![]() |
lempeng pisang berinti kelapa |
Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...
dah lama bunda tak share resipi dengan kalian kan... hari ni meh kita pekena lempeng pisang berbalut daun pisang. Jangan pandang pada rupa, rupa memang tak menarik, sebab menu orang dulu-dulu. Cuma nya orang dulu-dulu masak atas dapur kayu atau dapur arang.... dalam kuali leper yang orang masak roti canai tu. Bunda masak dalam kuali biasa atau non stick pan atas dapur gas jer. Tapi bau semerbak dari daun pisang nya tetap menusuk hidung.
Jom kita lihat resipinya....
Bahan-bahannya:
* 6 - 7 biji pisang emas/atau apa saja pisang yang biasa orang buat cokodok
* gula pasir secukup rasa
* secubit garam
* kelapa parut putih (gaul dengan sedikit garam & gula, ketepikan)
* tepung gandum secukupnya.
* sedikit minyak masak/majrin
* daun pisang (untuk membalut adunan)
* sedikit b/powder (jika perlu)
Cara-cara memasaknya:
* Lenyek pisang dan adun bersama gula, garam dan tepung macam kita membuat cokodok pisang tu...bunda letak sedikit baking powder (tak nak pun takpe)
* Panaskan kuali, calit sedikit minyak, letak daun pisang dan senduk adunan tadi atas daun pisang...ratakan.
* Taburkan sedikit kelapa parut tadi atasnya, tekan2 sedikit dalam adunan tadi....biar sekejap.
* Lipat/tutup adunan tadi dengan daun pisang yang selebihnya.
* Apabila sebelah dah masak bolehlah terbalikkan sebelah lagi....begitulah seterusnya...
* Siap...Bolehlah diangkat dan dihidangkan...
* Sekiranya nak terus masak dalam kuali tanpa daun pisang pun boleh jugak...cuma campurkan sedikit kelapa parut dengan adunan tadi sesenduk demi sesenduk... Tapi takderlah aroma daun pisangnya....Bunda masak dalam non stick pan ajer.
Jom cuba try buat...
![]() |
jangan dinilai dari rupanya tapi rasanya...he he |
*** Teringat bunda zaman kecik-kecik dulu bila balik kampung , arwah opah selalu masak lempeng ni. Kalau ada pisang yang masak ranum yang berbaki , kalau opah tak buat cokodok opah buat lempeng......maklum cucu ramai...berebut-berebut makan... sedap, suka sangat sebab ada inti kelapa parut.....tiba2 teringat arwah opah, huhu..