Isnin, 14 September 2015

Sayur Lemak Daun Mulberry...

sayur lemak daun mulberry

 Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Dalam entri bunda yang lepas-lepas, bunda pernah upkan entri berkenaan pokok mulberry bunda. Pokoknya yang dulu dah tua dan buahnya dah kurang,
so bunda tebang dan tanam semula.

Kini pokok baru sedang membesar, buah dan daunnya tengah melebat.
Memandangkan daun dan pucuknya banyak maka bunda petik untuk buat masak lemak putih dengan ubi keledek Masak lemak putih biasa macam kita masak
sayur lemak pucuk manis.

Rasanya pun lebih kurang jer...

***Memang berbaloi tanam pokok mulberry ni...

47 ulasan:

  1. Pertama kali tau ,daun pokok ni boleh dimakan .. nampak sedap la bonda ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan untuk diberi makan ulat sutera jer...kita manusia pun boleh makan juga...tapi tak lah boleh keluarkan air lior benang sutera... haha :D

      Padam
  2. Wah... sepertinya memang enak itu bun, melihatnya saja menimbulkan nafsu makan. Kapan2 lah saya buat pula bun...

    BalasPadam
  3. Saya baru tau daun mulbery ni boleh buat masak....saya pun baru tanam pokok ni tapi kecil lagi,nak juga cuba masak seperti resepi bunda ni...bgaimana rasa agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. rebus buat ulam cicah sambal belacan pun boley jer...

      Padam
  4. tak pernah makan.. Nampak sedapnya..

    BalasPadam
  5. Oohhh boleh masak pucuknya ye Bunda Nora..
    Dirumah saya ada tanam pukok mulbery ni..
    Buah dah jarang..
    Daun jer yg lebat..
    Kalau macam tu saya pun nak cuba masak lemak lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu nak sentiasa berbuah...jangan dibiar jer pokoknya meninggi...rajin2lah cantaskan dahannya...nanti akan tumbuhlah putik2 buah baru dicelah2 dahan yang dicantas tu...

      Kalau dibiarkan pokoknya ...boleh jadi meninggi macam pokok kayu...tanpa buah baru...sia2 jer...

      Padam
  6. tak pernah makan, mesti sedap lemak-lemak manis sbb rasa sama mcm pucuk manis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kt pjbt pertanian dulu byk pokok ni

      Padam
  7. Kakak dari sehari ke sehari teringin nak tanam tak tertanam lagi KN
    Jadi memang tak pernah lagi ada peluang menikmati daunnya.
    Kat sini tak pernah ada org jual. Buahnya adalah kakak beli sebab ada dijual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KZ, nak kata senang tak jugak tanamnya...macam KN hanya tanam dari keratan batang jer...ambil dari pemberian dari pokok kawan....bukan dari semaian atau beli kat nurseri...

      Itu pun dah 2 3 x ubah baru menjadi... sempat bawa balik 2 batang utk kebun bapak...kini pokok bapak tu dh menjadi...sebatang lagi mati..dah dapat hasil....walaupun pokoknya cekeding...

      Asalkan anak2 saudara teruja dapat makan buahnya dan bapak dapat makan daun nya buat ulam dah cukup membangga kan KN...tak sia2 bawak balik naik bas batangnya dulu utk bapak tanam...

      Rezeki masing2 kan...hasil berbudi dgn tanah... Alhamdulillah..

      Padam
  8. nk cuba tanam juga pokok ni...buahnya sedap n daunnya boleh dibuat sayur pula ya..baru tau...tq bunda.

    BalasPadam
  9. Macam-macam daun boleh makan rupanya..

    BalasPadam
  10. Wah... ingatkan boleh makan buah je rupanya pucuknya pun boleh makan. Ni daun untuk ternak ulat sutera kan. Tak nak ternak ulat sutera ke? hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau rajin, jemur dan keringkan daun mulberry ni pastu ramas2kan biar hancur...simpan baik2 dalam bekas kedap udara kemudian boleh di buat teh...teh mulberry..

      Padam
  11. sekali sekala makan sayur masak lemak sedapkan bunda..ratah sayurnya je pun dah cukup..

    BalasPadam
  12. Kak Zai tak tahu daunnya boleh dibuat gulai. Kat mana nak cari teringin nak tanam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nurseri ada lah kot kak zai...cer cari ...tanya penjual nurseri kot dorang tau...

      Padam
  13. laaaaaaaaa bunda lieya baru tau boleh dibuat masak lemak daunnyer...berbaloi laa tanam..dari buah sampai ke daun boleh di makan.... lieya pun nak cari la nanti anak die....try2 tanam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu dekat bunda kasi free jer keratan batang pokoknyer buat tanam...hehe..

      Padam
  14. Assalamualaikum bunda.
    Banyak betul kegunaan pokok mulberry ni ye.. ingatkan buahnya sahaja yang boleh dimakan. Tak tahu pula daunnya boleh dibuat teh.. Kalau dekat, saya nak minta daun mulberry tu buat teh, macamna rasanya..kalu dekat la hehe....

    BalasPadam
  15. Waalaikummusalam
    ooo boleh masak lemak ya daunnya,
    kena try ni...
    terima kasih

    BalasPadam
  16. Saya baru tahu daun mulberry pun boleh dimakan buat sayur. Boleh cuba nanti.

    BalasPadam
  17. Boleh cuba juga buat sayur dengan daun mulberry ini.

    BalasPadam
  18. Boleh masukkan dalam diet sihat sayur mulberry ini.

    BalasPadam
  19. Mmm...saya sampai kesudah tak sempat buat masak lemak pucuk mulberi ni. Dari ada sepokok kat homestay sampailah dah mati dek kena tebang...

    BalasPadam
  20. sedapnya buah mulberry tu bunda... dulu ada kawan tanam... bila banyak buah dia bagi kami rasa... mmg sedap buahnya... emmmm

    BalasPadam
  21. Saya baru tahu yg daunnya boleh dimakan, Bunda. Suka tengok pokok mulberry :)

    BalasPadam
  22. Wahh.. menyelerakan tengok. Tak pernah rasa lagi lauk2 mcm ni... teringin pulak nak makan... best... :)

    BalasPadam
  23. 30 tahun dulu saya belajar daun malberry untuk makanan ulat sutera (betul ke?)...

    Tahun ni saya belajar daun malberi juga makanan untuk manusia...he...

    BalasPadam
  24. assalam bunda.. lama aiza tak singgah blog bunda.. sedap sayur lemak daun mulberi tu bunda.. :)

    BalasPadam
  25. Baru terkira-kira nak buat apa dengan ubi keladi baby.
    Bila tengok posting bonda barulah terfikir nak gandingkan dengan masak lemak pucuk mulberry.

    BalasPadam
  26. tak tau plok daun nyer boleh masak lemak..yang tau nyer pucuk dia boleh buat tea....

    bunda nati bagi resepi..boleh kite cuba..kat umah kite banyak sangat pokok mulberi

    BalasPadam
  27. Wow daunnya pun boleh buat masak lomak..nmpk sedap je...

    BalasPadam
  28. Apa khasiatnya Bunda?mesti ada rahsia yg kita x tahu.
    Pertama Kali tahu boleh masak.ambil yg muda ?

    BalasPadam
  29. Walaupun tau tapi belum pernah makan lagi. Dari informasi bunda, macam amat menarik untuk dicuba. :)

    BalasPadam
  30. salam bunda, mmg sedap la sayur lemak pucuk mulberi kan....dah tk payah beli sayur hijau kt pasar...mmg bebaloi tnm pokok mulberi ni, daun blh dituai sepanjang masa...

    BalasPadam
  31. oh tak pernah nekcik tahu pucuk mulberi ni boleh dibuat sayur..pucuk kedondong pun baru nekcik tahu boleh buat masak lemak campur ayam atau bdibuat ulam

    BalasPadam
  32. Ohhh....sedapnya..kat umah mak mertua banyak daun ni....:)

    BalasPadam
  33. saya tak tau pon bonda yg daun pokok ni bole masak camni....saya takde tanam tapi rumah makcik saya ada sebatang pokok ni....nanti nak try la cam sedap je lauk tu

    BalasPadam
  34. Entri pokok mulbery ni lah perkenalan pertama kita kan bunda...:-))

    BalasPadam
  35. Boleh makan yeh KN pucuknya? Baru okje tahu. Tak terfikir pun selama ni tau....Yang penting tak pengsan lepas makan hihi

    BalasPadam