pokok minum |
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Siapa yang pernah pergi ke Bandar Taiping pasti tak ketinggalan untuk ke Taman Tasik Taiping. Taman Tasik yang indah dan menjadi mercu tanda dan kebanggaan masyarakat Taiping.
Boleh rujuk dan lihat kat SINI juga.....
Siapa yang pernah pergi ke Bandar Taiping pasti tak ketinggalan untuk ke Taman Tasik Taiping. Taman Tasik yang indah dan menjadi mercu tanda dan kebanggaan masyarakat Taiping.
Boleh rujuk dan lihat kat SINI juga.....
pemandangan taman tasik |
Taman Tasik Taiping bukan sahaja indah dengan tasik dan pemandangan sekelilingnya, malah pokok-pokoknya juga menjadi tarikan kerana kebanyakkannya berusia lebih dari seratus tahun.
Bukan sahaja cantik dan masih tegap berdiri ada pula yang ranting dan dahannya sampai menjuntai hingga keseberang jalan membuatkan suatu pemandangan yang agak unik dan cantik semula jadi.
Menjadikan laluan di situ agak redup dan nyaman.
Sehinggalah pada suatu ketika dalam tahun 2012, salah satu pokok hujan-hujan yang berusia lebih seratus tahun di Taman Tasik itu akhirnya di dapati telah rebah kebumi.
pokok hujan yang berusia beratus tahun |
Bukan sahaja cantik dan masih tegap berdiri ada pula yang ranting dan dahannya sampai menjuntai hingga keseberang jalan membuatkan suatu pemandangan yang agak unik dan cantik semula jadi.
Menjadikan laluan di situ agak redup dan nyaman.
Sehinggalah pada suatu ketika dalam tahun 2012, salah satu pokok hujan-hujan yang berusia lebih seratus tahun di Taman Tasik itu akhirnya di dapati telah rebah kebumi.
imej dari fb |
Maka ramailah warga tempatan dan pencinta alam yang gempar dan bersedih akan peristiwa itu, namun apa yang berlaku adalah fenomena biasa. Pokok yang telah tua pasti suatu ketika akan rebah juga.
Terlalu banyak MEMORI KAMI orang Taiping, di Taman Tasik ini... dijalan ini dan pokok-pokok ini.. selain banyak menjadi latar belakang jurufoto dan pembikin filem, Taman Tasik dan pokok-pokok disini juga menjadi saksi pelbagai ragam pasangan berkapel, hehe..
Menurut apa yang di fahamkan inilah "POKOK HUJAN-HUJAN" panggilannya atau nama saintifiknya "ALBIZIA SAMAN" .. atau juga "SAMANEA SAMAN" Ia dibawa masuk ke Tanah Melayu sekitar tahun 1876 ..... dari Amerika Selatan.
Menurut apa yang diberitahu masyarakat setempat, inilah satu-satunya pokok yang sentiasa menjulur ke tasik.....seakan macam mencari air...... lalu ada pula yang menggelar "POKOK MINUM"...
Sehingga tarikh itu belum dengar lagi ada pokok-pokok lain yang sama spesis dan seusia tumbang lagi...
***Taman Tasik Taiping kebanggaan warga Taiping...
Pokok yang melawakan pwmandangan di taiping tu kan.. rasa sejuk tenang je bila lalu kat sini..
BalasPadamsubhanallah...nice :)
BalasPadamCantiknya KN tapi kalau tetiba terus tumbang bahaya juga.
BalasPadamLalu bawahnya mesti rasa sejuk tu..
Besar2 pokok2 tu..nampak sangat redup suasana tasik dgn adanya pokok minum tu..unik..
BalasPadamKak zai pernah ke sana sebab adik tinggal kat Kemunting. Memang cantik pemandangannya boleh buat tempat berteduh sejuk dan nyaman.
BalasPadamassalamulaikum...singgah sini dan terus polow....saya pon ada makcik yg tinggal di taiping...dah dua taun saya tak ke sana...makcik saya duduk kat kampong rahmat....kalau siang kawasan ni memang nampak tenang dan damai tapi bila malam agak seram jugak....hehe
BalasPadambest oo kt sini...view cantik
BalasPadamPOKOK HUJAN DAN POKOK MINUM YG MENGINDAHKAN VIEW TAIPING...SUBHANALLAH BARU TAHU TNTNG NAMA POKOK TU...TQ INFONYA.
BalasPadamlieya ade dlm 2 kali sampai taiping kak.... mmg tak lupa amik peluang stop jap kat tasik ni bergambar....pokok tu buat unik...cantik jek view..... redup jek kawasan tu...best lalu situ...mcm seolah2 dipayungi gituuu heheheeheh
BalasPadamBetul tu kak. Dah lama pokok tu camtu. X patah pulak dahan tu kan
BalasPadamsuasana redup itu yang nikmat..nyaman kan bunda...
BalasPadamSubhanallah canteknya ,tentunya nyaman berteduh dibawah.InsyaAllah akan sya jejaki tempat ini satu hari nanti
BalasPadamIndah...ni org Kuala Kangsor pun tumpang bangga dengan keindahanTaiping
BalasPadamZumal pernah gak ronda2 situ masa balik ke Bagan Serai... Memang cantik dan nyaman...
BalasPadamPanjang umur pokok tu kan bunda. Memang di tasik Taiping ni banyak pokok-pokok lama..redup ada seram pun ada he he
BalasPadampokok ni memang menjadi landmark pada Taiping kan bunda...cantik!
BalasPadamSinggah petang...
BalasPadamlamanyaaaa...
Pastinya akan meninggalkan nostalgia bagi mereka yang pernah berteduh di bawah pokok itu..
BalasPadamdah lama tak mengayuh angsa kat tasik tu
BalasPadamsaya baru sekali jer sampai & bermalam kat taiping. ada beberapa tempat yang boleh di lawati.... kena masukkan dalam kalendar lagi untuk next time...
BalasPadamcantik pemandangan nya...macam minum air dahan ujung
BalasPadamindah alam ciptaan Allah
BalasPadamSaya dah lama tak ke sini.. melawat juga zoo bawa anak2.. kenangan dengan org utan yg nak bersalam dgn saya di zoo tu... hi hi terjerit kejap.. terkejut sebab geli dgn binatang tu..
BalasPadamSaya belum pernah ketaiping tapi satu yang pasti dari dulu2 sampai sekarang teringin sangat nak tengok kawasan tasik & pokok2 ni. Sangat cantik..
BalasPadamKak Mala jom lah melawat Taiping...jalan2 lake garden...boleh daki Bukit Larut tak jauh dr Taman Tasik tu...zoo n night safari pun ada area Lake tu jugak... hotel pun dah banyak untuk menginap sehari dua...
PadamBawak anak cucu...budak2 mesti syok punya ...play ground dah banyak...boleh kayuh bot angsa mcm Kamsiah...
Bunda yg tiap bulan blk pun tak jemu2 ke Lake... rehat2 kat taman mainan melayan anak2 sedara main buaian... bawa bapak jalan2 makan angin petang2...hilang stress..
pokok yang menarik dan gelaran yang sangat unik
BalasPadamTgk environment nmpak cantik je. :-)
BalasPadamDah lama tak ke tasik ni. Dulu beberapa kali pergi sambil ke zoo taiping. Tenang. Hijau.VitaminSuci
BalasPadamhehehe. kalau ke taiping tapi tak singgah taman tasik ni, memang tak cukup syarat la namanya...
BalasPadam*saya ada buat bidaan dalam entri terbaru, sila la kalau nak join...
taman tasik taiping dulunya tempat saya sekeluarga paling jauh makan angin...
BalasPadamsejuknya
BalasPadamkalau ke Kemunting dari kuala, selalu ikut short-cut di sini..memang cantik, redup..tambahan pula ada Bukit Larut...bertambah cantik pemandangan,,
BalasPadampemandanganyg memukau mata ...
BalasPadampikiran jernih kalau berada di tempat itu
BalasPadamTak tau pulak pokok ni dah tumbang. Masa saya kerja di Taiping dulu masih ingat kewujudan pokok ni..
BalasPadamselalu tgk photog ambil gambar di kawasan itu, mmg cantik dan menarik
BalasPadamMemang taman tasek tu cukup seri dengan kehadiran pokok2 besar ni la..cantik sangat...sy pun byk juga memori disana.hehe
BalasPadamCantik kelihatannya di gambar pokok..seolah mencari air lagaknya..rendahng ja unik..biasa kelihatan menghias tepi jalanraya ni bunda..
BalasPadambetul tu.. kalau lalu taman tasik mesti sedap je mata memandang..
BalasPadamredup jeee.. tak payah risau panas..
Taiping my hometown! Mmuahh! Love Tepen forever. Rindu dah lama sgt tak ke Taiping...
BalasPadamSeronoknya.. Suka taiping.. Redup jaa...
BalasPadamfemes kn tempat ni...ooo ye la daun dia tu dh nk mencecah air kt tasik tu kn...
BalasPadampernah pergi berkelah makan makan di ttt tu. memang redup, nyaman seejuk j sbb byk pokok
BalasPadamjd pilihan pengantin utk ssi outdoor juga, kan
biras saya la.org tepen
saya dah lama tak ke sana
BalasPadampergi dulu pun masa saya masih bersekolah rendah
pasti banyaknya perubahan kan
cantiknya pemandangan tu kan...saya baru tahu nama dia pokok minum
chantek tapi xde yg kekal mak kann., kanns
BalasPadamPokok jenis ni selalu masuk lukisankan KN... cantik ....Tp kalau mlm mesti seram lalu jalan ni
BalasPadamada baca di FB tentang berita ni..x sempat nk ambil gambar kenangan kat sana..mmg cantik pokok tu...dh sampai ajal kan
BalasPadambaru tahu mengenai pokok ini...memang cantik sangat bunda....
BalasPadamSempat juga rakam Keindahan Taman Tasik Taiping
Ni lah tempat yg drama kerana terpksa aku relakan tu buat shoot kan..hehehee..mmg cantik tasik ni..tapi jauh nk p
BalasPadamTukang Kebun dulu sekolah Tingkatan 4 ini berhadapan dengan Tasik Taiping sekolah berasrama penuh SERATAS. Kalau outing memang lalu Tasik ini ke bandar.
BalasPadamMemang teringin nak jalan-jalan Taiping. Tapi tak berkesempatan lagi. Hari tu pergi kejap aje.
BalasPadamSelain nak pergi taman, saya dah lama nak pergi zoo taiping...hihi
ow..no wonder pokok tu dipngil dgn nama tu kan..
BalasPadambiasa biasa nmpk kat tasik2 pokok jnis mcm tu..
menariknya gelaran pokok ni... pokok minum... rebah jua, sebab usianya...
BalasPadamPokok mcm tu buat suasana persekitaran nampak indah... klasik... dah sampai waktu nak tumbang kan...
BalasPadam