Bismillahirrahmanirrahim...
As Salam,
“Saya terus terduduk menangis ketika itu kerana tidak percaya
kecederaan yang dialami anak begitu parah. Saya terpaksa merelakan
pembedahan membuang tempurung kepala itu bagi menyelamatkan nyawanya,”
katanya.
Menurutnya, dia mulanya tidak berani menatap wajah anaknya selepas pembedahan, namun naluri keibuan di dalam dirinya menyebabkannya menguatkan semangat untuk melihat dari dekat.
“Saya kini berkorban masa, tenaga dan wang untuk menguruskannya setiap hari. Sedikit pun saya tidak terasa beban dan menganggapnya ketentuan Ilahi."
Begitulah pengakuan dari seorang ibu tunggal Mariam Long, 49. dari Kampung Kedai 4, Sungai Kota, Tanjung Piandang yang terpaksa menahan air mata berikutan terpaksa berkorban menjaga seorang anak lelaki Abdul Hadi Abd Halim yang 'hilang tempurung kepala' akibat kemalangan jalan raya setahun yang lalu.
Malang memang tidak berbau. Semuanya ketentuan Ilahi. Mujurlah dia ada menerima wang pencen arwah suaminya yang pernah bekerja sebagai anggota tentera.
Anaknya hanya terlantar dan tidak mampu untuk sebarang pergerakan dan perlu diuruskan 24 jam untuk mandi, menukar lampin dan makan dengan bantuan seorang lagi anaknya yang cacat pendengaran Muhammad Faiz, 23.
Ibu ini juga mengharap agar anaknya kembali pulih dan bertekad selagi dia hidup dia akan menjaga anaknya. Dia juga ada seorang lagi anak kurang upaya (OKU) Norhayati Abdul Halim, 16.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... Allahuakbar..
sumber

sebak membaca entri ini.. tabahnya seorang ibu.. kasihan denga nasib anak beliau.. :(
BalasPadamSemoga ibu tersebut dan anak2nya di berikan ketabahan dan kemudahan dalam meneruskan kehidupan...Aamiin....
BalasPadamSebak baca entry ni :')
BalasPadamya allah. besar sungguh pengorbanan seorang ibu. moga puan mariam tabah demi anak-anaknye.
BalasPadamAllahuakbar..smoga dia diberi ketabahan yg kuat utk urus anak dia ni..smoga anaknya cpat smbuh..
BalasPadamsedih dan simpati melihatnya...beberapa bulan lps ada tgk berita kat luar negara jugak,kes mcm ni jugak..anak saya terjerit ketakutan...
BalasPadamMoga ibunya diberi kesihatan yg baik utk menjaga anak2nya....itulah pengorbanan seorng ibu....
BalasPadamsebak melihatnya.Semoga ibu ini terus kuat semangatnya.
BalasPadamSungguh berat cabaran dan dugannya. Pengorbanan seorang ibu teramatlah besar. Semoga dipermudahkan segala urusannya dan diberi kekuatan serta kesihatan berpanjangan.
BalasPadamp/s: permintaan pertama Bunda telah ditunaikan, cuma saya xdapat feedback dari Bunda. Sila lihat entri ini: http://relakssminda.blogspot.com/2013/10/tertunai-sudah-permintaan-anda-episod-3.html
owh! mungkin bunda terlepas pandang...masa tu mungkin bunda balik kampong kot..nanti bunda cek..
PadamSalam selasa Bunda...Dugaan Allah untuk mereka yang terpilih...semoga tabah..
BalasPadamSalam Bunda.. dugaan untuk mereka yg mmg kuat dan tabah... moga Allah permudhkn urusan mereka..
BalasPadamKesiannya, semoga dipermudahkan jalan bagi ibu ni..
BalasPadamkasihnya seorang ibu
BalasPadamSesak nafas kakak membaca ini KN. Besar betul ujian yg perlu ditanggung oleh ibu ini. Namun andai dia redha kakak percaya Allah maha mendengar dan penagasih. Di dunia dia diuji hebat begini insya-allah di akhirat dia mendapat balasan terbaik...
BalasPadambukan sorang, tapi ketiga2 anaknya OKU...bayangkan...dimana waktu yang diperuntukan untuk diri sendiri...sebak...MasyaAllah..
Padamya allah..tak tau nak kata apa dah Bunda..
BalasPadamKesian bg mereka-mereka yg diuji sedemikian rupa. Hanya Allah yg tau apa yg tebaik buat hamba-hamba Nya. Diharapkan agar mereka tabah menghadapi dugaan sedemikian. Allah dah sediakan dugaan tuh sesuai dgn individu itu sendiri. Maknanya mereka yg diuji dgn berat itu merupakan org yg hebat di sisi Allah. Sekiranya mereka redha.
BalasPadamSedih baca entri ni. Semoga mereka sekeluarga tabah.
BalasPadamsungguh besar & berat ujian yg mereka terima... Moga mereka tabah & kuat utk hadapi semua ni... Segala ada rahsia yg kita tak tahu.. hanya Allah yg Maha mengetahui...
BalasPadamsemoga tabah menempuh ujian Allah
BalasPadamdemi anak, si ibu rela berkorban apa saja, mulianya hatimu ibu, semoga beliau tabah menghadapi dugaan hidup
BalasPadamAllahuakbar...berat sungguh ujian ibu ini..terasa kerdil diri ni nak dibandingkan dgn ibu ini yg kuat semangat n tabah
BalasPadampilunya hati saya..saya sentiasa mendoakan agar Allah memberi seribu nikmat dan rahmat pada keluarga ini..amin..
BalasPadamYa Allah..sedih nya baca kisah ni.. tak sanggup sy nak nengok pic tu Bunda...:(
BalasPadamMoga keluarga nya tabah...
tumpang sedih untuk keluarga ini. Ujian yang sangat berat. Sama2 kita berdoa untuk ibu yang tabah ini
BalasPadamInnalillah..
BalasPadamSemoga mereka tabah dengan ujian Allah
Sungguh besar pengorbanan seorang ibu...sebak sedih dan tak terkata kita melihatnya..apatah lagi beliau seorang ibu yang telah melahir dan membesarkan...bunda bagaimana nak menghubungi Puan Mariam Long ni... semoga beliau sentiasa tabah dan diberikan kesabaran kesihatan yang baik untuk memelihara anak2 beliau..
BalasPadamZaman dulu ramai yang mati di medan perang. Zaman sekarang ramai yg mati di jalan raya, jalan raya telah menjadi pembunuh nombor satu negara. Tapi kita tiada pilihan....
BalasPadamtabah sungguh ibu ini.
BalasPadamsekiranya dia redha dgn ujian ini , sudah tentu ganjarannya amatlah besar ... semoga dia lebih tabah ...
BalasPadamALLAH HU AKHBAR..
BalasPadamAllahuakhbar...beratnya ujian untuk ibu ini...blh dikatakan masih muda juga,blompun 50 usianya...begitulah kasih ibu..moga ibu ini tabah..tanjung piandang di pk....
BalasPadamAllahuakbar..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
BalasPadamsalam...
BalasPadambgitula besarnye pgorbanan seorang ibu pd anak..
tp zamn sekrng lau ibu sakit, ank2 lepas tgn.. hmm
hrap diri dpt wat yg tbaik utk ibu ayh slgi hyat msh ade....
Ya allah besarnya pengorbanan ibu ini....Sangat tabah....kan KN...
BalasPadammenitis airmata membaca n3 ni, faham sgt perasaan seorang ibu,....sama2 kita doakan !
BalasPadamAssalamualaikum bunda, sedihnya sheila baca ni.. pengorbanan seorang ibu :(
BalasPadamsubhanalloh malang sekali orang ini...Obat Asam Urat
BalasPadam