Memaparkan catatan dengan label taman tasik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taman tasik. Papar semua catatan

Rabu, 2 September 2015

Pokok Minum


pokok minum

Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Siapa yang pernah pergi ke Bandar Taiping pasti tak ketinggalan untuk ke Taman Tasik Taiping.  Taman Tasik yang indah dan menjadi mercu tanda dan kebanggaan masyarakat Taiping.

Boleh rujuk dan lihat kat SINI juga.....

pemandangan taman tasik

Taman Tasik Taiping bukan sahaja indah dengan tasik dan pemandangan sekelilingnya, malah pokok-pokoknya juga menjadi tarikan kerana kebanyakkannya berusia lebih dari seratus tahun. 

pokok hujan yang berusia beratus tahun

Bukan sahaja cantik dan masih tegap berdiri ada pula yang ranting dan dahannya sampai menjuntai  hingga keseberang jalan membuatkan suatu pemandangan yang agak unik dan cantik semula jadi.
Menjadikan laluan di situ agak redup dan nyaman.

Sehinggalah pada suatu ketika dalam tahun 2012, salah satu pokok hujan-hujan yang berusia lebih seratus tahun di Taman Tasik itu akhirnya di dapati telah rebah kebumi.

imej dari fb

Maka ramailah warga tempatan dan pencinta alam yang gempar dan bersedih akan peristiwa itu, namun apa yang berlaku adalah fenomena biasa. Pokok yang telah tua pasti suatu ketika akan rebah juga.

Terlalu banyak MEMORI KAMI orang Taiping, di Taman Tasik ini... dijalan ini dan pokok-pokok ini.. selain banyak menjadi latar belakang jurufoto dan pembikin filem, Taman Tasik dan pokok-pokok disini juga menjadi saksi pelbagai ragam  pasangan berkapel, hehe..

Menurut apa yang di fahamkan  inilah "POKOK HUJAN-HUJAN"  panggilannya atau nama saintifiknya  "ALBIZIA SAMAN" .. atau juga "SAMANEA SAMAN"  Ia dibawa masuk ke Tanah Melayu  sekitar tahun 1876 ..... dari Amerika Selatan.

Menurut apa yang diberitahu masyarakat setempat, inilah satu-satunya pokok yang sentiasa menjulur ke tasik.....seakan macam mencari air...... lalu ada pula  yang menggelar  "POKOK MINUM"...

Sehingga tarikh itu belum dengar lagi ada pokok-pokok lain yang sama spesis dan seusia tumbang lagi...

***Taman Tasik Taiping kebanggaan warga Taiping...

Jumaat, 8 Mac 2013

Taman Tasik Taiping...

                                     Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Sejak ibu bunda meninggal, bunda selalu ulang alik ke kampung menemani bapak bunda...

Minggu lepas bunda balik ke Taiping lagi.  Bunda, anak, adik serta anak-anak saudara keluar bersiar-siar ke Taman Tasik Taiping.

Dah lama juga bunda tak pergi kesana. Kami bawa bapak berjalan-jalan dan makan-makan.

Sekiranya ke Bandar Taiping tak sah lah kalau tak singgah ke Taman Tasik Taiping, salah satu mercu tanda Bandar Taiping.

Di sini ada beberapa gambar pemandangan sekitar Taman Tasik Taiping. Cantik tak? Jom ke Bandar Taiping...



                                             












 p/s: Bukan Taman Tasik saja, malah banyak lagi tempat menarik dan bersejarah di Bandar Taiping ni...jom.