Khamis, 8 Ogos 2013

Rendang Pedas Mak Bonda


rendang pedas warisan bonda



Bismillahirrahmanirrahim.. As Salam,

Hari ini bermulalah umat islam meraikan Hari Raya Aidil Fitri 2013 . Sudah tentu ramai yang sedang sibuk melayan tetamu dan sanak saudara setelah semalaman bertungkus lumus menyiapkan berbagai juadah.

Bagi bunda pula  simple aje persiapan dihari raya ini , juga juadahnya. Dipagi raya tadi bunda cuma menyediakan juadah nasi beriani, daging masak hitam, rendang pedas ayam dan ketupat pulut segera. Anak bunda pula beli lemang. Disamping biskut-biskut raya.

Bercakap pasal rendang ayam bunda ni...bunda nak bagitahu yang rendang ni warisan dari arwah mak bunda.  Rendang pedas warisan bonda ni lain sikit cara masaknya. 

Nak dikatakan Rendang Perak tak jugak...setahu bunda macam-macam cara resipi rendang yang ada warisan orang Perak ni...tetapi ini adalah rendang pedas warisan dari mak bunda sendiri.

Oleh kerana ini lah satu-satunya rendang warisan dari mak bunda sejak bunda kecil lagi, so bunda namakan Rendang Pedas Mak Bonda. 

Sesiapa yang ingin nak mencuba bolihlah ambil resipi ni.


antara bahan2nya


Bahan2 nya..(agak2, lebih kurang ajer)

@ Seekor ayam dipotong ikut suka...

@ 2 inci halia dipotong memanjang...

@ 4 batang serai dihiris nipis...

@ 10 biji bawang kecil dihiris halus...

@ 2 helai daun kunyit dihiris halus....

@ 10 tangkai cili kering di rendam air panas dulu..(kalau nak pedas letak lebih dan di tumbuk lumat/ kemudian dikeluarkan dari lesung)....

@ 1 mangkuk kelapa parut (ditumbuk  jangan terlalu lumat didalam lesung yang sama tumbuk cili tadi.. bolih tambah kalau suka) hasilnya seperti gambar diatas...

@ Santan pekat secukupnya untuk memasak ayam.

@ Garam dan perasa (bunda guna serbuk maggi secukup rasa atau cube ayam)

masuk jer semua tanpa ditumis


Kemudian kesemua bahan-bahan tadi dan ayam juga santan disatukan dalam kuali, kecuali daun kunyit masuk akhir sekali...

Masak dengan api sederhana, sesekali di kacau. Apabila kuah hampir kering masukkan garam dan perasa.

last sekali masuk daun kunyit

Apabila kering dan berminyak masukkan daun kunyit tadi , kacau-kacau dan tutup api..Dah siap...
Lihat hasilnya seperti gambar paling atas.

Terpulang samada nak berkuah sikit atau kering. Bunda suka kering, sebab bahan2 termasuk kelapa tumbuk tadi kering dan menjadi seperti serunding dan sedap dimakan dengan lemang.

Mudah jerkan. tak perlu kerisik atau minyak untuk menumis...lebuh je semua dalam kuali. Kelapa parut tadi tu sebagai ganti kerisik seperti kebanyakkan rendang-rendang lain yang ada...rasa pun lebih manis ..



***kalau sedap bagitahu semua...kalau tak sedap bagitahu bunda...

.......SELAMAT MENCUBA.....







29 ulasan:

  1. Salam Aidilfitri bunda...mohon maaf zahir dan batin...nak sikit rendang hehehe

    BalasPadam
  2. Salam Aidil Fitri. .sedapnya rendang Bunda.

    BalasPadam
  3. selamat hariraya dari wak yee.,ehHHee

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya KN. Raya-raya ni kalau berziarah ke rumah jiran-jiran dan kawan-kawan paling best dapat merasa macam-macam stail rendang.

    BalasPadam
  5. resepi rendang pedas
    selamat hari raya!!

    BalasPadam
  6. rendang pedas, fuh masyuk tu, baru makan tadi pagi..pebuh da perut nie.

    BalasPadam
  7. rendang, juadah popular bila raya.. kat rumah saya pagi tadi masak 2 jenis rendang. 1 ayam, 1 daging. jenuh makan.. hehehe

    BalasPadam
  8. selamat hari raya aidilfitri!!!!

    BalasPadam
  9. IM pun sempat buat rendang semalam. IM salin resipi dari Dapur Tanpa sempadan. Memenag berbaloi. Mendapat pujian segenap keluarga.

    Walaupun kos membuat rendang itu sekitar RM70 untuk kuantiti 2 ekor ayam, tapi puas hati. Berbanding tahun-tahun lepas, rendang kali ini paling berjaya sebab ada rupa dan rasa rendangnya.

    Catatan IM pasal masak rendang boleh baca di sini: http://hujan-petang.blogspot.com/2013/08/rendang-ayam.html

    Tapi lemang, IM terpaksa beli kat sini: http://hujan-petang.blogspot.com/2013/08/lemang-pak-teh.html

    ..he..he..

    BalasPadam
  10. assalam bunda..selamat hari raya ,aaf zahir dan batin

    BalasPadam
  11. salam aidilfitri maaf zahir dan batrin bunda :-)

    BalasPadam
  12. salam bunda ..
    selamat hari raya dan maaf zahir batin ..
    bagus klu ada resepi sendiri ..
    hidangan juadan jadi special sket ..
    kami, rendang tempah jer ..
    hu..hu..

    BalasPadam
  13. mcm sedap je..slmt hari raya

    BalasPadam
  14. salam..
    selmt hri raya bunda..
    maaf lau ada slh silp ye bunda

    sempt kongsi resepi rendang ye?hehe mmg nmpk sedap tu..
    lg sedap lau mkn ngn lemang kan bunda ^,^

    BalasPadam
  15. Isteri saya juga buat rendang ayam utk Raya baru2 ni. Buat bukan main banyak, ingat tahan seminggu, tapi Raya kedua dah habis tinggal tulang aje....

    BalasPadam
  16. selamat hari raya kak.. sedap tu rendang!

    BalasPadam
  17. selamat hari raya bunda.. sedapnya rendang tu.. :)

    BalasPadam
  18. Bunda, myra ambik resepi ni ye, cuma nk buat bila tu tak tahu lg..hehee

    BalasPadam
  19. Salam Syawal bunda =) sedap je nmpak masakan bunda ni..xbksmpatan lg sy nk merasa rendang raya ni

    BalasPadam
  20. wah.. special betul rendang pedas tu bunda.. mesti sedap rasanya.. :D

    BalasPadam
  21. wah nanti saya nak try masak rendang ayam style bunda,lah ^^

    BalasPadam
  22. Salam aidilfitri dr m3h..kalo mak m3h tiap kali raya wajib ade rendang tok..

    BalasPadam
  23. Salam Bunda..

    mmg btl2 warisan ni..
    x pernah lg tgk resepi rendang ade cili+kelapaparut..klu cili je ade..
    rendang ni mmg style tak berkuah ye bunda?

    nnti blh cuba.. tenkiu share resepi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye tak berkuah...lagi kering lagi sedap...berseredak ngn kelapa dan bahan2 lain tadi tu..

      Padam
  24. nak ambik la resepi bunda ni..nak sruh wife masakkan..hehe
    blh??

    BalasPadam
  25. Sy gunakan resepi ni tahun ni. Terima kasih, KN. Salam perkenalan. Maaf zahir batin.

    BalasPadam