Isnin, 4 November 2013

Oreo Cheese Cake...

blueberry oreo cheese cake


Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

dah lama rasanya bunda tak berkongsi resipi dengan kalian semua. Di hari cuti begini bunda nak beri resipi kek keju oreo/cream o.  Tentu ramai yang suka dan pernah makan atau buat sendiri kan?...

Topping dia tu suka hatilah nak letak perisa apa-apa ikut selera..blueberry, rasberry, strawberry atau kiwi. Gambar atas tu perisa blueberry.....gambar bawah sekali perisa kiwi...

Jom mula...


Bahan2nya:

@ Biskut oreo/sewaktu dengannya, satu bungkus dibuang krimnya dan ditumbuk jadi serbuk..
@ Tepung cheese mix  200 gm (dicampur / gaul dengan susu segar)
@  Kiwi  filling 250 gm (sebagai topping)
@ 1 sudu besar marjerin (dicairkan atas api dan sejukkan)
@ Susu segar 150 ml (campur dengan tepung cheese)

Cara-caranya:


1) Setelah marjerin sejuk, digaul bersama biskut oreo hancur tadi hingga sebati dan masukkan dalam loyang,  diratakan dan ditekan-tekan sedikit. Masukkan dalam peti ais (sejuk beku) sebentar.


 2) Sementara itu tepung cheese tadi digaul rata dengan susu, setelah adunan biskut tadi agak keras, keluarkan dari peti ais dan letak adunan tepung cheese tadi diatasnya perlahan-lahan...ratakan..




3) Kemudian disapu rata topping kiwi tadi diatasnya.  Disejukkan dalam peti ais beberapa jam sehingga betul-betul keras dan bolehlah dipotong.




3) Dah siap. Senang je kan..Selamat mencuba..


kiwi oreo cheese cake
p/s: Anak bunda punya resipi ni, dia yang buat, bunda share jer...


53 ulasan:

  1. salam bunda.. lama dah tak singgah.. suka je kek ni.. tapi.. hahaha..
    mala nak masak.. x de sapa suka mkn.. macam saya kat rumah ni..adeh..^^

    BalasPadam
  2. salam bunda
    Rasa cam nak cuba la..erm.tq sudi sharekan bunda

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah...tak perlu nak masak atau bakar bagai pun...

      Padam
  3. Wah! Bunda... Terliur tengok. Nampak senang nak buat. InsyaALLAH... Nanti ada masa Fiza nak try resepi bunda.

    Terima kasih kerana berkongsi resepi bunda :)

    BalasPadam
  4. simple tapi membuka selera la bunda..insyaAllah nak cuba buat nih..

    BalasPadam
  5. alamak..tiba2 terasa lapaq di pagi Isnin ini

    BalasPadam
  6. Kalau dah ada bahan dia senang aje ye KN.. cuma rajin tak rajin aje..

    BalasPadam
  7. salam BUNDA...rajinnya buat kek. Mesti sedap..

    BalasPadam
  8. assalammualaikum .. selmt pagi bunda... wahh sedap kek tu nmpknya... terliur la pulak.. hihi

    BalasPadam
  9. rajin anak dara bunda..anak acik pun kek cheese..tapi minta maknya buatkan

    BalasPadam
  10. Terliur tengok kek Oreo ni. Ni kalau hidang kat budak-budak ni, memang favorite ni. Kejap je licin kalau dah letak tu. Haha

    BalasPadam
  11. aduh.. terliur jap ni bunda. hehehehe

    BalasPadam
  12. sedap ni Bunda...terliur hehe....

    BalasPadam
  13. Bunda, tepung cheese mix boleh dptkan di mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pegi kedai yang menjualan bahan2 buat kek dan kelengkapan buat biskut dan kek...macam2 ado kat sana...

      Padam
  14. Assalamualaikum .. selamat pagi.. memang sedap.. selalu beli je, tak terbuat.. ni adah ada resepi, bolehlah cuba :)

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, sedapnya bunda...Siap ada resepi lagi, semoga murah rezeki

    BalasPadam
  16. terima kasih Bunda...resepi ini simple tapi nampak menyelerakan

    BalasPadam
  17. salam singgah & ukhuwah bunda..
    emm sedapnya..saya last buat cheese bluberry tu tahun lepas, 2 kali aje pun..rindu nak buat lagi..terliuq tengok buatan bunda ")

    BalasPadam
  18. Terliur saya tengok cheese cake tu bunda.. Nampak sedap.

    BalasPadam
  19. Bunda...rajin yer buat pencuci mulut...mesti sedap nih bunda...best lah

    BalasPadam
  20. semangat plak nak buat!!! saya ni xpndai buat kek2..masak lauk je keje.

    BalasPadam
  21. Nampak sedap jer! Tak perlu masak...macam senang jer buatnye.
    Sedap ke Bunda?

    BalasPadam
  22. Salam Bunda..

    ooo..ni versi tak perlu kukus/bakar ye..?
    thanks share resepi.. blueberry ade kat umah..hmm.. bleh try!

    BalasPadam
  23. Mudah je nk buat ni..hehe

    BalasPadam
  24. saya time pregnant ni asik teringin nak makan manis2 jee.. tengok kek ni lagilah rasa mcm nak makan kek.. sedapnyee :)

    BalasPadam
  25. sedap tu kena dicuba ni !

    BalasPadam
  26. SALAM BUNDA...

    HARI NI SANA SINI BACA BLOG ORG DUK UPDATE PASAL BAKING MEMBAKING NI... HAIHHH TERLIUR DIBUATNYA

    BalasPadam
  27. aduuhh nampak sedap :) nyum nyum bunda pandai buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak dara bunda yang buat... dia rajin tengok you tube...lepas tu dia cuba... bunda share jer..

      Padam
  28. wak tenokks pon sodapp tu makk., ehHHEe

    BalasPadam
  29. wahhh tudiaa...nampak menyelerakan...hehe nanti nak try lah...thanx bonda for sharing! ^______^

    BalasPadam
  30. Alhamdulilah ..trm kasih bonda sebab sharekan resipi dengan kami semua .. nampak sedap (^_^) ..

    salam maal hijrah dari umi sekeluarga (^_^)

    BalasPadam
  31. Ya Allah bunda..sedapnya..dee nak cuba buatlah..senang xyah bakar..thanks for sharing..

    Salam Maal Hijrah untuk bunda sekeluarga..

    BalasPadam
  32. Tan Sri Muhyidin Yasin baru saja beberapa hari lepas berpesan kepada orang Kedah supaya jangan makan benda manis2 nanti kaki kena potong macam allayarham Ustaz Azizan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Jgn hisap / jual rokok nanti paru2 rosak...

      Padam
  33. wahhhh...tengok mcam sedap sahaja ni bunda...bolehlah try nanti...^^

    BalasPadam
  34. terima kasih KN. knah nak cuba juga.. dah lama duk cari resepi ni.. macam sedapp je.. =)

    BalasPadam
  35. tq for sharing bunda :) memang nampak sedap

    BalasPadam
  36. Cam sedap jer... cam senang jer... mekasih bunda... nak try la

    BalasPadam
  37. eh senang je rupenye.. dulu ingat susah sgt.. hehe

    BalasPadam
  38. Tergugar tengok kek tu..mesti sedap kan..haha

    BalasPadam
  39. Kena tukar nama resepi ni. Cream O Cheese Cake! :D

    BalasPadam
  40. sedapnya...terima kasih berkongsi resepi...kena cuba buat jugak ni...

    BalasPadam
  41. As salam bunda... hebatnya blog bunda ni... Tiba2 rindu pada arwah emak saya bila menjenguk ke blog bunda ni. Sedapnya nampak kek ni bunda. Terima kasih bunda sudi berkongsi resepi kek ni. Mudah nampak nak membuatnya. Terliurlah pula... hehe...
    Selamat menyambut ma'al hijrah bunda... Moga tahun ini lebih baik dari yang lalu :)

    BalasPadam
  42. wah.. sedap ni bunda.. terima aksih berkongsi resipi.. ada masa nanti boleh aiza mencuba..

    BalasPadam
  43. nmpk sedap n nmpk senang tp ble ke yaya buat ni...huuu ;p

    BalasPadam
  44. terliur tengok.. tambah2 bila tengok time lapar.. hehe

    BalasPadam