
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Pasti ramai yang tahu dan pernah tengok pokok bunga ni kan, yang bunda tahu namanya Pokok Kemboja Cina. Nama saintifiknya bunda tak tahu. Sebenarnya pokok ni dah lama bunda tanam, sejak tinggal di tempat lama dulu.
Dulu ada dua pokok. Kedua-duanya jiran bunda yang bagi. Pada mula dulu bunda rajin ambil tahu/bela pokok ni. Sejak yang satu pokok tu dah mati, ada pulak pokok-pokok yang baru.... yang satu pokok lama ni bunda abaikan.
Ibarat kata, "ko nak hidup...hidup... tak nak lantak ko lah!".. gitew...
tapi yang satu-satu ni tak pulak nak mati, walaupun tak pernah berbunga lagi...tapi masih hidup segan, mati tak mahu... haha!Sampailah satu hari tu, bunda tengah rajin...cantas, buang, alih, baja, rombak dan ganti tanah yang mana pokok-pokok yang agak dah lama dan tak berapa nak subur lagi...termasuklah Kemboja Cina ni.
Tak berapa minggu lepas tu bunda tengok pokok ni sedikit membesar dan daunnya hijau berkilat, segar dan bercambah ranting barunya. Bunda pun ubah pokok ni depan pagar kawasan halaman rumah. Sebelum ni di diseberang jalan.
Bunda atur pasu sederet dengan pokok puding dan pokok bunga purple macam morning glory tu (ntah apa namanya ntah)... Tak berapa lamam lepas tu, berbunga dia... banyak pulak tu...cantik pulak taman bunda ada kuning, purple, merah dan pokok berdaun seperti puding hijau kuning...meriah... segar pulak mata memandang.
Tak sangka...pokok yang kita kira dah tak berguna dan terpinggir selama ni apabila di beri sedikit sentuhan dan belaian, mahu juga dia kembali hidup subur.
***Ibarat manusia, tumbuhan dan haiwan juga makhluk Allah, yang ingin di beri perhatian dan belaian... tiba-tiba insaf dan terkedu rasanya sejenak....Subhanallah... Astaghafirullah..
Betul pokoknya tak perlu penjagaan sangatkan..tiba ja berbunga bila cuaca cukup panas. Geram tengok BN yang dalam gambar tu..
BalasPadamPokok ni memang tahan lasak kan Bunda...bunga pun cantik warnanya...
BalasPadamCantek kan bunda bila tengok bunganya.
BalasPadamRasanya pokok ni tak perlu penjagaan rapi hanya perlu dibelai sesekali .
cantik pokok bunga kmeboja ni bunda, ada bermacam warna
BalasPadamassalamualaikum.
BalasPadamsinggah dan jemputan...
~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/04/segmen-jom-singgah-jmbelog.html
Menyahut cabaran setelah dibelai akhirnya dia berbunga KN
BalasPadamCantik sangat. Kakak tak ada tanam bunga kemboja ni. Tapi suka tengok
cantik bunga ni apa lagi kalau di tanam dlm pasu berderet deret.
BalasPadamkalau kemboja atau bunga cina warna putih sinonim dengan tanah perkuburan. macam dalam lagu Hijjaz tu...
BalasPadambetullah pokok pun macam manusia perlu belaian..dh belai sikit br hidup kehidupannya tu.hehe
BalasPadamBunda sebab tu kena bercakap engn pokok pokokkn bunda..nekcik ni dah lama x bercakap dgn pokok..sapa pun idok.. Malas sangat ni
BalasPadamBunda sebab tu kena bercakap engn pokok pokokkn bunda..nekcik ni dah lama x bercakap dgn pokok..sapa pun idok.. Malas sangat ni
BalasPadampes time tau name dan rupenye bunda...
BalasPadamkalo serimbun di laman rumah ni mesti lawo kan...berseri2 jek rumah...kalernye mmg lawo kan kak....tapi tangan lieya ni panas...tanam kang takut mati plak....
cantek warna bunga nye. menyerlah jer.
BalasPadamCantik bunganya Bunda... segar, ceria dan meriah... :)
BalasPadamcantik bunga tu bunda
BalasPadammemang cantik menawan
BalasPadamSesekali memang kena dimanja pokok2 ni...
BalasPadamMerajuk bila dah dibelai berbunga lebat tu Yang nampak cantik.
BalasPadamMerajuk bila dah dibelai berbunga lebat tu Yang nampak cantik.
BalasPadamBaru beli hari tu .. entah apa lah nasibnya.. ditinggalkan.. terpaksa duduk dengan bonda buat masa ni.. bagi menghilangkan kesunyian beliau setelah pemergian ayahanda Ahad yang lepas
BalasPadamni baru tengok kemboja cina...
BalasPadampokok pun macam manusia jugak kan..nak bermanja sokmo
Agaknya semangat sikit kemboja cina tu KN bila dia duduk sebaris dengan pokok bunga yg cantik tu....tak sangka yer
BalasPadamBenda tak bernyawa pun punya perasaan cenggitu walaupun mungkin kebetulan...
cantiknya...kemboja cina ni ada bnyk jenis kan?
BalasPadamCantik bunga tu.. Bru thu namenye.. Hehhehe
BalasPadampokok ni cina suka tanam.. selalu kat pekan pekan kecil belakang umah cina mesti ada pokok ni
BalasPadammelihat bunga2 cantik satu terapi jiwa..rasa tenang & happy je...
BalasPadamCantiknya. Senang hati bila tengok bunga2 berkembang. Terapi tu
BalasPadamSubhanallah, cantiknya...
BalasPadamSinggah petang. Salam Rabu Bunda :)
BalasPadam