuga Allah memberi kesihatan yang baik buat Bunda dan saya supaya dapat menambahkan lagi amal ibadah.Aamin
BalasPadamSALAM JUMAAT NORA..KAK NI ORG TUA N ITULAH YG KAK RASAI...TAPI JGN UNGGU TUA BARU HNDK BERIBADAT BNYK2...KDG KALA TUA KSHTN XBRAPA BAIK N AMALAN TERASA XSEMPURNA...
BalasPadamBunda... assalamualaikum... lama x jenguk bunda... sorry bunda...
BalasPadamEntri bunda ni sgtlah betul nya. Hu hu hu.. terima kasih bunda
BalasPadamTQ. Moga kita dapat manfaatkan usia bersisa dengan sebaiknya, aamiin
BalasPadamSemoga kita semua gunakan masa sebaiknya sebelum kita bertemu Allah
BalasPadamSaya sedang alami semua itu...
BalasPadamsemua betul bunda ...setuju sangat
BalasPadamsemoga Allah sentiasa memberi kita peluang dan kesempatan untuk terus membuat kebaikan
BalasPadamItulah hikmahnya disebalik peningkatan usia .....
BalasPadamAssalamualaikum bonda..nice saying dan semuanya betul spt yg sllu tok sy cakap..tp bila usia dah lanjut keupayaan utk perbanyakkan hal tersenarai kat atas tu agak terbatas kan?? semoga Allah sentiasa merahmati kita dan sentiasa memberi kesempatan utk perbanyakkan membuat perkara baik..insyaallah....sgt baik diingtkan kpd golongan muda sekerap mungkin...
BalasPadamnice sharing
BalasPadamterkesan bace entry bunda....
BalasPadamwaktu makin lama makin meninggalkan kite kan bunda...seiring itu, usia pun meningkat...lieya tak mintak byk, asalkan terus sihat walfiat laki bini cukup lah...dpt tgk anak2 membesar, kawin dan bercucu....nak juga rase ape yg mak dan ayah kita rasa....in sha Allah...
thanks for sharing..semoga sisa2 hidup ini dimanfaatkan sebaiknya..
BalasPadamBetyl ty. Tak payah tggu tua.sekarang pon i dah rasa beransur2 semua tu. Especially part rancangan tv.hmmm
BalasPadambetul tu bunda..sekarang saya pun jarang dah nak tengok tv ni
BalasPadamAssalamualaikum bunda,
BalasPadamTerima kasih atas ingatan yang amat mengesankan. Pastinya setiap insan akan melalui saat-saat tua dan lemah seandainya ajal tidak menjengah di usia muda. Beberapa 'peringatan' yang datang seumpama 'jam loceng' yang mengejutkan kita agar sentiasa berfikir tentang kehidupan...Allahu rabbi saya jua sedang meniti jalan ke arah itu..
Betul tu KN....mmg itulah yg Allah nak kita tahu agaknya. Bersyukurlah kalau kita cuma diuji dgn benda benda yg KN sebutkan tu aje, tidak diuji dengan kesakitan yg teruk....kita masih beruntungkan KN
BalasPadamAllahu akbar
Tak sedar pun kenapa jadi macam tu bila dah tua ya, Bunda. Sekarang ni pun nafsu makan dah berkurangan walaupun masih suka makan. Apa-apa yang terasa sedap di tekak dulu-dulu seolah tak rasa sedap lagi rasanya sekarang.
BalasPadamAllah...terus muhasabah diri...
BalasPadaminsaf...nice sharing bunda..
ye betul tu....saya risau jika tak sempat nak merasa ke waktu itu. terutama bila mengenang sudah ramai kawan sebaya yang telah pergi di jemput Nya terlebih dahulu
BalasPadamPeringatan di hari tua..
BalasPadamMoga diberi kesempatan menghargai waktu2 terakhir..
Terima Kasih bunda_Nora atas perkongsian penuh bermakna ini..
Subhanallah... t kasih atas perkongsian peringatan ini Bunda...
BalasPadamPeringatan di hari tua.. Terima kasih atas pengalaman untuk dijadikan panduan..
BalasPadam