Jumaat, 6 Mac 2015

Dari Kebun Bapak







Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...

Masa bunda balik kampung beberapa bulan lepas, bunda tengok banyak pokok-pokok
tanaman bapak menjadi,
pokok bunga tumbuh subur dan berbunga lebat...pokok buah dah berbuah.

So bunda pun ambillah beberapa anak pokoknya untuk dibawa balik,  sebab bunda balik dengan anak, naik kereta. Kalau naik bas tak lah kot bunda nak angkut balik.


Pokok bunga ni dari kebun bapak, tapi bunda tak tahu apa namanya.
Bapak tanam dalam pasu besar, merimbun bunganya...cantik, geram bunda tengok.. masa baru tanam bunganya tak banyak lagi.

Bunda tanam dalam pasu kecil jer. Sekarang pokoknya dah besar dan jenis yang ramah berbunga
dan senang hidup. Malangnya bunganya tak lekat lama,
kena tiup angin habis gugur kebumi. Esoknya berkembang lagi...gugur lagi.

Tapi cantik, sebab bunganya kembang serentak...penuh pasu.
          

Pokok limau kasturi ini pun dari kebun bapak...bapak tanam kat tanah. Kecil ajer pokoknya, tapi buah dan putik-putik buahnya lebat. Geram bunda tengok. bunda pun mengecek dengan bapak.
Bapak pun tak kisah sebab dia ada sepokok lagi
yang sedang membesar.

Setelah dua tiga hari bunda tanam dalam pasu...bunda tengok daun-daunnya banyak rosak dimakan belalang. Bunda halau, nanti dia datang balik...Hai! rezeki lah katakan..
terpaksa berkongsi...


Pokok bunga ni bapak tanam depan pagar sederet 3  4 pokok...bila berbunga , cantiknyer...
pokok ni juga senang nak hidup..

Bunda ambil juga...adalah dua pokok...yang satu lagi baru nak membesar...yang diatas ni,
tengah ramah berbunga...




                                
Pokok ni pun bunda angkut juga beberapa anak pokoknya dari kebun bapak.
Ada dua warna,merah dan kuning.
Kat kebun bapak pokok ni dah besar merimbun. Bapak tanam rapat-rapat antara dua warna.

Bila dia berbunga seakan-akan satu pokok ada dua warna bunganya...
cantik sangat...besar-besar pulak tu bunganya...



Yang ni pulak pokok limau purut dari kebun bunda...yang selalu bunda ceritakan dulu...
kini dah tinggi hampir ketinggian manusia dewasa. Lihatlah daun dan
pucuk-pucuk barunya yang semakin banyak. 

blogger Kamsiah
pernah beritahu bunda agar bunda cantas/caras selalu dahan pokoknya...
nanti dahan baru akan tumbuh... .bunda buat seperti yang disarankan...
Alhamdulillah menjadi...terima kasih Kamsiah..

Begitu juga pokok pandan dan nenas bunda yang kelihatan dibelakang tu...sedang membesar dari hasil tanam semula haritu...sikit hari nanti berbuahlah pula
pokok nenas bunda tu

 Harap-harap pokok-pokok yang bunda tanam ni pun menjadi dan subur macam
pokok-pokok  bapak....InsyaAllah..

sebelum ni tak pernah lagi tengok bunga
pokok lidah buaya/aloe vera...
Untuk gambar bonus,  ini gambar deretan pasu pokok lidah buaya/aloe vera jiran sebelah bunda. Antara satu pasu pokoknya berbunga, cantik jugak...warna kuning.. Sebelum ni tak pernah tengok lagi bunga pokok aloe vera....

                 

***Bila-bila balik pulak nak mengecek lagi pokok bapak...he he..

52 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bunda.
    Bunga pokok lidah buaya tu, 1st time saya tengok. Cantik dan unik.
    Saya ni, minat jugak dengan pokok2 bunga. Nampak cantik dan ceria aje kalau kat depan rumah tu dihiasi dengan bunga yang berwarna warni.

    BalasPadam
  2. Salam bunda. Hee bunga purple atas tu kalau tak silap namanya 'Morning Glory'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh ye ker, bukan ke morning glory jenis yang menjalar dan melilit....bunda pun tak pasti, tak pernah tanam.

      Padam
  3. cantiknya bunga aloevera tu ya..ni pertama kali sya tengok..

    BalasPadam
  4. Kita ni sama KN nampak bunga macam bagaikan ada terapi diri. Rasa tenangnya kan:)
    Bunga purple tu kakak rasa nama dia ruellia Brittoniana - memang kalau berbunga meriah walau kembangnya tak lama. Lembut aje kelopaknya.

    Kakak pun tak pernah nampak bunga aloe-vera. Menarik macam bunga orkid ye

    ps: Kakak dah malas nak berblog. Biar ajelah. Tapi jgn bimbang kakak akan terus bw bila ada masa:)

    BalasPadam
  5. wah makin meriah taman bunda dgn aneka bunga-bungaan..cantik n segar mata memandng...

    BalasPadam
  6. first time tgok bunga aloe vera...senyuk aje kpla memandang hijau ni...

    BalasPadam
  7. sejuk tangan bunda
    sesejuk kasih bunda :)

    BalasPadam
  8. cantik bunga purple tu...bunga aloe vera tu first time tengok..

    BalasPadam
  9. Untung masih ada bapak....saya pun suka ambil pokok bapak.....bapak pun suka....rezeki....

    BalasPadam
  10. x rugi berbudi kepada tanah

    BalasPadam
  11. masih rajin bapak bunda bertanaman ya....
    walau dah bertahun2 tanam pokok aloe vera tak pernah pula tau ada berbunga ...cantek dan unik bunganya .

    BalasPadam
  12. SAYA SUKA MENANAM BUNGA DAN MENGHIAS POKOK-POKOK RENEK DI DEPAN RUMAH SAYA,. :)

    BalasPadam
  13. Banyaknya khazanah dari kebun bapa. Berbudi kepada tanah tak pernah rugi kan Bunda..?

    BalasPadam
  14. yan pun selalu amgkut bunga dari rumaj mak...huhuhu

    BalasPadam
  15. Banyak menanam.. Cantik-cantik bunganya

    BalasPadam
  16. seronok bonda berkongsi hobi dengan bapak..suka tgok pokok2 yg tumbuh subur..bunga aloe vera tu betul cantik!

    BalasPadam
  17. Sukanya tengok bunga alovera tu.. cantik. Saya pun suka juga pokok2 bunga ni. Antara hobi berterusan diwaktu lapang. Pokok2 ni ada aura positif.. merehatkan dan menenangkan jiwa.. seronok.. :)

    BalasPadam
  18. Kemasnya laman...suka tgk hijau2..cheq da duk kuarters tak membunga la jwbnya walaupun duk di cameron

    BalasPadam
  19. Bunda.bunga memang penyedap mata.vry soothing kan?

    BalasPadam
  20. Berkebun ni merupakan terapi minda serta body jugak Bunda..berpeluh sikit badan bila cangkul tanah tanah tu kan..paling seronok bila bunga mula keluar atau pokok berbuah...

    BalasPadam
  21. memang seronok kalau balik kampung dan dapat mengecek bunga yang ada keliling rumah....kak pun baru2 ni balik kampung jeles habis tengok pokok2 bunga yang subur2...

    BalasPadam
  22. haah kak, betul. yang purple tu `morning glory'. kalau tak silap nama melayunya bunga seri pagi.

    BalasPadam
  23. Gambar pertama yang purple panggil Mexican petunia atau seperti KakZakie kata rueilla.
    Nampak yang 2 warna macam species canna.
    Yang kuning adik beradik alamanda.
    Sejuk tangan bunda dan bapa bunda

    BalasPadam
  24. Kak zai ada banyak pokok aloe vera tapi tak pernah berbunga,cantik.

    Pernah beli anak pokok limau purut tapi mati diserang ulat.

    BalasPadam
  25. mmg best berkebun kaknoor suka sangat, rasa nya banyak pokok tu ada di rumah kaknoor kecuali morning glory tu je, sbb di pagar kaknoor di penuhi dgn bunga telang je

    BalasPadam
  26. sihat lagi bapak bunda , dapat bercucuck tanam. sejuk tangannya semua pokok hidup subur

    BalasPadam
  27. Bunga warna ungu tu namanya kamunting cina kalau tak salah... kalau bunda tanam di tepi pagar sebaris... memang cantik bunganya.. kalau tanam dlm pasu bunganya tak tahan sampai ke petang.. kalau tanah sejuk sikit..

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum bunda,
    Segar mata melihat tanaman di laman bunda. ia bagaikan spa semulajadi yang sangat berkesan.
    #First time tengok bunga aloe vera. Saya dulu banyak juga tanam pokok aloe vera tapi satu pun tak berbunga...hehe

    BalasPadam
  29. rasa puas tengok bunga kembang hasil dari apa yang kita tanam sendiri..hehe emm bunga purple tu mcm bunga morning glory je...hehe

    BalasPadam
  30. Salam bunda,
    Bila tngk apa yg kita ushakan tu mnjadi rasa kepuasan nya kan.
    Seronok tngk bunga2 tu
    Segar mnghijau

    BalasPadam
  31. Salam isnin Bunda
    masih larat lagi bapak Bunda berkebun. macam pokok di tanamnya..

    BalasPadam
  32. As salam bunda,
    bunga purple kat atas tu ada jgk org panggil wild petunia..kalau ditanam byk2 mmg cantik

    BalasPadam
  33. Sejuk tangan bunda..apa ditanam semua menjadi kan....

    BalasPadam
  34. Bunga yang pertama tu banyak ditanam di kawasan Felda, dah jadi macam bunga rasmi pula. Tapi yang paling menarik adalah bunga aloe vera tu... pertama kali melihatnya!

    BalasPadam
  35. sama mcm mama lya suka menanam pokok bunga..
    y kaler purple tu cantik bunganya...

    BalasPadam
  36. bunga aloe vera? first time tgk ni!!

    BalasPadam
  37. semua tanaman bungatu ada di taman emak kita di kampung bonda...
    emak kita memang suka benar menanam...

    BalasPadam
  38. assalam bunda..

    byknya bapak bunda tanam seronokkan dduk di kg ? seronokkan bila menanam semuanya menjadi.

    BalasPadam
  39. Singgah mlm sini melawat KN....
    Kalau bunga mekar semua mmg cantik.....warna warni depan rumah KN...
    Pokok yg berbau cenggitu mmg suka serangga makan. Habis botak daun pokok kari okje dulu KN

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum Bunda..

    Wah Bunda ikut bapak la yer...suka menanam...tangan pun ikut tangan bapak...hidup je semua tanaman...

    BalasPadam
  41. Salam bunda...

    Sy ni dh lama betul la buat keja2 tanam menanam ni...tp xsmpat2 lg nk buat..aduiii bila nk start ni...benih alat2 semua bleh borow je org tua pnya dulu...

    BalasPadam
  42. Seronoknya tengok..
    Boleh jadi terapi minda ni..
    Semua subur cantik je..

    BalasPadam
  43. sy ada juga tanam kat umah pokok bunga kuning n lidah buaya tu

    BalasPadam
  44. bunga pertama tu saya panggil kembang pagi sebab dia kembang pagi jer dan setiap kuntum tu sekali jer.. masuk tengah hari dah kuyup layu... ada dua jenis tu, satu yg ungu macam tu satu lagi kaler pink... kalau biarkan tu dia pandai membiak sendiri dan masuk ke tanah lain sebab biji benih dia meletop jauh... saya pun ada tanam dua dua tu

    BalasPadam
  45. Best kan bunda bila dapat berbakti kepada tanah =)

    BalasPadam
  46. banyak sungguh pokok bunga. bila dah berbunga seronok tengok kan bunda

    BalasPadam
  47. 1st time jugak tengok bunga aloe vera ni. Best lah rumah ada tempat untuk bercucuk tanam ☺

    BalasPadam
  48. rajin bapak berkebun ek..sayur2 xde ke bunda? hihi

    BalasPadam
  49. first time tengok bunga lidah buaya,, cantik bunga nya warna kuning hihi,, mesti tangan bapak bunda sejuk kan,, sebab tanam semua pokok menjadi hihi,,

    BalasPadam
  50. untung maish lagi ada tanah untuk digembur
    kalau kat sini, semua dah tanam guna pasu
    biasa suami saya aje yang rajin dok belek
    saya lebih suka tengok aje...hehe

    BalasPadam
  51. poko bunga kuning tu , arwah abah pun suka tanam . pokok tu membesar dgn baik kat kg . saya suka tgk pokok bunga tu bila berbunga . cuba tanam kat sini tapi tak hidup . dah byk kali tanam . tak tau kenapa ... limau purut pun mcm tu juga . tapi bila kwn my kakak bagi dahan limau purut , try tanam , hidup lak ... alhamdulillah .

    BalasPadam