Selasa, 8 Oktober 2013

Hilang Tempurung Kepala Akibat Kemalangan..


Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

“Saya terus terduduk menangis ketika itu kerana tidak percaya kecederaan yang dialami anak begitu parah. Saya terpaksa merelakan pembedahan membuang tempurung kepala itu bagi menyelamatkan nyawanya,” katanya.

Menurutnya, dia mulanya tidak berani menatap wajah anaknya selepas pembedahan, namun naluri keibuan di dalam dirinya menyebabkannya menguatkan semangat untuk melihat dari dekat.

“Saya kini berkorban masa, tenaga dan wang untuk menguruskannya setiap hari. Sedikit pun saya tidak terasa beban dan menganggapnya ketentuan Ilahi."

Begitulah pengakuan dari seorang ibu tunggal Mariam Long, 49. dari Kampung Kedai 4, Sungai Kota, Tanjung Piandang yang terpaksa menahan air mata berikutan terpaksa berkorban menjaga seorang anak lelaki Abdul Hadi Abd Halim yang 'hilang tempurung kepala' akibat kemalangan jalan raya setahun yang lalu.

Malang memang tidak berbau. Semuanya ketentuan Ilahi.  Mujurlah dia ada menerima wang pencen arwah suaminya yang pernah bekerja sebagai anggota tentera.

Anaknya  hanya terlantar dan tidak mampu untuk sebarang pergerakan dan perlu diuruskan 24 jam untuk mandi, menukar lampin dan makan dengan bantuan seorang lagi anaknya yang cacat pendengaran Muhammad Faiz, 23.

Ibu ini juga mengharap agar anaknya kembali pulih dan bertekad selagi dia hidup dia akan menjaga anaknya. Dia juga ada seorang lagi anak kurang upaya (OKU) Norhayati Abdul Halim, 16.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... Allahuakbar..

sumber

39 ulasan:

  1. sebak membaca entri ini.. tabahnya seorang ibu.. kasihan denga nasib anak beliau.. :(

    BalasPadam
  2. Semoga ibu tersebut dan anak2nya di berikan ketabahan dan kemudahan dalam meneruskan kehidupan...Aamiin....

    BalasPadam
  3. ya allah. besar sungguh pengorbanan seorang ibu. moga puan mariam tabah demi anak-anaknye.

    BalasPadam
  4. Allahuakbar..smoga dia diberi ketabahan yg kuat utk urus anak dia ni..smoga anaknya cpat smbuh..

    BalasPadam
  5. sedih dan simpati melihatnya...beberapa bulan lps ada tgk berita kat luar negara jugak,kes mcm ni jugak..anak saya terjerit ketakutan...

    BalasPadam
  6. Moga ibunya diberi kesihatan yg baik utk menjaga anak2nya....itulah pengorbanan seorng ibu....

    BalasPadam
  7. sebak melihatnya.Semoga ibu ini terus kuat semangatnya.

    BalasPadam
  8. Sungguh berat cabaran dan dugannya. Pengorbanan seorang ibu teramatlah besar. Semoga dipermudahkan segala urusannya dan diberi kekuatan serta kesihatan berpanjangan.

    p/s: permintaan pertama Bunda telah ditunaikan, cuma saya xdapat feedback dari Bunda. Sila lihat entri ini: http://relakssminda.blogspot.com/2013/10/tertunai-sudah-permintaan-anda-episod-3.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh! mungkin bunda terlepas pandang...masa tu mungkin bunda balik kampong kot..nanti bunda cek..

      Padam
  9. Salam selasa Bunda...Dugaan Allah untuk mereka yang terpilih...semoga tabah..

    BalasPadam
  10. Salam Bunda.. dugaan untuk mereka yg mmg kuat dan tabah... moga Allah permudhkn urusan mereka..

    BalasPadam
  11. Kesiannya, semoga dipermudahkan jalan bagi ibu ni..

    BalasPadam
  12. Sesak nafas kakak membaca ini KN. Besar betul ujian yg perlu ditanggung oleh ibu ini. Namun andai dia redha kakak percaya Allah maha mendengar dan penagasih. Di dunia dia diuji hebat begini insya-allah di akhirat dia mendapat balasan terbaik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan sorang, tapi ketiga2 anaknya OKU...bayangkan...dimana waktu yang diperuntukan untuk diri sendiri...sebak...MasyaAllah..

      Padam
  13. ya allah..tak tau nak kata apa dah Bunda..

    BalasPadam
  14. Kesian bg mereka-mereka yg diuji sedemikian rupa. Hanya Allah yg tau apa yg tebaik buat hamba-hamba Nya. Diharapkan agar mereka tabah menghadapi dugaan sedemikian. Allah dah sediakan dugaan tuh sesuai dgn individu itu sendiri. Maknanya mereka yg diuji dgn berat itu merupakan org yg hebat di sisi Allah. Sekiranya mereka redha.

    BalasPadam
  15. Sedih baca entri ni. Semoga mereka sekeluarga tabah.

    BalasPadam
  16. sungguh besar & berat ujian yg mereka terima... Moga mereka tabah & kuat utk hadapi semua ni... Segala ada rahsia yg kita tak tahu.. hanya Allah yg Maha mengetahui...

    BalasPadam
  17. semoga tabah menempuh ujian Allah

    BalasPadam
  18. demi anak, si ibu rela berkorban apa saja, mulianya hatimu ibu, semoga beliau tabah menghadapi dugaan hidup

    BalasPadam
  19. Allahuakbar...berat sungguh ujian ibu ini..terasa kerdil diri ni nak dibandingkan dgn ibu ini yg kuat semangat n tabah

    BalasPadam
  20. pilunya hati saya..saya sentiasa mendoakan agar Allah memberi seribu nikmat dan rahmat pada keluarga ini..amin..

    BalasPadam
  21. Ya Allah..sedih nya baca kisah ni.. tak sanggup sy nak nengok pic tu Bunda...:(
    Moga keluarga nya tabah...

    BalasPadam
  22. tumpang sedih untuk keluarga ini. Ujian yang sangat berat. Sama2 kita berdoa untuk ibu yang tabah ini

    BalasPadam
  23. Innalillah..
    Semoga mereka tabah dengan ujian Allah

    BalasPadam
  24. Sungguh besar pengorbanan seorang ibu...sebak sedih dan tak terkata kita melihatnya..apatah lagi beliau seorang ibu yang telah melahir dan membesarkan...bunda bagaimana nak menghubungi Puan Mariam Long ni... semoga beliau sentiasa tabah dan diberikan kesabaran kesihatan yang baik untuk memelihara anak2 beliau..

    BalasPadam
  25. Zaman dulu ramai yang mati di medan perang. Zaman sekarang ramai yg mati di jalan raya, jalan raya telah menjadi pembunuh nombor satu negara. Tapi kita tiada pilihan....

    BalasPadam
  26. sekiranya dia redha dgn ujian ini , sudah tentu ganjarannya amatlah besar ... semoga dia lebih tabah ...

    BalasPadam
  27. Allahuakhbar...beratnya ujian untuk ibu ini...blh dikatakan masih muda juga,blompun 50 usianya...begitulah kasih ibu..moga ibu ini tabah..tanjung piandang di pk....

    BalasPadam
  28. Allahuakbar..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

    BalasPadam
  29. salam...
    bgitula besarnye pgorbanan seorang ibu pd anak..
    tp zamn sekrng lau ibu sakit, ank2 lepas tgn.. hmm
    hrap diri dpt wat yg tbaik utk ibu ayh slgi hyat msh ade....

    BalasPadam
  30. Ya allah besarnya pengorbanan ibu ini....Sangat tabah....kan KN...

    BalasPadam
  31. menitis airmata membaca n3 ni, faham sgt perasaan seorang ibu,....sama2 kita doakan !

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum bunda, sedihnya sheila baca ni.. pengorbanan seorang ibu :(

    BalasPadam
  33. subhanalloh malang sekali orang ini...Obat Asam Urat

    BalasPadam