Memaparkan catatan dengan label rendang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rendang. Papar semua catatan

Khamis, 4 Ogos 2016

Resipi: Rendang Tok


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam.....

Nampak macam sama jer entri bunda dengan yang lepas kan, tentang rendang tok juga.  Oleh kerana ada permintaan untuk bunda kasi resipinya sekali, so disini bunda updatekan resipi rendang tok pula untuk share dengan kalian.

Tapi resipi bunda ni bunda dah olah sikit mengikut cara bunda... mudah lagi lah dari yang asal dulu-dulu punya resipi rendang tok yang sedikit renyah.  Kalau yang asalnya ada tambah isi kelapa, yang dikikis keping-keping, taroh dalamnya sekali dan bahan rempah ratusnya pun orang dulu-dulu guna yang fresh dan digiling sendiri.

Resipi bunda ni telah diolah cara bunda dan memudahkan prosesnya, tapi bunda tanya arwah mak bunda...okay tak?...   okay lah,  tak lari sangat pun rasanya dari yang asal.
Masa bunda kawen dulu, awal 80an... rendang tok ni lah menu utama.

So, yang ini lah yang selalu bunda buat... cubalah...
                     
                               ..................         ......................        ..................                                                         

Resipi: Rendang Tok

Bahan2nya:

1 kg daging,  2 kotak kecil santan kelapa,   2 sudu besar kerisek,  2 sudu besar cili giling/boh,  2 sudu besar rempah kari daging,  rempah tumis 4 sekawan,

*5 biji bawang merah kecil,  *3 ulas bawang putih,  *halia sebesar ibu jari,  *lengkuas 1/2 ibu jari,{bahan2 bertanda * ditumbuk/blend lumat}, 

2 batang serai dititik,  2 helai daun kunyit dicarik2 jer....sekeping asam keping/air asam jawa... sedikit gula merah/gula melaka, garam dan perasa.
rendang tok dalam proses mengeringkan

Cara memasak:

1) Daging dipotong kiub dan di rebus 1/2 empok.... simpan stok daging jika ada lebih. 
2)  Panaskan  sedikit minyak dan tumis rempah 4 sekawan...diikuti dengan bahan2 tumbuk dan serai titik tadi. Kacau2 biar agak garing dan wangi.

3)  Masuk rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau2 lepas tu masuk pula cili giling, boleh tambah sedikit air jika kering sangat....biar hingga ramuan sedikit  garing.

4) Masukkan santan, daging  dan lebihan stok daging tadi.  5) Biar daging masak dengan api sederhana sambil dikacau2 selalu.  6) Bila dah hampir kering, daging dah cukup empok, masukkan air asam, kerisek, garam, perasa, gula merah juga daun kunyit.

7) Dikacau2 selalu hinggalah betul2 kering dan berwarna gelap.

SIAP...

rendang tok sedia untuk dimakan


*** Biasanya rendang tok memang warna gelapkan, macam masak hitam juga..


Khamis, 8 Ogos 2013

Rendang Pedas Mak Bonda


rendang pedas warisan bonda



Bismillahirrahmanirrahim.. As Salam,

Hari ini bermulalah umat islam meraikan Hari Raya Aidil Fitri 2013 . Sudah tentu ramai yang sedang sibuk melayan tetamu dan sanak saudara setelah semalaman bertungkus lumus menyiapkan berbagai juadah.

Bagi bunda pula  simple aje persiapan dihari raya ini , juga juadahnya. Dipagi raya tadi bunda cuma menyediakan juadah nasi beriani, daging masak hitam, rendang pedas ayam dan ketupat pulut segera. Anak bunda pula beli lemang. Disamping biskut-biskut raya.

Bercakap pasal rendang ayam bunda ni...bunda nak bagitahu yang rendang ni warisan dari arwah mak bunda.  Rendang pedas warisan bonda ni lain sikit cara masaknya. 

Nak dikatakan Rendang Perak tak jugak...setahu bunda macam-macam cara resipi rendang yang ada warisan orang Perak ni...tetapi ini adalah rendang pedas warisan dari mak bunda sendiri.

Oleh kerana ini lah satu-satunya rendang warisan dari mak bunda sejak bunda kecil lagi, so bunda namakan Rendang Pedas Mak Bonda. 

Sesiapa yang ingin nak mencuba bolihlah ambil resipi ni.


antara bahan2nya


Bahan2 nya..(agak2, lebih kurang ajer)

@ Seekor ayam dipotong ikut suka...

@ 2 inci halia dipotong memanjang...

@ 4 batang serai dihiris nipis...

@ 10 biji bawang kecil dihiris halus...

@ 2 helai daun kunyit dihiris halus....

@ 10 tangkai cili kering di rendam air panas dulu..(kalau nak pedas letak lebih dan di tumbuk lumat/ kemudian dikeluarkan dari lesung)....

@ 1 mangkuk kelapa parut (ditumbuk  jangan terlalu lumat didalam lesung yang sama tumbuk cili tadi.. bolih tambah kalau suka) hasilnya seperti gambar diatas...

@ Santan pekat secukupnya untuk memasak ayam.

@ Garam dan perasa (bunda guna serbuk maggi secukup rasa atau cube ayam)

masuk jer semua tanpa ditumis


Kemudian kesemua bahan-bahan tadi dan ayam juga santan disatukan dalam kuali, kecuali daun kunyit masuk akhir sekali...

Masak dengan api sederhana, sesekali di kacau. Apabila kuah hampir kering masukkan garam dan perasa.

last sekali masuk daun kunyit

Apabila kering dan berminyak masukkan daun kunyit tadi , kacau-kacau dan tutup api..Dah siap...
Lihat hasilnya seperti gambar paling atas.

Terpulang samada nak berkuah sikit atau kering. Bunda suka kering, sebab bahan2 termasuk kelapa tumbuk tadi kering dan menjadi seperti serunding dan sedap dimakan dengan lemang.

Mudah jerkan. tak perlu kerisik atau minyak untuk menumis...lebuh je semua dalam kuali. Kelapa parut tadi tu sebagai ganti kerisik seperti kebanyakkan rendang-rendang lain yang ada...rasa pun lebih manis ..



***kalau sedap bagitahu semua...kalau tak sedap bagitahu bunda...

.......SELAMAT MENCUBA.....