Rabu, 2 September 2015

Pokok Minum


pokok minum

Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Siapa yang pernah pergi ke Bandar Taiping pasti tak ketinggalan untuk ke Taman Tasik Taiping.  Taman Tasik yang indah dan menjadi mercu tanda dan kebanggaan masyarakat Taiping.

Boleh rujuk dan lihat kat SINI juga.....

pemandangan taman tasik

Taman Tasik Taiping bukan sahaja indah dengan tasik dan pemandangan sekelilingnya, malah pokok-pokoknya juga menjadi tarikan kerana kebanyakkannya berusia lebih dari seratus tahun. 

pokok hujan yang berusia beratus tahun

Bukan sahaja cantik dan masih tegap berdiri ada pula yang ranting dan dahannya sampai menjuntai  hingga keseberang jalan membuatkan suatu pemandangan yang agak unik dan cantik semula jadi.
Menjadikan laluan di situ agak redup dan nyaman.

Sehinggalah pada suatu ketika dalam tahun 2012, salah satu pokok hujan-hujan yang berusia lebih seratus tahun di Taman Tasik itu akhirnya di dapati telah rebah kebumi.

imej dari fb

Maka ramailah warga tempatan dan pencinta alam yang gempar dan bersedih akan peristiwa itu, namun apa yang berlaku adalah fenomena biasa. Pokok yang telah tua pasti suatu ketika akan rebah juga.

Terlalu banyak MEMORI KAMI orang Taiping, di Taman Tasik ini... dijalan ini dan pokok-pokok ini.. selain banyak menjadi latar belakang jurufoto dan pembikin filem, Taman Tasik dan pokok-pokok disini juga menjadi saksi pelbagai ragam  pasangan berkapel, hehe..

Menurut apa yang di fahamkan  inilah "POKOK HUJAN-HUJAN"  panggilannya atau nama saintifiknya  "ALBIZIA SAMAN" .. atau juga "SAMANEA SAMAN"  Ia dibawa masuk ke Tanah Melayu  sekitar tahun 1876 ..... dari Amerika Selatan.

Menurut apa yang diberitahu masyarakat setempat, inilah satu-satunya pokok yang sentiasa menjulur ke tasik.....seakan macam mencari air...... lalu ada pula  yang menggelar  "POKOK MINUM"...

Sehingga tarikh itu belum dengar lagi ada pokok-pokok lain yang sama spesis dan seusia tumbang lagi...

***Taman Tasik Taiping kebanggaan warga Taiping...

55 ulasan:

  1. Pokok yang melawakan pwmandangan di taiping tu kan.. rasa sejuk tenang je bila lalu kat sini..

    BalasPadam
  2. Cantiknya KN tapi kalau tetiba terus tumbang bahaya juga.
    Lalu bawahnya mesti rasa sejuk tu..

    BalasPadam
  3. Besar2 pokok2 tu..nampak sangat redup suasana tasik dgn adanya pokok minum tu..unik..

    BalasPadam
  4. Kak zai pernah ke sana sebab adik tinggal kat Kemunting. Memang cantik pemandangannya boleh buat tempat berteduh sejuk dan nyaman.

    BalasPadam
  5. assalamulaikum...singgah sini dan terus polow....saya pon ada makcik yg tinggal di taiping...dah dua taun saya tak ke sana...makcik saya duduk kat kampong rahmat....kalau siang kawasan ni memang nampak tenang dan damai tapi bila malam agak seram jugak....hehe

    BalasPadam
  6. best oo kt sini...view cantik

    BalasPadam
  7. POKOK HUJAN DAN POKOK MINUM YG MENGINDAHKAN VIEW TAIPING...SUBHANALLAH BARU TAHU TNTNG NAMA POKOK TU...TQ INFONYA.

    BalasPadam
  8. lieya ade dlm 2 kali sampai taiping kak.... mmg tak lupa amik peluang stop jap kat tasik ni bergambar....pokok tu buat unik...cantik jek view..... redup jek kawasan tu...best lalu situ...mcm seolah2 dipayungi gituuu heheheeheh

    BalasPadam
  9. Betul tu kak. Dah lama pokok tu camtu. X patah pulak dahan tu kan

    BalasPadam
  10. suasana redup itu yang nikmat..nyaman kan bunda...

    BalasPadam
  11. Subhanallah canteknya ,tentunya nyaman berteduh dibawah.InsyaAllah akan sya jejaki tempat ini satu hari nanti

    BalasPadam
  12. Indah...ni org Kuala Kangsor pun tumpang bangga dengan keindahanTaiping

    BalasPadam
  13. Zumal pernah gak ronda2 situ masa balik ke Bagan Serai... Memang cantik dan nyaman...

    BalasPadam
  14. Panjang umur pokok tu kan bunda. Memang di tasik Taiping ni banyak pokok-pokok lama..redup ada seram pun ada he he

    BalasPadam
  15. pokok ni memang menjadi landmark pada Taiping kan bunda...cantik!

    BalasPadam
  16. Singgah petang...
    lamanyaaaa...

    BalasPadam
  17. Pastinya akan meninggalkan nostalgia bagi mereka yang pernah berteduh di bawah pokok itu..

    BalasPadam
  18. dah lama tak mengayuh angsa kat tasik tu

    BalasPadam
  19. saya baru sekali jer sampai & bermalam kat taiping. ada beberapa tempat yang boleh di lawati.... kena masukkan dalam kalendar lagi untuk next time...

    BalasPadam
  20. cantik pemandangan nya...macam minum air dahan ujung

    BalasPadam
  21. Saya dah lama tak ke sini.. melawat juga zoo bawa anak2.. kenangan dengan org utan yg nak bersalam dgn saya di zoo tu... hi hi terjerit kejap.. terkejut sebab geli dgn binatang tu..

    BalasPadam
  22. Saya belum pernah ketaiping tapi satu yang pasti dari dulu2 sampai sekarang teringin sangat nak tengok kawasan tasik & pokok2 ni. Sangat cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Mala jom lah melawat Taiping...jalan2 lake garden...boleh daki Bukit Larut tak jauh dr Taman Tasik tu...zoo n night safari pun ada area Lake tu jugak... hotel pun dah banyak untuk menginap sehari dua...

      Bawak anak cucu...budak2 mesti syok punya ...play ground dah banyak...boleh kayuh bot angsa mcm Kamsiah...

      Bunda yg tiap bulan blk pun tak jemu2 ke Lake... rehat2 kat taman mainan melayan anak2 sedara main buaian... bawa bapak jalan2 makan angin petang2...hilang stress..

      Padam
  23. pokok yang menarik dan gelaran yang sangat unik

    BalasPadam
  24. Tgk environment nmpak cantik je. :-)

    BalasPadam
  25. Dah lama tak ke tasik ni. Dulu beberapa kali pergi sambil ke zoo taiping. Tenang. Hijau.VitaminSuci

    BalasPadam
  26. hehehe. kalau ke taiping tapi tak singgah taman tasik ni, memang tak cukup syarat la namanya...

    *saya ada buat bidaan dalam entri terbaru, sila la kalau nak join...

    BalasPadam
  27. taman tasik taiping dulunya tempat saya sekeluarga paling jauh makan angin...

    BalasPadam
  28. kalau ke Kemunting dari kuala, selalu ikut short-cut di sini..memang cantik, redup..tambahan pula ada Bukit Larut...bertambah cantik pemandangan,,

    BalasPadam
  29. pikiran jernih kalau berada di tempat itu

    BalasPadam
  30. Tak tau pulak pokok ni dah tumbang. Masa saya kerja di Taiping dulu masih ingat kewujudan pokok ni..

    BalasPadam
  31. selalu tgk photog ambil gambar di kawasan itu, mmg cantik dan menarik

    BalasPadam
  32. Memang taman tasek tu cukup seri dengan kehadiran pokok2 besar ni la..cantik sangat...sy pun byk juga memori disana.hehe

    BalasPadam
  33. Cantik kelihatannya di gambar pokok..seolah mencari air lagaknya..rendahng ja unik..biasa kelihatan menghias tepi jalanraya ni bunda..

    BalasPadam
  34. betul tu.. kalau lalu taman tasik mesti sedap je mata memandang..
    redup jeee.. tak payah risau panas..

    BalasPadam
  35. Taiping my hometown! Mmuahh! Love Tepen forever. Rindu dah lama sgt tak ke Taiping...

    BalasPadam
  36. Seronoknya.. Suka taiping.. Redup jaa...

    BalasPadam
  37. femes kn tempat ni...ooo ye la daun dia tu dh nk mencecah air kt tasik tu kn...

    BalasPadam
  38. pernah pergi berkelah makan makan di ttt tu. memang redup, nyaman seejuk j sbb byk pokok
    jd pilihan pengantin utk ssi outdoor juga, kan

    biras saya la.org tepen

    BalasPadam
  39. saya dah lama tak ke sana
    pergi dulu pun masa saya masih bersekolah rendah
    pasti banyaknya perubahan kan
    cantiknya pemandangan tu kan...saya baru tahu nama dia pokok minum

    BalasPadam
  40. chantek tapi xde yg kekal mak kann., kanns

    BalasPadam
  41. Pokok jenis ni selalu masuk lukisankan KN... cantik ....Tp kalau mlm mesti seram lalu jalan ni

    BalasPadam
  42. ada baca di FB tentang berita ni..x sempat nk ambil gambar kenangan kat sana..mmg cantik pokok tu...dh sampai ajal kan

    BalasPadam
  43. baru tahu mengenai pokok ini...memang cantik sangat bunda....
    Sempat juga rakam Keindahan Taman Tasik Taiping

    BalasPadam
  44. Ni lah tempat yg drama kerana terpksa aku relakan tu buat shoot kan..hehehee..mmg cantik tasik ni..tapi jauh nk p

    BalasPadam
  45. Tukang Kebun dulu sekolah Tingkatan 4 ini berhadapan dengan Tasik Taiping sekolah berasrama penuh SERATAS. Kalau outing memang lalu Tasik ini ke bandar.

    BalasPadam
  46. Memang teringin nak jalan-jalan Taiping. Tapi tak berkesempatan lagi. Hari tu pergi kejap aje.
    Selain nak pergi taman, saya dah lama nak pergi zoo taiping...hihi

    BalasPadam
  47. ow..no wonder pokok tu dipngil dgn nama tu kan..
    biasa biasa nmpk kat tasik2 pokok jnis mcm tu..

    BalasPadam
  48. menariknya gelaran pokok ni... pokok minum... rebah jua, sebab usianya...

    BalasPadam
  49. Pokok mcm tu buat suasana persekitaran nampak indah... klasik... dah sampai waktu nak tumbang kan...

    BalasPadam