Isnin, 29 Februari 2016

Ros Jepun Bunda



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Nampak tak pokok bunga Ros Jepun bunda tu dah besar...dah berjurai-jurai bunganya melimpah kebawah... itu pun bunda dah patah-patahkan untuk disemai baru... kalau tak lagi lebat bunganya...


Tengoklah gambar yang ni, dulu asalnya bunda beli Ros Jepun ni dalam pasu botol yang kecil dan sempit ... Bila bapak dah ubah dalam pasu bulat ni dan letak baja... barulah segar dan membiak .. bunganya pun lebat..


Gambar ni pulak bapak tengah bancuh simen...katanya nak tampal dan bela longkang belakang dapur yang dah retak... 

Bapak macam nilah...kalau dia sehat, aktif sangat...dia buat kerja macam kita suruh..dan macam penting sangat...kalau tengokkan umur dan fizikal nya macam tak sanggup suruh dia buat kerja macam tu...tengah panas lagi...


***Tapi itulah bapak...bukan boleh duduk diam...ada jer kerja yang dicarinya...

25 ulasan:

  1. rajin betul bapak bunda..tp bagus kan camni at least berpeluh n sihat bunda..terisi juga masa lapang

    BalasPadam
  2. Entri kakak hari ini pun ada kisah bapak
    Biarlah buat apa saja janji yg membahagiakan dia KN

    Bunga ros jepun kakak semua kakak dah buang sebab cepat membiak dan cepat menjadi tua. Tak terjaga dah.

    BalasPadam
  3. as salam, semoga sekeluarga berbahagia selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik ...aminnnn

    BalasPadam
  4. bunga ros jepun saya walau pon terbiar tanpa penjagaan tetap jugak sesekali berbunga...pokok ni memang tahan dan senang nak membiak...alhamdulillah nampak cam sehat dan kuat lagi bapak bunda ye...moga pakcik terus di berikan kesihatan yg baik

    BalasPadam
  5. Sama macam parents saya, dah pencen rajin pla tanam bunga. isi masa lapang

    BalasPadam
  6. BAPA BUNDA RAJIN BUAT APA SAJA NAMPAKNYA...TENAGA YG ADA DIMENAFAATKAN SEBAIKNYA...SEMOGA BAPA BUNDA DIBERIKAN KSHTAN YG BAIK SENTIASA MENERUSKAN KEHIDUPANNYA.

    BalasPadam
  7. Teringat aruah bapa saya yang juga tak boleh duduk diam, katanya kalau duduk diam seminggu dia akan demam. Sekarang penyakit bapa saya berjangkit sikit kepada saya, tapi sikit saja...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah masih boleh melakukan kerja2 sedemikian. Asal bapak bunda bahagia dan tidak memudaratkan.

    BalasPadam
  9. Cantiknya bunga rose jepun tu Bunda. faveret kaler tu..

    BalasPadam
  10. sama mcm atuk saya....mmg xleh duk diam... ada je keje yang "dicipta"..apapun alhamdulillah diberi kesihatan yg baik...

    BalasPadam
  11. musim orang tanam rose jepun kan bunda..dimana2 saya nampak halaman rumah orang mesti ada rose jepun..

    BalasPadam
  12. Rajin, kuat dan sihat bertenaga orangnya bapak bunda ni... alhamdulillah... :)

    BalasPadam
  13. Kakak datang lagi sambil menjenguk bunga ros jepun dan bapak yg sihat sambil tu nak inform kakak ada tag KN tau.. Mehlah jenguk kejap:)

    BalasPadam
  14. cantiknya bunga Bunda...
    orang2 tua mmg mcm tu kan Bunda...lagi kita suruh dia rehat, lagi dia tak boleh duduk diam...dorang akan cakap kalau dorang rehat, lagi sakit...huhu...

    BalasPadam
  15. seronok tengok pokok dah berbunga lebat tapi tula kira tak minat berbunga

    BalasPadam
  16. Alhamdulilah bspak masih sihatkan..badan sihat macsm macam boleh buat

    BalasPadam
  17. bila dh bbunga lebat msti cantik..

    biasalah org tua..klo sht, ade je kerja nk buat kan

    BalasPadam
  18. Beruntung Bunda masih punyai bapa....

    BalasPadam
  19. Aduh..saya punya koleksi ros jepun yang berpuluh jenis dah hampir pupus diserang fungus..tak sempat lagi nak tanam semula....rasa2nya dah ada yang mati terus..

    BalasPadam
  20. abah saya pun macam tu. tapi saya.... tak pulak.

    BalasPadam
  21. ros jepun warna pink tu....comei

    BalasPadam
  22. Ooooo namanya ros jepun pink.. baru mummy tau...

    BalasPadam
  23. mummy pernah tanam bunga ni waktu bujang dulu... cepat sungguh dia beranak.. meriah taman mini mummy waktu tu..heheh

    BalasPadam
  24. Besar gak pokok ros jepun tu

    BalasPadam