Isnin, 24 November 2014

Kemas Kini BR1M 4.0 / 2015



Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

Bagi mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Borang Kemas Kini Maklumat Pemohon sudah pun di edarkan. Dimaklumkan bahawa Pendaftaran Baharu Dan Pengemaskini BR1M 2015  akan bermula pada 1 Disember 2014.

Bagi memastikan permohonan BR1M anda dapat di proses dengan sempurna, anda diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi seperti berikut:

i) Maklumat pasangan/tanggungan.

ii) Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat.

iii) Maklumat akaun bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan di bayar sebanyak 3 kali setahun. Justeru itu tuan, puan di nasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat di salurkan terus ke akaun bank tuan/puan. Senarai bank yang di benarkan adalah seperti di lampiran ini...

senarai bank yang dibenarkan


iv) Untuk makluman penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas  adalah layak di pertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu pemohon  bawah kategori isi rumah dan warga emas  diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.

Pemohon boleh mengemas kini maklumat tersebut mulai  1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014  melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat https://ebr1m.hasil.gov.my .

 Anda juga boleh menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/UTC LHDNM.

Kegagalan mengemas kini maklumat di atas akan menyebabkan permohonan anda tidak di proses.


*** Sebarang pertanyaan sila hubungi talian bebas tol  1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)



Jumaat, 21 November 2014

Azab Di Padang Mahsyar.




Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Salam Jumaat,  satu perkongsian ilmu dari rakan whatsApp untuk pencerahan bersama...semoga dapat kita mengambil sebagai peringatan ..

Kata Ustaz... Mahsyar ni punyalah lama sampai kita tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam Mahsyar. Para sahabat Rasulullah  s.a.w bertanya, Mahsyar kat mana? Jawab Rasulullah  s.a.w, Mahsyar ini di bumi ini sendiri di mana bumi ini di hamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.

Ini terjadi bila, Malaikat Israfil meniup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua Malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, di mana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam a.s.  sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini di bangkitkan dalam keadaan lapar dan haus serta bertelanjang bulat di hambat ke Mahsyar. (rujuk surah yassin ayat 52 - 54).

Di tambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat di pastikan jumlah makhluk pada hari itu. Saidatina Aisyah r.a.  pernah bertanya Rasulullah s.a.w, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita? Lalu di jawab Nabi s.a.w  dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri... Rujuk surah A'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke Padang Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,  dan yang istimewa di bawa oleh Malaikat Munkar dan Nakir.  Bila sampai di Mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi.  Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam a.s.  hanya untuk meminta syafaat untuk Allah s.a.w. percepatkan hisab.

Jawab Nabi Adam a.s.  dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh a.s, Musa a.s, Isa a.s, dan Ibrahim a.s tetapi Nabi-nabi ini hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad s.w.t... Lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pada Allah awal-awal agar di segerakan masuk keneraka sebab tak tahan lamanya berdiri di Mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja kerana padatnya manusia pada hari itu.

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari 'Arash. Masa itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab itu.  Kalau pun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.

Kemudian Allah akan panggil sorang-sorang untuk di hisab. Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita  di saksikan semua manusia, tiada satu pun yang tertinggal. Lepas habis baca Allah akan tanya kita 3 soalan:

1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak di catat oleh Malaikat Raqib dan Atib?
2) Tak ingat?
3) Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan?

Setelah di timbang  di Al-Mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita, seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah yang lakukan.  Allah bertanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula-mula bangun  adalah anak isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan lain-lain. Jika ada hak mereka yang tidak di tunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kepada mereka. Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini di maksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tapi effect juga orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang kita, adik-adik lelaki kita juga suami kita. Kalau betul-betul kita sayangkan mereka, lindungilah mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.  Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak dan jaga agama kita.

Hari Mahsyar adalah hari yang sangat dahsyat. 

Kata Ustaz.... pertama, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya di akhirat nanti.
Kedua,  jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari itu, amanah dan kejujuran akan membantu kita.

Yakin kah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah  s.w.t.  ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang. Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.  Semoga Allah s.w.t bantu kita di hari pembalasan nanti. InsyaAllah...Aamiin...

Wallahu'alam...



***Terdapat dua jenis manusia:
1) Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan
2) Bila dia baca sesuatu yang beri manfaat, dia sebarkan...




Selasa, 18 November 2014

Pokok Buah Mulberry



saiz buah mulberry




Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam....

Diseberang jalan depan rumah bunda ...bunda ada tanam pokok buah mulberry ni. Baru-baru ni pokoknya tumbuh tinggi tapi masih belum nampak tanda-tanda nak keluar buah.  Semasa projek bunda tanam semula hari tu ...bunda cantas   pokok buah mulberry ni.

Dalam beberapa minggu selepas tu bunda dapati rantingnya tumbuh bercambah semula dan kali ni lebih banyak dan rendang.  Kemudian bunda dapati ada beberapa biji buahnya mula keluar menghijau. Memang begitulah.... kita kena rajin cantas kalau nakkan pokoknya cepat berbuah.


buah mulberry yang sedang masak ranum

Dua hari semalam bunda tengok buahnya semakin banyak dan merah-merah. Buahnya kalau dah masak ranum akan berwarna kehitaman dan manis...semasa lagi merah rasanya agak masam. Kata orang  buah mulberry ini adik beradik strawberry, blueberry dan berry lain.

Anak bungsu bunda sebelum pergi kerja tiap pagi petik buah mulberry ini makan dalam perjalanan.

Dikatakan juga pokok buah mulberry ini banyak khasiatnya. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan. Buahnya mengandungi khasiat seperti mineral dan vitamin.

pokok mulberry

Daunnya boleh direbus dan airnya boleh diminum tujuan untuk membersihkan badan. Pengusaha ulat sutera mengguna daunnya untuk makanan ulat sutera. Air rebusan kulit pokok mulberry boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, batuk berkahak, asma dan banyak lagi.Daunnya juga boleh dijemur dikeringkan untuk di buat  teh daun mulberry.

Pucuk daunnya bunda selalu ambil ..rebus buat ulam dengan sambal belacan..sedap, lemak-lemak. Air rebusannya jangan di buang, boleh diminum...sekiranya nak lagi sedap semasa merebusnya letak sedikit hirisan halia.

Boleh dikatakan pokok buah mulberry ada serba serbi kegunaan dan khasiatnya. Cara tanamannya juga tak susah hanya dari keratan batang ajer. Tak rugi tanam  pokok ni....banyak manfaatnya.


***Untuk mengetahui fakta dan kegunaan pokok buah mulberry ini lebih lanjut bolehlah layari ke SINI   dan  ke  SINI

Jumaat, 14 November 2014

Apabila Bapak Sihat.....





Bismillahirrahmanirrahim, As salam...

Salam Jumaat...Dalam entri yang lepas seperti entri  INI dan entri INI bunda pernah menceritakan tentang ayahanda bunda yang tercinta ini. Kini usianya sudah 81 tahun. Sejak kebelakangan ni ayahanda semakin uzur, macam-macam penyakit datang.

Namun begitu apabila ayahanda dah sihat sikit memang dia tak boleh duduk diam. Ayahnanda bunda ni dulu bekas tentera...masuk hutan keluar hutan...operasi di sempadan menjaga keselamatan negara. Mak bunda dan bunda adik-beradik masa kecik-kecik dulu selalu kena tinggal. Dia dah biasa kerja keras, menggalas senjata, meredah hutan dan bergelumang paya bagai.


Kini ayahanda bunda dah lama bersara..lewat tahun 70an dulu...tetapi sifat disiplin dan semangat yang kuat tu masih ada dijiwa beliau. Apabila sihat sikit mulalah tak senang duduk diam. Ada jer kerja yang nak di buatnya.  Menyapu keliling rumah, merumput, buang sampah, bakar sampah dan yang paling dia suka berkebun...



Bukan saja pokok pokok buahan yang besar-besar. Ada jugak pokok limau manis, limau kesturi, nenas, pandan, serai dan pokok ulaman. Selain tu pokok-pokok bunga bagai tu pun ayahanda bunda juga yang rajin tanam. Arwah mak bunda dulu tak minat sangat.

Tak cukup dengan sebatang pokok rambutan, manggis, cempedak di keliling rumah kini tanam lagi pokok mangga madu pulak. Beli di pasar tani...murah katanya...sambil tanam, siap bercakap lagi dengan pokok mangga tu  "Kau cepat lah besar, kalau panjang umo aku...sempat tengok anak cucu aku makan"...

Yang ini pokok mangga jenis ketiga...yang lagi dua tu mangga epal dan mangga telur...dah rosak dah pun...dah tua sangat...yang sepokok dah di tebang pun. Bunda dengan adik beradik selalu gak melarang dia buat kerja-kerja ni...nanti sakit pinggang lah...sakit urat lah...kami risau...sepatutnya di usia begini banyakkan berehat jer...



Apa jawab nyer... " aku kalau tak buat apa-apa...duduk makan tido jer lagi aku sakit tau tak!...mulalah hati ni teringatkan mak korang jer....aku tanam pokok-pokok buah ni bukan aku yang nak makan pun...memang tak sempat dah...ntah esok ke lusa aku mati...ni semua aku tinggal untuk anak cucu cicit aku nanti...Korang tak faham..!"... So , kami nak cakap apa lagi...?

Inilah serba sedikit pokok-pokok bunga ayahanda yang masih ada dan subur...sejak dia uzur ni dah banyak yang mati dan tak terurus...dah tak ada siapa yang nak jaga, nak belai seperti ayahanda belai...



Tak ape lah ayahanda ku..buatlah... teruskanlah  aktiviti berkebun tu...ikutlah keupayaan diri yang dah uzur tu...kita orang tak larang pun...janji ayahanda bahgia sudah, janji ubat dan rehat mesti jaga jugak...


*** tiba-tiba rindu pulak...tunggu nanti orang balik...



Rabu, 12 November 2014

WW # Comel Tak Kak Non?




V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V



V

V

V

V

V

V

V

V

V













*** Demi melunaskan permintaan mereka-mereka ini...   Kamsiah  Cucubulat  Tihara  Cikgu Ma  dan   El  dari  entri  INI.... Di harap kalian semua puas hati... (*L*)






Isnin, 10 November 2014

Juara AF 2014 Milik Firman



Firman.. johan


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Rancangan realiti  Akademi Fantasia 2014 telah pun melabuhkan tirainya semalam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).. Di mana peserta dari Sabah,  Firman telah di nobatkan sebagai Juara AF 2014. Firman membawa pulang wang tunai RM50,000, sebuah kereta Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT), pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi.

Anak muda berusia 25 tahun ini yang sebelum ini merupakan seorang anak jalanan dan gelandangan yang sangat pendiam dan sangat merendah diri.

Firman berasal dari kampung dan dari keluarga yang kurang berkemampuan telah membuktikan keupayaan vokalnya yang serak-serak  basah itu untuk menuju kepuncak kejayaan sekali gus untuk mencapai niat untuk membawa kedua orang tuanya ke Mekah.

Kematangan dan keupayaan vokal Firman memang tak di nafikan lagi... kemenangannya memang dinantikan dan telah pun terbukti.  Syabas! Firman...
Tempat kedua pula dimenangi Aman, 21, yang mendapat hadiah wang tunai RM30,000, sebuah kereta Perodua Myvi 1.3 Auto Standard (XT), pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi manakala ketiga, Ewal, 22, membawa pulang RM20,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi.
Sementara itu, Nuha, 21, menduduki tempat keempat menerima wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi manakala Adel, 21, kelima mendapat wang tunai RM10,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/firman-juara-af-2014-1.22729#sthash.ssdnXZ9m.dpuf

Aman.. naib johan


Naib juara pula di rangkul oleh Aman 21 tahun...membawa pulang  wang tunai RM30,000, sebuah kereta Perodua Myvi 1.3 Auto Standard (XT)., pakej percutian ke Osaka Jepun dan sebuah trofi.

Aman merupakan se orang anak muda yang sangat pemalu dan kerap di cabar tentang penampilan , lontaran vokal dan persembahannya dan yang paling terkesan setelah di cabar bahawa   "bidang nyanyian ini bukan bidang dia"...

Kini Aman telah membuktikan kepada umum bahawa dia juga mampu untuk ke Pentas akhir Akademi Fantasia 2014...demi untuk membela nasib kedua orang tua nya.  Syabas Aman...jadikan cabaran itu sebagai satu suntikan semangat untuk terus maju.....


Finalis AF 2014

Manakala Ewal 22 tahun mendapat tempat ke tiga dan membawa pulang RM20,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi.  Nuha 21 tahun, mendapat tempat keempat membawa pulang RM15,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi.

Tempat kelima pula jatuh kepada Adel 21 tahun, juga pelajar dari Sabah, merupakan pelajar yang di serap kembali di minggu kesembilan membawa pulang RM10,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi.

Tahniah untuk kelima-lima finalis AF 2014...


*** #Akademi Fantasia  ...realitinya disini...



empat kedua pula dimenangi Aman, 21, yang mendapat hadiah wang tunai RM30,000, sebuah kereta Perodua Myvi 1.3 Auto Standard (XT), pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi manakala ketiga, Ewal, 22, membawa pulang RM20,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi.
Sementara itu, Nuha, 21, menduduki tempat keempat menerima wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi manakala Adel, 21, kelima mendapat wang tunai RM10,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/firman-juara-af-2014-1.22729#sthash.ssdnXZ9m.dpuf


Tempat kedua pula dimenangi Aman, 21, yang mendapat hadiah wang tunai RM30,000, sebuah kereta Perodua Myvi 1.3 Auto Standard (XT), pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi manakala ketiga, Ewal, 22, membawa pulang RM20,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi.
Sementara itu, Nuha, 21, menduduki tempat keempat menerima wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi manakala Adel, 21, kelima mendapat wang tunai RM10,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/firman-juara-af-2014-1.22729#sthash.ssdnXZ9m.dpuf
empat kedua pula dimenangi Aman, 21, yang mendapat hadiah wang tunai RM30,000, sebuah kereta Perodua Myvi 1.3 Auto Standard (XT), pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi manakala ketiga, Ewal, 22, membawa pulang RM20,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi.
Sementara itu, Nuha, 21, menduduki tempat keempat menerima wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi manakala Adel, 21, kelima mendapat wang tunai RM10,000, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/firman-juara-af-2014-1.22729#sthash.ssdnXZ9m.dpuf

Jumaat, 7 November 2014

Resipi: Lempeng Kelapa

lempeng kelapa sambal bilis



Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

Selamat berhujung minggu semua,  dah lama bunda tak berkongsi resipi kat sini. Minggu lepas bunda ada beberapa kali buat lempeng kelapa, nampaknya ramai yang gemar kat rumah bunda ni. Apa lagi lempeng ni makannya dengan sambal...lebih menyelerakan. Lain dari pankek yang manis-manis tu.

Kadang-kadang tu malam-malam pun bunda buat, ikut permintaan...hujan-hujan begini.....sejuk, lapar, nak keluar malas....





Jom kita tengok bahan-bahannya:

@ 1 - 2 cawan tepung gandum.
@  Sedikit baking powder
@  Kelapa parut yang putih (agak2lah)
@  Garam & gula
@  Air secukupnya + sedikit garam
@  Sedikit majrin untuk lanser pan.


Cara-caranya:


1) Bancuh tepung dengan sedikit b/powder dan air garam secukupnya, jangan masin sangat. Bancuhan seperti buat bancuhan pankek...jangan cair sangat atau pekat sangat.

2) Kelapa parut digaul dengan sedikit garam dan gula...seimbangkan rasanya. Ketepikan

3) Panaskan pan anti lekat dengan sedikit majrin, senduk adunan tepung tadi di tengah pan biar bancuhan tepung merata...cepat-cepat letak/ taburkan kelapa parut atas permukaan bancuhan tepung tadi .  Kemudian letak sesenduk lagi bancuhan tepung keatasnya...nipis-nipis jer. ..biar merata (kaedahnya menutup kelapa parut tadi)

4) Biar bahagian bawah tadi garing sedikit dengan api sederhana baru di terbalikkan sebelah lagi dengan proses yang sama. Tekan-tekan tengahnya sedikit ..pastikan masak dalam nya...atau sekali-sekali terbalik-terbalikkan beberapa kali hingga benar-benar masak kedua-dua belahnya.

5) Bunda suka buat style macam ni.. bunda tak campur semua tepung dengan kelapa parut nya sekali. Bunda ikut macam mak bunda buat dulu-dulu dengan dapur minyak tanah jer. Sebab bunda suka rasa kelapa nya yang masih fresh... lemak, masin dan manis. (sedikit jer manisnya).

6) Kemudian boleh di cicah dengan sambal bilis, sambal sardin atau kari. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja.


***Selamat mencuba...kalau dah cuba , kalau sedap bagitahu bunda, kalau tak sedap diam-diam jer tau....

Selasa, 4 November 2014

Program Pencetus Ummah Musim Kedua

10 para peserta


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Program realiti tv yang pernah menjadi fenomena pada tahun lepas ia itu Program Pencetus Ummah Musim Ke -2 akan ke udara bersiaran di TV Oasis pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam bermula 13 November ini.

Program pencarian pendakwah kreatif musim kedua ini kembali dengan memperkenalkan 10 orang parapeserta serta mengumumkan barisan tenaga pengajar yang terlibat.


Sepuluh orang peserta Pencetus Ummah Musim Kedua yang terpilih adalah :

1) Mohamad Azraie Mohamad Yunus (PU AZRAIE) 24 tahun dari Kedah.
2) Amir Shahrizat Md Sharif (PU AMIR) 37 tahun dari Kedah.
3) Azihal Bangsa3wan (PU AZIHAL) 31 tahun dari Sabah.
4) Mohd Lokman Ahmad (PU LOKMAN) 29 tahun dari Pahang.
5) Mohd Yusof Bin Arbain (PU YUSOF) 34 tahun dari Pahang.
6) Mohd Nasri Bin Abdul Manap (PU NASRI) 40 tahun dari Kedah.
7) Suhaimi Mohd Yunus (PU SUHAIMI) 34 tahun dari Perak.
8) Johani Ibrahim (PU JOHANI) 30 tahun dari Johor.
9) Ahmad Faiz Hafizzudin (PU FAIZ) 25 tahun dari Kelantan.
10) Azman Shah Bin Alis (PU AZMAN) 33 tahun dari Kuala Lumpur


Pihak Astro juga memperkenalkan barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri dari Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Fauziah Nawi.

 Program dakwah ini adalah untuk menyampaikan kebenaran Islam dengan cara yang paling sesuai dengan keadaan masyarakat agar boleh di terima dengan penuh kesedaran. Atas kesedaran ini pihak Astro Oasis hadir dengan se buah pendekatan 'Seru Dengan Hikmah' yang akan di terapkan pada Pencetus Ummah musim terbaru ini.


***Saksikan program ini SECARA LANGSUNG  di Astro Oasis (Saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (Saluran 135).