Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Resipi lagi...masak-masak lagi... bunda tengah rajin ni nak kongsi masak-masak dengan kalian. Sekali ni bunda ingin berkongsi resipi kari ikan ala orang utara/perak pulak. Rasanya tak banyak bezanya, cuma kari orang utara ni tidak begitu lemak. Tapi lebih rasa rempah dan sedikit masam. Kalau sebelah Penang sana yang bunda diberitahu (adik ipar bunda orang Penang) sesetengah tempat... mereka tak guna santan langsung (kebanyakkan yang berketurunan peranakan/mamak) cuma air asam jawa dan sudah semestinya rempah kari.
Sekarang jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.
Bahan2nya:
* seekor ikan siakap. (boleh jer guna ikan apa pun yang sesuai buat kari)
* bawang merah kecil dan bawang putih...agak2lah (dimayang)
* sedikit halba campur.(tak der dalam gambar, terlupa...im sorry)
* sepeket rempah kari ikan.(boleh tambah kalu saiz ikan besar, campur sedikit air dijadikan pes)
* cili hijau, cili merah (dibelah dua tak putus) kacang bendi dan tomato yang dipotong empat untuk tambahan.
* semangkuk air asam jawa (ikut kemasamannya)
* semangkuk santan cair...(agak2lah untuk banyak mana kuahnya nanti)
* sedikit minyak masak
* garam dan perasa dan setangkai daun kari.
Cara2 memasaknya:
* Panaskan sedikit minyak, tumis bawang2 dan halba campur tadi. Bila dah agak kuning masukan rempah...kacau2 sampai garing dan berminyak kemudian masukan daun kari.
* Masukkan santan dan air asam jawa secukup rasa kemasamannya....masukan ikan dan bila dah mendidih masukkan sayur2 tadi diikuti garam dan perasa...bila dah masak sedia dihidangkan.
* Selamat mencuba...
ASSALAM...SEDAPNYA MNGGULAI IKAN SIAKAP NI..ELOK KURANGKN LEMAK SANTAN KOLESTROL TINGGI TU..
BalasPadamkari memang selalu jadi pilihan kat umah ni bila2 masa pun ok je bunda, tambahan kari ikan fav sngt depa ni
BalasPadamKak nooriah siapa yang tak sukakan gulai kan? Memang rugila
Padamsaya dah lama mengkari tanpa santan hehe....
BalasPadamPernah juga makan kari baru ni tanpa santan tetap sedap
PadamKlw kari ikan sy buat style mamak..pkai air asam..ta pakai santan..sedap gak.
PadamBetul tu coco alep...sedap kari mamak.
Padamcicah lempeng pun sedap ni bunda...
BalasPadamlau masak kari kan
BalasPadamlau ada baki2 tu
esoknya sure buat lempeng atau cicah ngan roti fuhyoooooo sedap ekeke
cicah roti canai sedap juga bonda :-))
BalasPadamBetul sedap tu
PadamNor suka ikn siakap msk apa pun bunda....
BalasPadamIkan siakap selain stim kalau dikari memang sedap sebab isi dia lembut.
BalasPadamKakak kalau kari ikan macam ini dapat kacang bendi dan tomato dia pun dah suka.
Kuah dia lebihkan lagi bila ada baki buat cecah dgn roti sedap:)
ohh kami sekeluarga bukan peminat Kari.tapi sesekali kena memang Sedap bunda.sy klu masak Kari tak boh Santan juga.bukan sebab resepi mamak sebab kadang asam jawa pun tak letak.Kira macam sambal Kari ja..
BalasPadamlapar wana tengok lauk tu lahai..
BalasPadamSape kata masak tu susah.. hehehe.. tapi masalahnya saya memang tak minat nak masak.. yang jadi mangsa adalah en. suami.. hehehe..
BalasPadamFavorite saya ni bunda, memang best.
BalasPadamEh sama pulak menu kita Bunda...ikan berbeza..nekcik tadi jumpa kepala ikan salmon dalam fridge...ingat nak buat kari sefood terus tukar tajuk..he..he...kari utara sedap Bunda..nekcik ni versi selatan..lemak berkrim!!
BalasPadammasakan arwah ibu saya yang paling saya gemar adalah kari ikan macam ni..
BalasPadamkami panggil gulai..
rrindu masakannya.. :)
sejak dok utara, kari saya tanpa santan, bunda
BalasPadamtak pernah cuba kari siakap...tomyam siakap pernah juga
Terbuka selera tengok pagi2 ni Bunda.. sedap sungguh ni. Ikan siakap masak kari mmg confirm sedap ni.. :)
BalasPadamkari tanpa santan..mcm kari nasi kandar..perghh..nikmat..
BalasPadamnak jugakkkkkkk
BalasPadamMst cuba ni...mmg elok gak kurang santan or xde terus bunda...lebih sihat kan...
BalasPadamSuami kak zai cukup suka makan gulai kari.Tak kira ikan apa pun makan bertambah2.
BalasPadamSiakap ni feveret saya...masak apa pun saya suka..
BalasPadamNyum2 sedapnya. Lapar pulak rasa petang2 ni..hehe
BalasPadamKalau saya masak kari, mesti ada santan....
Terima kasih resipinya Bunda.
kat umah ni masak kari x letak santan pun bunda ...
BalasPadamSalam KN! masak kari kite ari ni ye..
BalasPadamJM suka mkn kari tapi biasa masak x letak santan..letak air asam jawa je..perrhhhggg...terangkat!
BalasPadamterangkat ke mana JM?? saje carik pasal kan hik hik hik
Padamkalau Deanna mkn kari yg JM masak...mesti habis nasik se piyuk!
Padamalahai sedapnya
BalasPadamNampak simple je bunda...boleh la SA buat ni
BalasPadamCT singgah sini Bunda =D selamat hari ahad..
BalasPadamtak pernah lagi makan ikan siakap masak kari..
slalunya ikan tenggiri tu pun tok yang masak sebab mak tak makan kari hihi..
Bunda.....kari tak bersantan org panggil kari mamak. Sedap juga cicak roti canai atau peknga
BalasPadamItu lah...yang tak bersantan langsung tu "kari mamak"...tapi yang bersantan cair ni, "kari bunda"...hehehe...
Padamsedapnya..
BalasPadammakan dgn ayam goreng ada sambal belacan..yummmmm..
saya belah utara/ kedah panggil gulai..
Salam. Hee sedapnya siakap bunda ;p
BalasPadamSedapnya Bunda. Esok kuahnya cicah lempeng pun sedap..
BalasPadampergh.. ikan siakap buat gulai.. mesti sedap nih...
BalasPadamsejak arwah mak meninggal dah tak rasa gulai kari yang sama.
BalasPadamKari / gulai ikan memang best kalau makan panas2
wah sedapnya bunda, tak pernah masak siakap masak kari ni, selalu goreng atau sweet sour jek hehe
BalasPadamEmmmm tengok pun dah tahu rasanya sedap,,, saya punya febret ni bunda hihihi,,, nanti teringin boleh buat seperti yang bunda syorkan ni,, tq for sharing ,,
BalasPadamMACAM SEDAP JE.. MACAM SEDAP JE.. :)
BalasPadamBunda, jomlah join segmen Zue :)
BalasPadamhttp://melaedah.blogspot.com/2015/04/1st-bloglist-segment-by-zuezulaikha.html
tukar ikan jadi ketam agak2 sedap x ek bunda? hihi
BalasPadamBoleh jer...cuma tuka rempah ikan ke rempah daging.....tambah sedikit halia tumbuk atau halia yg dihiris memanjang...
Padamooo 1st time tau ikan siakap bleh masak kari ;) biasanya masak 3 rasa, steam or sweet sour je
BalasPadamya Allah sedapnye bunda...lieya mmg peminat kari...
BalasPadamkebetulan arini nak buat kari sotong....leh la try resepi bunda nieh....
Mama tukang kebun dulu ajar masak kari tak pakai santan.
BalasPadamHerba hanya biji sawi dan halba.
Siakap lama tak makan, terasa pula nak makan.
bunda... sedapnya.
BalasPadamnak sikit pleaseeee
karii???? oh myyyy....ni peberet sy nih...hari2 kari pon xpe...gerenti sedappp hhehehehe
BalasPadamOkje masak kari selalunya tak bubuh pun cilipotong tu KN....sebab mmg tak makan pun akhirnya...sayang!
BalasPadammacam best je . ikan siakap tu . .
BalasPadamWaa.. sedapnya.. sy baru je semlm masak siakap.. buat siakap stim halia je. Senang..hihi..
BalasPadamSedapnya. Dah lah tak kluar lunach nih,.
BalasPadamDah lama tak masak ikan,,asik ayam jeeee
BalasPadamKalau ada baki makan dengan roti sedap bunda
BalasPadamNampak sedap,bunda.tapi sayangnya IbuNoey tak berapa gemar makan kari ikan.kalau kari ayam,kari daging, atau kari telur,suka sangat.tapi in shaa Allah boleh cuba masak kat rumah mertua nanti.hehe.
BalasPadamLately banyak Bunda tengok kat tv..ramai pakar diet n chef2 dah mula mengaku bahawa santan kelapa tu baik untuk kesihatan.
BalasPadamSantan or minyak kelapa ni ada khasiatnya yang tersendiri, kan datuk nenek moyang kita dulu pun guna santan n minyak kelapa dalam masakan. Siap kukur n sagat sendiri lagi kelapanya, beza sekarang ni semua instant...tu yang kurang khasiatnya agaknya.
So dah tau jangan tolak atau abaikan terus penggunaan santan n minyak kelapa dalam masakkan melayu kita. Tuhan dah beri sesuatu tu dengan kebaikkan tertentu untuk kita.
Cumanya jangan berlebih2.. apa2 pun kalau berlebihan akan mendatangkan kemudaratan.
Wallahu 'alam..