Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan

Isnin, 4 November 2013

Oreo Cheese Cake...

blueberry oreo cheese cake


Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

dah lama rasanya bunda tak berkongsi resipi dengan kalian semua. Di hari cuti begini bunda nak beri resipi kek keju oreo/cream o.  Tentu ramai yang suka dan pernah makan atau buat sendiri kan?...

Topping dia tu suka hatilah nak letak perisa apa-apa ikut selera..blueberry, rasberry, strawberry atau kiwi. Gambar atas tu perisa blueberry.....gambar bawah sekali perisa kiwi...

Jom mula...


Bahan2nya:

@ Biskut oreo/sewaktu dengannya, satu bungkus dibuang krimnya dan ditumbuk jadi serbuk..
@ Tepung cheese mix  200 gm (dicampur / gaul dengan susu segar)
@  Kiwi  filling 250 gm (sebagai topping)
@ 1 sudu besar marjerin (dicairkan atas api dan sejukkan)
@ Susu segar 150 ml (campur dengan tepung cheese)

Cara-caranya:


1) Setelah marjerin sejuk, digaul bersama biskut oreo hancur tadi hingga sebati dan masukkan dalam loyang,  diratakan dan ditekan-tekan sedikit. Masukkan dalam peti ais (sejuk beku) sebentar.


 2) Sementara itu tepung cheese tadi digaul rata dengan susu, setelah adunan biskut tadi agak keras, keluarkan dari peti ais dan letak adunan tepung cheese tadi diatasnya perlahan-lahan...ratakan..




3) Kemudian disapu rata topping kiwi tadi diatasnya.  Disejukkan dalam peti ais beberapa jam sehingga betul-betul keras dan bolehlah dipotong.




3) Dah siap. Senang je kan..Selamat mencuba..


kiwi oreo cheese cake
p/s: Anak bunda punya resipi ni, dia yang buat, bunda share jer...


Sabtu, 5 Januari 2013

Kek Marble Nescafe

                            


Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam.

Sekali ini jom kita buat kek pulak, lebih kurang beginilah bahan-bahan dan cara-cara membuatnya..

Bahan-bahannya:

@ 4 biji telur gred A
@ 1 gelas gula kastor
@ 2 gelas tepung gandum
@ 1 buku mentega
@ 2 sudu kecil baking powder
@ 1 sudu besar nescafe
@ 1 sudu besar air masak
@ 1 sudu kecil esen vanilla (kalau tak bubuh pun takper, nanti bercampur dengan rasa nescafe pulak, bunda tak suka)

Cara membuatnya:

1) Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masuk telur sebiji demi sebiji , pukul lagi.

2) Masuk tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Di kaup balikkan dengan menggunakan sudip kayu atau spatula.

3) Di bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

4) Satu bahagian dicampurkan nescafe (1 s/bsr nescafe dibancuh dengan 1 s/bsr air masak) yang satu bahagian lagi biarkan warna asal.

5) Sediakan tin pembakar yang telah di alas kertas dan di gris dengan sedikit lebihan mentega tadi.

6) Masukkan satu sudu besar adunan berselang seli warnanya sehingga habis.
7) Kemudian dibakar dalam ketuhar.

p/s: Bolih juga gunakan sebuk koko selain nescafe, tetapi tiada lah rasa kaw cafenya.