Isnin, 24 November 2014

Kemas Kini BR1M 4.0 / 2015



Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

Bagi mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Borang Kemas Kini Maklumat Pemohon sudah pun di edarkan. Dimaklumkan bahawa Pendaftaran Baharu Dan Pengemaskini BR1M 2015  akan bermula pada 1 Disember 2014.

Bagi memastikan permohonan BR1M anda dapat di proses dengan sempurna, anda diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi seperti berikut:

i) Maklumat pasangan/tanggungan.

ii) Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat.

iii) Maklumat akaun bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan di bayar sebanyak 3 kali setahun. Justeru itu tuan, puan di nasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat di salurkan terus ke akaun bank tuan/puan. Senarai bank yang di benarkan adalah seperti di lampiran ini...

senarai bank yang dibenarkan


iv) Untuk makluman penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas  adalah layak di pertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu pemohon  bawah kategori isi rumah dan warga emas  diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.

Pemohon boleh mengemas kini maklumat tersebut mulai  1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014  melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat https://ebr1m.hasil.gov.my .

 Anda juga boleh menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/UTC LHDNM.

Kegagalan mengemas kini maklumat di atas akan menyebabkan permohonan anda tidak di proses.


*** Sebarang pertanyaan sila hubungi talian bebas tol  1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)



32 ulasan:

  1. Alhamdulillah... semoga membantu meringankan beban yg ditanggung, in shaa Allah.. :)

    BalasPadam
  2. assalam bunda..yang bujang 300 pun 3 x bayar juga ke bunda

    BalasPadam
  3. terima kasih infonya bunda...ramai yg perlu ambil tahu ni....

    BalasPadam
  4. Buat yg benar2 memerlukan, sila lah semak

    BalasPadam
  5. Info yang harus diambil kira bagi yang memerlukan.

    BalasPadam
  6. Asalam bunda Wah bagus ya..bunda sempat buat infor ini. Etuza rasa nak buat entry ni ..insha Allah, moga membantu rakyat Malaysia kan Bunda. Terima kasih ya bunda kerana menjadikan blog Etuza lebih berseri dengan komen bunda yang membina. terharu amat hargainya..Etuza sebarkan infor ini di desa etuza

    BalasPadam
  7. semoga penerima BRIM mengunakan bantuan itu sebaik2nya..

    BalasPadam
  8. Semoga bermanfaat untuk mereka yang benar2 memerlukannya....

    BalasPadam
  9. Bunda,

    Terima kasih atas perkongsian maklumat...

    BalasPadam
  10. Harap kemaskini cepat bagi 'YANG LAYAK'.
    Takmo lah ada sebarang kesulitan semasa proses pembayaran nanti.

    BalasPadam
  11. br1m yang terkini belum isi lagi..
    tak tahu samada layak dapat ke tak.

    BalasPadam
  12. Assalam bunda,
    tu la, my mom dah dpt surat inform soh update info by disember
    nak kena ingat ni he3

    BalasPadam
  13. boleh tambah mana-mana yang tak cukup.

    BalasPadam
  14. tak layak :(.. belanja berhemah ye bagi yang dapat

    BalasPadam
  15. Rezeki bagi mereka yang layak.. ;)

    BalasPadam
  16. Bagi mereka yg layak...jgn lepaskan rezeki yg diberi! Mohonlah!
    Kita tak minta...tapi diberi, ambillah...

    BalasPadam
  17. Saya tak dapat BRIM.. :( Tapi taklah kaya mana pon..

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah ia sekurang2nya dapat membantu mereka yang betul2 perlukannya..

    BalasPadam
  19. Rezeki jgn ditolak katanya.....kan KN
    So apa lagi..... update le borang tu kasi lengkap....hihi....

    BalasPadam
  20. huhhuhu JM x layak dapat BR1M ni walaupun bujang

    BalasPadam
  21. Sy sudah menerima surat mengemas kini maklumat brim
    Masalahnye apabila klik ke laman web still x dpt proses .hari ini da 1disember
    Boleh jelaskan kenapa masih tidak boleh membuat kemaskini apabila sy klik pada butang kemaskini..tq

    BalasPadam
  22. baru kemaskini pagi tadi.. buat online je senang :)

    BalasPadam
  23. Moga pemberian BRIM pada yang layak dimanfaatkan sebaiknya

    BalasPadam
  24. Semoga bermanfaat utk mereka yg layak terima BR1M

    BalasPadam
  25. Sesiapa yang layak tu, kenalah cepat-cepat memohon/kemaskini maklumat. Dah kerajaan nak bagi, kita ambil jelah kalau layak.

    BalasPadam
  26. Senang je nak kemaskini ni.
    Saya dah buatkan untuk ayah & pakcik.

    BalasPadam